wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM Tatabahasa ( soalan Objektif )

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Adik memegang tangan ibu ________ semasa melintasi jalan raya.

a)

kemas-kemas

b)

erat-erat

c)

kuat-kuat

d)

ketat-ketat

2.

Kenal pasti kesalahan dalam ayat.


Mata ayah yang tidak terkedip-kedip memandang saya kerana lewat pulang daripada sekolah dalam keadaan yang compang-camping membuatkan jantung saya berdegup kencang.

a)

memandang

b)

daripada

c)

compang-camping

d)

Tiada kesalahan

3.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan 'kacau' dengan betul.


I Fikiran Alia semakin kacau memikirkan nasib malangnya.

II Kumpulan kongsi gelap itu telah mula membuat kacau.

III Adik kacau dengan abang di halaman rumah.

IV Bilik ibu kacau sekali dengan kain baju yang tersusun.

a)

I DAN II

b)

II DAN III

c)

III DAN IV

d)

I DAN IV

4.

Pilih ayat yang menggunakan perkataan 'menjemput' dengan betul.


I Setiap petang, Mak Lijah menjemput anaknya pulang dari sekolah.

II Fadli hanya menjemput sedikit makanan itu kerana dia masih kenyang.

III Sew Lan menjemput tangan adik kerana nakal.

IV Ayah menghidapi penyakit menjemput sejak semalam.

a)

I DAN II

b)

II DAN III

c)

III DAN IV

d)

I DAN IV

5.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Pimpinlah tangan ibu kamu semasa melintas jalan.

II Nah, terimalah pinanganku ini!

III Mereka bertepok tangan sambil tersenyum.

IV Harga seekor ikan tenggiri berapa?

a)

I DAN II

b)

II DAN III

c)

III DAN IV

d)

I DAN IV

6.

Pilih ayat-ayat yang betul.


I Yang datang kepada kamu sambil bermasam muka itu siapakah?

II Adakah nama sebenar lelaki itu?

III Mereka akan pergi ke Terengganu bila?

IV Kemalangan itu berlaku bagaimana?

a)

I DAN II

b)

II DAN III

c)

III DAN IV

d)

I DAN IV

7.

Peribahasa yang berikut berkaitan dengan sikap tidak mengenang budi dan melupakan orang yang berbuat baik kepada kita, kecuali

a)

seperti kacang lupakan kulit

b)

seperti tikus jatuh ke beras

c)

habis madu sepah dibuang

d)

seperti ulat lupakan daun

8.

Air dicencang tidak akan putus. Carik- carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Peribahasa ini bermaksud

a)

melakukan sesuatu untuk kebaikan diri sendiri sahaja.

b)

berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

c)

melakukan kerja yang sia-sia dan tidak mendatangkan faedah.

d)

sesuatu persengketaan tidak mungkin dapat memutuskan tali persaudaraan.

9.

Peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai bermaksud

a)

bersatu-padu dalam segala hal

b)

bergotong-r0yong melakukan kerja

c)

ikatan yang kukuh antara adik-beradik

d)

persahabatan antara rakan sebaya

10.

Peserta dari sekolah kami memenangi acara __________ lembing peringkat Daerah Seremban.

a)

merejam

b)

melempar

c)

membaling

d)

melontar

11.

Ibu akan memastikan air yang dimasak ___________ untuk dibuat kopi.

a)

menggelombang

b)

menggelegak

c)

menggeletar

d)

membuak

12.

Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

a)

dwibahasa

b)

ekabahasa

c)

pancabahasa

d)

interbahasa

13.

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan __________ papan kenyataan.

a)

di

b)

atas

c)

pada

d)

kepada

14.

Alang mengambil songkok hitamnya lalu __________ ke atas kepalanya

a)

menyerkupkan

b)

menyarungkan

c)

menyerkapkan

d)

menyorongkan

15.

Mana yang lebih tepat?


Siti dan Maria berkawan sejak dari kecil.

Siti dan Maria berkawan sejak kecil.

a)

sejak dari

b)

sejak

16.

“Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat ________ tepung beras,” kata Chef Adu.

a)

Dari

b)

Antara

c)

Dengan

d)

Daripada

17.

"Untuk mendapatkan santan, kamu perlu ________ isi kelapa ini" kata Mak Cik Safiah kepada anak perempuannya, Nur Ain.

a)

A parut

b)

B perah

c)

C sagat

d)

D kukur

18.

PILIH AYAT YANG BETUL.

a)

A Dimana baju baharu yang saya beli tadi?

b)

B Yang di dalam kotak besar itu apa?

c)

C Mereka sampai ke rumah bilakah?

d)

D Harga barang itu berapakah?

19.

PILIH AYAT YANG BETUL.

a)

A Damia mendapatkan rawatan di Amiera Klinik kerana demam.

b)

B Pagi tadi kami bersarapan di Seri Cahaya Restoran.

c)

C Pak Amsyar menjual goreng pisang di tepi jalan.

d)

D Puan Iman ke kedai untuk membeli sos cili.

20.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

A anugerahkan atlet paralimpik

b)

B menganugerah atlet paralimpik

c)

C menganugerahi atlet paralimpik

d)

D menganugerahkan atlet paralimpik