Worksheets[SN T2] 9.3 Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim
Total questions: 17
Worksheet time: 10mins
Apakah yang berlaku kepada merkuri apabila bebuli dimasukkan dalam air panas?
Merkuri menurun
Merkuri meningkat
Merkuri mengembang
Tiada perubahan
Rajah menunjukkan kesan haba ke atas jalur dwilogam yang terdiri daripada kuprum dan besi. Apakah yang menyebabkan pemerhatian ini?
Besi dan kuprum adalah logam
Besi mengecut apabila dipanaskan
Jirim mengembang apabila dipanaskan
Kuprum mengembang lebih banyak daripada besi
Apabila berlaku kebakaran, jalur dwilogam itu membengkok. Terangkan bagaimana penggera kebakaran berfungsi apabila dwilogam dipanaskan mengikut turutan?
P. Jalur membengkok menyentuh titik sentuh dan melengkapkan litar
Q. Haba daripada penggera kebakaran menyebabkan jalur dwilogam mengembang ke arah titik sentuh
R. Penggera kebakaran berbunyi
P,Q,R
Q,R,P
Q, P, R
R, P, Q
Mengapakah kita menggunakan air panas untuk menanggalkan penutup sos yang ketat?
Penutup logam akan mengembang apabila dipanaskan
Penutup logam akan mengecut apababila dipanaskan
Botol kaca akan mengembang apabila dipanaskan
Penutup logam mengecutkan botol sos
Kabel elektrik dipasang dalam keadaan _____di antara tiang-tiang untuk membolehkan kabel elektrik__________semasa cuaca___________.
Kendur, mengembang, sejuk
kendur, mengecut, sejuk
tegang, mengembang, panas
tegang, mengecut, panas
Apakah fungsi penggolek yang diletakkan di hujung jambatan keluli?
Membolehkan jambatan mengembang pada hari sejuk
Membolehkan jambatan mengembang pada hari panas
Mengelakkan jambatan daripada membengkok atau menjadi rosak
Mengelakkan jambatan daripada terkena banjir
Apabila dipanaskan, bola logam tidak dapat melalui gelang itu. Apakah kesimpulan dalam eksperimen di atas?
Pepejal membebaskan haba
Pepejal mengecut apabila dipanaskan
Cecair mengembang apabila dipanaskan
Pepejal mengembang apabila dipanaskan
Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?
Panaskan bebola logam.
Rendam bebola logam dalam air sejuk.
Panaskan bebola dan gelang logam.
Rendam gelang logam dalam air sejuk
Antara berikut yang manakah menggunakan prinsip pengembangan jirim?
penyaman udara
merkuri di dalam termometer
pemegang kuali diperbuat daripada plastik
dinding rumah-rumah dicat putih
Bola pingpong yang kemek akan kembali ke bentuk asal apabila direndam dalam air panas.
Betul
Salah
Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?
Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.
Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.
Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.
Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?
Rendam gelas P dalam air panas.
Rendam gelas Q dalam air panas.
Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.
Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.
Rajah menunjukkan rel landasan kereta api. Rel landasan kereta api dipasang dengan sedikit ruang di antara rel untuk memastikan
rel boleh mengembang dalam cuaca sejuk
kereta api boleh bergerak mengikut arah yang betul
rel boleh mengembang dalam cuaca panas
rel boleh menyerap haba dari tayar kereta api
Antara alat-alat berikut, yang manakah menggunakan jalur dwilogam?
Radio
Dinamo
Kipas elektrik
Penggera kebakaran automatik
Jirim ______________ apabila dipanaskan.
mengembang
membengkok
mengecut
menegak
Rajah menunjukkan perubahan yang berlaku kepada satu jalur dwilogam apabila dipanaskan. J dan K merupakan dua jenis logam yang berbeza. Antara berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian dalam rajah?
J mengembang lebih cepat daripada K.
K mengembang lebih cepat daripada J.
J mengecut lebih cepat daripada K.
K mengecut lebih cepat daripada J.
Rajah menunjukkan suatu penyiasatan yang dijalankan oleh Manjit. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan itu?
Haba di dalam udara mengalir melalui perolakan
Haba di dalam udara mengalir melalui konduksi
Udara di dalam kelalang mengembang apabila dipanaskan
Udara di dalam kelalang mengecut apabila dipanaskan
