wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERIBAHASA SPM

Total questions: 13

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Ibu bapa perlu menunjukkan tatasusila yang terpuji pada setiap masa agar menjadi contoh yang baik kepada anak-anak.


Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di atas.

a)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

b)

Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

c)

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

d)

Seperti itik kehilangan ibunya

2.

Pilih DUA peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi di bawah.


Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak penguasa trafik tetapi usaha tersebut sia-sia sahaja. Sehubungan dengan itu, angka korban akibat kemalangan jalan raya akan terus meningkat sekiranya pengguna mengambil sikap mementingkan diri sendiri.

a)

Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

b)

Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih

c)

Bagai mencurah air ke daun keladi

d)

Di mana ada kemuahuan di situ ada jalan.

3.

Semangat kejiranan memainkan peranan penting untuk membentuk amalan bertolongtolongan bagai aur dengan tebing dalam kalangan penduduk setempat. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah gotong-royong kerana penduduk dapat mengamalkan konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha membersihkan kawasan tempat tinggal.


Pilih DUA peribahasa yang sinonim dengan peribahasa bergaris.

a)

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

b)

Muafakat membawa berkat

c)

Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

d)

Bagai isi dengan kuku

4.

Ibu bapa hendaklah sentiasa menunjukkan contoh yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil. Ibu bapa yang baik akan melahirkan anak-anak yang baik juga kerana kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau. Pada masa yang sama, mereka akan sentiasa menjaga nama baik ibu bapa mereka.


1. Pilih SATU peribahasa yang sesuai bagi perkatang yang dicondongkan.

2. Pilih SATU peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bergaris.

a)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

b)

Bagai bulan dipagar bintang

c)

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul juga.

d)

Ibarat dakwat tumpah ke laut

5.

Diddy merupakan seorang anak yang degil dan tidak mendengar nasihat ibu bapanya. Segala nasihat ibu bapanya tidak diendahkannya. Dia sering memandu keretanya dengan laju dan dalam keadaan bahaya. Namun begitu, selepas dia terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan kakinya patah, barulah dia menyesal dan sedar akan kedegilannya.


Pilih TIGA peribahasa yang sesuai dengan situai di atas.

a)

Ibarat mencurah air ke daun keladi

b)

Keras kepala

c)

kepala batu

d)

Sudah terhantuk baru terngadah

6.

Suami Minah tidak mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu pendapatan suaminya juga tidak menentu kerana jika ada kerja barulah ada wang upah yang diperoleh. Tetapi Minah sebagai isteri tidaklah berdiam diri mengharapkan suami semata-mata. Zakiah melakukan pelbagai kerja seperti mengambil upah menjahit dan menjual kuih-muih demi menambah pendapatan keluarga.


Pilih DUA peribahasa yang sesuai dengan situasi.

a)

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

b)

Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

c)

Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.

d)

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

7.

Kerajaan menyeru belia supaya tidak lagi bertangguh bagi memohon geran bantuan peladang kerana tindakan itu amat merugikan. Sungguhpun permohonan mereka perlu ditapis, jika bernasib baik mereka akan terpilih sebaliknya jika bukan rezeki, permohonan mereka akan ditolak.


Pilih DUA peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

a)

Melepaskan batuk di tangga

b)

Bertangguh itu pencuri masa

c)

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam

d)

Hangat-hangat tahi ayam

8.

Sebaik-baik sahaja kerajaan melonggarkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa buah negeri, sebahagian besar masyarakat mula mengambil kesempatan untuk balik ke kampung halaman seperti menahan lukah di pergentingan.


Pilih peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa bergaris.

a)

Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk

b)

Menangguk di air keruh

c)

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

d)

Lupa daratan

9.

Pelbagai kuih-muih dihasilkan oleh masyarakat di negara ini ___________________. Bagaimanapun, sesetengah golongan lebih suka kuih-muih yang asli atau klasik kerana bagi mereka ia mencetuskan nostalgia, ____________________, mengimbau kenangan masa lalu.


Sila pilih DUA peribahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong,

a)

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

b)

Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

c)

Rambang mata

d)

Seperti cendawan tumbuh selepas hujan

10.

Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kita mestilah berjimat cermat ketika berbelanja. Walaupun mempunyai wang yang banyak, kita tidak boleh berjoli dengan sesuka hati. Kita perlu mengambil sikap berhati-hati sebelum ditimpa kesusahan.


Pilih DUA peribahasa yang sesuai bagi situasi di atas.

a)

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

b)

Sediakan payung sebelum hujan

c)

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

d)

Ingat sementara belum kena, jimat sementara belum habis

11.

Gejala mat rempit dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Walaupun ibu bapa telah menasihati anak-anak mereka tetapi nasihat mereka ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, sia-sia sahaja.


Pilih peribahasa yang sinonim dengan perkataan bergaris.

a)

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

b)

Membuang garam ke laut

c)

Mencurah air ke daun keladi.

d)

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

12.

“Sebagai jiran, kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura,” kata Mak Limah kepada jirannya Aishah. “

“Kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan itu,” ujar Mak Limah.


Pilih DUA peribahasa yang sesuai.

a)

Bagai api dalam sekam

b)

Ada udang di sebalik batu

c)

Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semuanya

d)

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

13.

Nazri: Oh, Seng Hock memang baik dengan saya sejak kami masih kecil! Dia selalu menyedarkan saya supaya belajar dengan rajinnya. Menurut kata Seng Hock, tanpa usaha, kita tidak akan berjaya bak kata orang tua-tua, malas berdayung perahu hanyut.


Pilih peribahasa yang sinonim dengan peribahasa bergaris.

a)

Bagai dakwat dengan kertas

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

d)

Menyelam sambil minum air