Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENANDA WACANA TAHUN 6

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Adli telah gagal dalam ujian pertengahan tahunnya. __________, dia tidak akan berputus asa.

a)

Namun demikian

b)

Oleh sebab itu

c)

Selepas itu

d)

Lagipun

2.

Hazim telah diisytiharkan sebagai murid cemerlang. __________, dia masih belum berpuas hati dengan kejayaannya itu.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Hal demikian

c)

Lagipun

d)

Kalau begitu

3.

Kehebatan pasukan bola sepak sekolah kita bukan sahaja dikagumi oleh pasukan lawan. __________, telah menjadi bualan seluruh masyarakat setempat.

a)

Oleh itu

b)

Malahan

c)

Namun begitu

d)

Di samping itu

4.

Kami sekeluarga makan di Hotel Perdana. __________, kami pergi membeli-belah di pasar raya yang berdekatan.

a)

Di samping itu

b)

Lantaran itu

c)

Selepas itu

d)

Akhirnya

5.

Hafiz memang petah bercakap. __________, dia dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan.

a)

Lebih-lebih lagi

b)

Tambahan pula

c)

Oleh sebab itu

d)

Kalau begitu

6.

Rezeki datuk semakin bertambah. __________, tanaman padinya menjadi pada tahun ini.

a)

Oleh itu

b)

Padahal

c)

Malahan

d)

Lebih-lebih lagi

7.

Sanusi murid yang aktif dalam kegiatan kokurikulum di sekolahnya. __________, pihak sekolah memilihnya sebagai olahragawan pada tahun ini.

a)

Lantaran itu

b)

Di samping itu

c)

Walau bagaimanapun

d)

Sungguhpun demikian

8.

Haji Hamid tidak suka makan daging. __________, saya menghidangkan ikan dan sayur-sayuran sahaja kepada beliau.

a)

Lagipun

b)

Sebelum itu

c)

Oleh sebab itu

9.

"Saya sudah memohon maaf daripadanya. _____________, dia tetap tidak mahu bertegur sapa dengan saya," kata Rani kepada Radhani.

a)

Oleh sebab itu

b)

Di samping itu

c)

Namun begitu

d)

Lantaran itu

10.

Projek itu telah mendapat kritikan hebat daripada pihak-pihak tertentu. ________________, pelaksanaannya tetap diteruskan.

a)

Dengan itu

b)

Kalau begitu

c)

Namun demikian

d)

Oleh itu

11.

"Biar saya pergi dahulu. __________, kamu boleh ikut perlahan-lahan dari belakang," kata Ani kepada Mei Lee.

a)

Lepas itu

b)

Sebelum itu

c)

Kalau begitu

d)

Oleh sebab itu

12.

Ibu tidak membenarkan kakak menyertai ekspedisi itu. __________, dia dibenarkan menyertai rombongan ke Melaka.

a)

Walau bagaimanapun

b)

Lebih-lebih lagi

c)

Di samping itu

13.

Barangan buatan Malaysia sangat banyak. _________________ beg tangan dan barang kraf tangan.

a)

Sebaliknya

b)

Contohnya

c)

Tambahan pula

d)

Walaubagaimana pula

14.

Puan Izzla mengusahakan perniagaan makanan. ____________, dia juga membuka sebuah butik pakaian.

a)

Selain itu

b)

Akhir sekali

c)

Antaranya

d)

Oleh sebab itu

15.
 Sudah beberapa kali Pak Husin mengalami kerugian kerana haiwan ternakannya mati.______________,masalah itu tidak melemahkan semangatnya untuk berusaha.
a)
Di samping itu
b)
Oleh sebab itu
c)
Oleh yang demikian
d)
Walau bagaimanapun
e)
Text for option 5 (optional)
16.

Abang Johan berhijrah ke bandar sejak dua bulan lepas. .............., dia belajar hidup berdikari.

a)

Seterusnya

b)

Semenjak itu

c)

Kesimpulannya

d)

Dengan ini

17.
Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan.
a)
Jadi
b)
Justeru
c)
Mungkin
d)
Sebaliknya
18.
Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
a)
Namun
b)
Mungkin
c)
Meskipun
d)
Seterusnya
19.

Saya ingin sentiasa sihat dan cergas . _______________ , saya perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan yang seimbang .

a)

Oleh itu

b)

Namun begitu

c)

Di samping itu

d)

Semenjak itu

20.

Setelah ditanya oleh ayah beberapa kali, ______ adik mengaku bahawa dia yang mengambil wang itu.

a)

kemudian

b)

namun

c)

akhirnya

d)

justeru

21.

Amalan bersukan akan menjadikan badan kita sihat. __________, bersukan juga dapat mengisi masa lapang kita dengan melakukan perkara yang berfaedah.

a)

selain itu

b)

lantaran itu

c)

walau bagaimanapun

d)

walaupun demikian

22.

Pembinaan lebuh raya itu tetap dijalankan ________ mendapat tentangan daripada penduduk-penduduk kampung.

a)

sekali gus

b)

begitu juga

c)

sementelahan

d)

walaupun

23.

Encik Othman bergiat aktif dalam bidang politik. _________, beliau juga mengusahakan tanaman buah naga.

a)

di samping itu

b)

oleh itu

c)

namun demikian

d)

kemudian

24.

Amirah amat suka makan buah-buahan tempatan. __________, jika buah-buahan itu baru dipetik dari dusun.

a)

Kalau begitu

b)

Namun begitu

c)

Tambahan pula

d)

Oleh yang demikian

25.

__________ sudah lewat malam, dia pergi juga menemui doktor itu.

a)

Walaupun

b)

Mungkin

c)

Lagipun

d)

Oleh itu