wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

DRAMA HADIAH

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Berikut ialah watak-watak dalam drama hadiah kecuali

a)

Fauziah

b)

Pak Mail

c)

Hayati

d)

Encik Mahfuz

2.

Siapakah Pak Mail dalan drama Hadiah?

a)

Bapa Hayati

b)

Datuk Penghulu

c)

Bapa Fauziah

d)

Pengetua sekolah

3.

Pak Mail mengatakan bahawa dia telah berunding dengan Datuk Penghulu berhubung dengan masalah Fauziah sekeluarga.


Apakah nilai yang digambarkan oleh Pak Mail?

a)

Keberanian

b)

Amanah

c)

Bertanggungjawab

d)

Keadilan

4.

Mengapakah Hayati mengambil keputusan untuk pulang ke kampung?

a)

Hayati bimbang akan Fauziah

b)

Hayati bersedih kerana kehilangan ayahnya

c)

Hayati berasa malas untuk bersekolah lagi

d)

Hayati bimbang akan masalah hutangnya dengan sekolah

5.

Bagaimanakah Hayati dan keluarganya meneruskan hidup selepas kematian bapanya?

a)

Bergantung harap kepada pencen Pak Mail yang sedikit.

b)

Pak Mail menjual hasil tanaman di kebunnya

c)

Fauziah menjual kuih-muih

d)

Fauziah menoreh getah

6.

Mengapakah Encik Musa memberikan sumbangan kepada Fauziah?

a)

Kerana kebijaksanaan Hayati dalam pelajaran

b)

Menghargai jasa dan pengorbanan suaminya semasa bertugas

c)

Kerana kesusahan hidup yang dihadapi Fauziah dan keluarganya

d)

Pak Mail dan Fauziah sudah terlalu uzur untuk bekerja dan tidak mampu menyara kehidupan mereka

7.

Antara berikut, yang manakah bukan menggambarkan perwatakan Hayati?

a)

Bersekolah di Sekolah Menengah Seri Siantan

b)

Gigih berusaha untuk meneruskan persekolahannya

c)

Bersikap tabah apabila kehilangan ayahnya

d)

Seorang yang penyayang

8.

Apakah perwatakan Pak Mail yang wajar kita contohi?

a)

Bersedih melihat anaknya menjadi janda

b)

Menasihati Hayati untuk pulang ke kampung dan menangguhkan persekolahannya

c)

Tidak mempedulikan persekolahan Hayati

d)

Bertanggungjawab menjaga anak dan cucunya setelah kematian menantunya

9.

Siapakah watak utama dalam drama ini?

a)

Fauziah

b)

Pak Mail

c)

Hayati

d)

Farid

10.

Apakah isi kandungan surat Hayati kepada ibunya?

a)

Meminta maaf kerana sudah lama tidak pulang ke rumah

b)

Meminta ibunya memasak makanan kegemarannya

c)

Menyatakan hasrat ingin berjumpa Pak Mail

d)

Memaklumkan ibunya kepulangannya kerana masalah kewangan untuk membayar yuran

11.

Apakah contoh peristiwa yang menggambarkan kita harus mementingkan pelajaran demi masa depan yang lebih baik?

a)

Fauziah menasihati Hayati untuk meneruskan persekolahannya

b)

Pak Mail berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi anak dan cucunya meneruskan kehidupan

c)

Hayati berterus terang kepada pengetua sekolahnya tentang masalah kewangannya

d)

Hayati gigih berusaha meneruskan pelajarannya walaupun dia menghadapi masalah kewangan

12.

Siapakah Encik Musa dalam drama Hadiah ini?

a)

Seorang ahli politik yang memberi bantuan

b)

Seorang pegawai tentera yang serius dan tegas

c)

Seorang pegawai dari Kementerian Pendidikan

d)

Mewakili Datuk Penghulu menyampaikan sumbangan

13.

Apakah tema bagi drama Hadiah?

a)

Kesempitan hidup

b)

Kesedihan hidup

c)

Kehilangan orang tersayang

d)

Kesedihan kerana kehilangan orang tersayang

14.

Apakah pengakhiran drama ini?

a)

Fauziah terharu menerima wang RM10000

b)

Hayati dapat bersekolah semula

c)

Fauziah, Pak Mail dan Hayati hidup bahagia

d)

Pak Mail mengucapkan terima kasih kepada Encik Musa

15.

Berikut adalah nilai-nilai yang terdapat dalam drama Hadiah kecuali,

a)

bertanggungjawab

b)

keadilan

c)

ketabahan

d)

kegigihan

16.

Kementerian Pertahanan telah menyumbangkan RM10, 000 kepada keluarga Fauziah kerana Akhbar yang terkorban semasa bertugas di sempadan negara.


Apakah cara yang boleh dilakukan oleh pelajar sekolah untuk menghargai jasa perwira negara?

a)

Menghayati jasa dan pengorbanan mereka

b)

Memberikan pingat atas jasa mereka

c)

Menyumbang wang ringgit kepada mereka

d)

Mengadakan sambutan Hari Pahlawan Negara

17.

“Pak Mail menasihati Fauziah menerima ketentuan Tuhan dengan redha”


Berdasarkan peristiwa di atas, apakah latar masyarakat yang digambarkan penulis dalam drama ini?

a)

Masyarakat kampung

b)

Masyarakat yang berusaha gigih

c)

Masyarakat yang percaya kepada Tuhan

d)

Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air

18.

Bagaimanakah Pak Mail menunjukkan kasih sayangnya kepada anak dan cucu-cucunya?

a)

Berjumpa dengan Encik Musa untuk membantu cucunya

b)

Berjumpa Datuk Penghulu untuk meminta bantuan bagi anak dan cucunya

c)

Memanjakan cucu-cucunya dengan material yang dimilikinya

d)

Berbincang dengan pengetua tentang persekolahan cucunya

19.

Antara berikut, yang manakah bukan menggambarkan perwatakan Fauziah?

a)

Seorang yang penyayang

b)

Seorang yang tabah

c)

Ibu kepada Hayati

d)

Isteri Encik Musa

20.

Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang pengajaran yang boleh diperoleh daripada drama ini?

a)

Kita hendaklah percaya kepada Tuhan

b)

Kita hendaklah gigih dalam menuntut ilmu

c)

Kita wajarlah menghargai jasa dan pengorbanan perwira negara

d)

Kita wajarlah tolong menolong dalam perkara yang memberi faedah kepada diri sendiri sahaja