WorksheetsNILAI SEJAMBAK BAKTI
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Razali dan ahli lembaga pengarahkoperasi kecuali Munir, Selvam dan Leong menjalankan tugas dengan jujur.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Integriti
Kasih sayang
kerjasama
Ikhlas
Razali memaafkan Munir yang kerap mengkhianatinya. Dia membantu Munir menyampaikan
pelajaran yang tertinggal ketika Munir
digantung sekolah.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kerjasama
Baik hati
Ramah mesra
Bertanggungjawab
Apabila dibelasah, oleh Munir, Leong dan Selvam, Razali tetap menentang untuk mempertahankan diri walaupun kalah.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Tanggungjawab
Ketegasan
Menghargai maruah diri
Ketabahan
Razali yang telah diberi peluang mengikuti kursus telah menyampaikan ilmu dan pengalaman kepada pihak koperasi sekolah sebaik dia pulang dari berkursus di Petaling Jaya.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Akauntabiliti
Patriotisme
Kebijaksanaan
Kasih sayang
Razali tidak melawan ayah tirinya yang bersikap kasar terhadapnya walaupun dia tidak bersalah.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kasih sayang
Hemah tinggi
Baik hati
Berdikari
Cikgu Zulkifli tidak menuduh sesiapa atau bertindak melulu apabila kedai koperasi diceroboh sebaliknya mengadakan pemeriksaan mengejut kepada semua murid dan meletakkan tanda 'k' pada sekeping wang koperasi.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kebijaksanaan
Hormat-menghormati
Bertanggungjawab
Ketegasan
Mak Sopiah menyediakan makanan dan minuman kepada Razali ketika Razali sedang belajar. Mak Sopiah juga memujuk Razali yang sedang bersedih kerana dimarahi oleh Pak Zakaria.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kerinduan
Bertanggungjawab
Kasih sayang
Kesyukuran
Razali dan ahli lembaga pengarah koperasi yang lain gigih mengusahakan perniagaan kedai koperasi, menternak ayam telur dan membangunkan bilik bacaan.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Keadilan
Berdikari
Bertanggungjawab
Kegigihan
Guru-guru SMT Pertanian Seri Kayangan bekerjasama bagi menangkap penceroboh kedai koperasi.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kejujuran
Keadilan
Kerjasama
Keberanian
Sebelum Munir dijatuhi hukuman rotan dan gantung sekolah selama seminggu, pengetua sekolah, guru-guru disiplin dan kaunselor sekolah bermesyuarat terlebih dahulu.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Rasional
Ramah mesra
Bekerjasama
Bertoleransi
Munir berani mengakui kesalahannya terhadap Razali di tapak perhimpunan sekolah dan memohon kemaafan daripada Razali.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kasih sayang
Keberanian
Kesederhanaan
Kesyukuran
Razali mengajar Ramlah, Rozita dan Saridevi dalam mata pelajaran Perdagangan bertajuk Penyata Aliran Tunai di pondok rumahnya.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Saling berdikari
Saling menyayangi
Saling menghormati
Saling membantu
Razali mahu mengajar Munir ketika Munir digantung sekolah selama seminggu walaupun Munir banyak menyakitinya.
Kesederhanaan
Keikhlasan
Kebertanggungjawaban
Kedegilan
Mak Sopiah ramah dan mesra ketika melayan kawan-kawan Razali yang datang belajar bersama Razali. Mak Sopiah juga menghidangkan air dan kuih buat mereka.
Apakah nilai yang sesuai dengan peristiwa di atas?
Kesederhanaan
Kerajinan
Rasional
Ramah mesra
Razali sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah. Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.
Berdasarkan contoh di atas, apakah nilai yang kita dapat...
Nilai kerajinan
Nilai kemaafan
Nilai kegigihan
Nilai kesopanan
Apakah contoh yang sesuai dengan Nilai Keinsafan?
Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.
Razali sanggup menolong Munir yang ketinggalan dalam pelajaran bagi menghadapi SPM
Razali tabah dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran yang dicipta oleh Munir dan kawan-kawannya yang cemburu akan kejayaan Razali serta hubungan mesranya dengan Ramlah.
Munir insaf akan kesalahannya memfitnah Razali menceroboh dan mencuri wang koperasi sekolah.
"Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan. Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA." Apakah nilai yang boleh didapati melalui petikan ini?
Berdikari
Kegigihan
Bertanggungjawab
Semangat yang tinggi
Pilih padanan nilai dan contoh peristiwa yang tepat di bawah.
Ketabahan - Razali tabah menempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya seperti dihina dan dipukul oleh Munir.
Ketaatan - Razali akan menunaikan solat apabila masuk waktunya.
Kegigihan - Cikgu Zulkifli gigih berusaha untuk memajukan koperasi sekolahnya.
Kerjasama - Semua guru disiplin memberikan kerjasama kepada Cikgu Zulkifli.
Semua jawapan di atas adalah benar.
Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam novel ini KECUALI
Keberanian
Berdendam
Kejujuran
Kerjasama
Apakah nilai yang terdapat dalam bab 1 novel Sejambak Bakti?
Nilai bekerjasama
Nilai kasih sayang
Nilai pemurah
