WorksheetsUjian Pengesanan Sains Sukan Ting 4
Total questions: 25
Worksheet time: 14mins
* meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan untuk
mengelakkan kecederaan.
* pengingkatan prestasi atlet.
*meningkatkan ekonomi negara.
Pernyataan di atas merangkumi kepentingan sukan dari aspek :
Sosial, emosi dan intelek
Rekresi, ekonomi dan kerjaya
kesihatan , rekreasi dan ekonomi
kesihatan, prestasi sukan dan ekonomi
Manakah antara berikut merupakan badan sukarela yang mempelopori perkembangan sains sukan di Malaysia.
Majlis Sukan Negara
Majlis Olimpik Malaysia
Persatuan Paralimpik Malaysia
Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan kecergasan Malaysia.
Apakah yang dimaksudkan dengan Sukan Untuk Kecemerlangan mengikut Dasar Sukan Negara 1988?
membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan.
menyediakan peluang-peluang dan kemudahan kepada atlet
Sukan pertandingan yang diuruskan mengikut peraturan dan syarat.
untuk pengekalan dan peningkatan tahap kesihatan anggota masyarakat.
Dalam pertandingan Sofbol Peringkat Negeri Johor sebanyak 61 pasukan menyertai pertandingan tersebut dengan menggunakan sistem kalah mati. Berapakah pasukan yang menunggu (bye)?
2
3
4
5
Pasukan manakah yang menduduki tempat kedua dalam jadual keputusan pertandingan di atas ?
Johor
Pahang
Selangor
Perak
Apakah fungsi ligamen dalam sistem rangka manusia?
memberi pergerkan yang pantas.
memberi pergerakan bebas dan perlahan.
memberi sokongan dan kekuatan pada sendi.
memberi kekuatan dan pergerakan yang tiada batasan.
Apakah klasifikasi tulang yang terlibat dalam gambar di atas?
tulang pendek
tulang panjang
tulang leper dan tulang panjang
tulang panjang dan pendek
Aksi yang manakah menggunakan otot sentak cepat yang banyak?
marathon
100 meter
berbasikal
Dart
Berdasarkan rajah 3 di atas , yang manakah merupakan lakuan untuk penguncupan isometrik?
i
ii
iii
iv
Sistem saraf pusat terdiri daripada
otak dan saraf tunjang
saraf spinal dan saraf kranial
saraf spinal dan ganglia
saraf kranial dan saraf tunjang
Apabila impuls sampai ke fiber otot, asetikolinesterase dirembeskan untuk
mekanisme perencatan saraf otot
bertindak balas dengan asetilkolina
membenarkan transmisi impuls menyeberangi klef sinaptik
membenarkan transmisi rangsangan membentuk impuls.
Antara tempoh aktiviti berikut yang manakah merupakan ciri latihan anaerobik laktik .( Sistem asid laktik )
0 - 10 saat
10 saat - 1 minit
1 - 3 minit
melebihi 3 minit
Apakah jenis pergerakan bagi peluru yang dilontar?
Rektilinear
Kurvilinear
Putaran
Linear
Peserta A yang tewas dalam satu perlawanan berpeluang bertanding dengan pserta kumpulan kalah. Jika kalah, beliau akan tersingkir dari pertandingan.
Apakah bentuk sistem pertandingan berdasarkan pernyataan di atas?
kalah mati
kalah mati dua kali
cabar mencabar
liga satu pusingan
Terdapat beberapa jenis sendi pada tubuh manusia seperti sendi lesung, sendi pelana, sendi engsel dan sendi pivot. Di manakah letaknya senndi lesung?
siku
bahu
lutut
pergelangan tangan
Antara aktiviti berikut manakah pergerakan yang melibatkan kemahiran motor halus?
menendang bola
angkat berat
memanah
berlari
Berikut adalah pergerakan yang dihasilkan pada satah sagital kecuali,
hiperekstensi
sirkumduksi
hiperfleksi
ekstensi
Antara berikut, pilih pernyataan yang betul mengenai tuas kelas pertama.
untuk meningkatkan daya
untuk meningkatkan kelajuan
untuk meningkatkan keseimbangan
untuk meningkatkan julat pergerakan
Apakah kemahiran yang akan mempengaruhi atlet sukan badminton dan perahu layar?
kemahiran terkawal
kemahiran luar kawalan
kemahiran berterusan
kemahiran bersiri
Terdapat dua jenis lakuan motor dalam sisitem biologi manusia, salah satunya adalah lakuan motor involuntari yang menjurus kepada
lakuan motor yang terhasil daripada pergerakan otot licin dan kardiak.
lakuan motor yang terhasil dalam kawalan.
pelaku telah menghasilkan lakuan yang dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran.
semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan.
Pergerakan yang melibatkan pergerakan sesaran menegak dan mendatar pada arah dan kelajuan yang sama?
Sukan papan luncur
Sukan luncur ais
Sukan luncur salji
Sukan terjun
Nyatakan jenis Hukum Newton yang diaplikasikan dalam aksi sukan di atas.
Hukum Newton pertama
Hukum Newton kedua
Hukum Newton ketiga
Antara berikut yang manakah merupakan faktor mempengaruhi stabiliti.
Jisim
Geseran
Pusat Graviti
Ruangan
Pergerakan bukan lokomotor adalah sejenis pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti di bawah, kecuali
menyambut bola
membaling bola
berdiri tegak
berlari
Kemahiran motor kasar melibatkan penggunaan otot besar berfungsi sebagai otot utama seperti dalam lakuan
menendang bola
berlari
berenang
memanah
