Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Pengukuhan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Emak menanak nasi di dapur.

a)

Nasi ditanak oleh emak di dapur.

b)

Emak di dapur menanak nasi.

2.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Kakak membasuh kasut sehingga bersih.

a)

Kasut dibasuh oleh kakak sehingga bersih

b)

Kasut kakak dibasuh sehingga bersih.

3.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Abang memancing ikan di sungai.

a)

Ikan di sungai abang pancing

b)

Ikan dipancing oleh abang di sungai

4.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Adik membaca buku cerita di ruang tamu.

a)

Buku cerita dibaca oleh adik di ruang tamu.

b)

Buku cerita adik baca di ruang tamu.

5.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Ali dan abangnya menyapu sampah di halaman rumah.

a)

Sampah disapu oleh Ali dan abangnya di halaman rumah

b)

Sampah Ali di halaman rumah disapu oleh abang

6.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Dia membeli gula di Kedai Runcit Keluarga.

a)

Gula dibeli oleh dia di Kedai Runcit Keluarga

b)

Gula dia beli di Kedai Runcit Keluarga

7.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Siti dan kakaknya mengemas rumah pada cuti sekolah.

a)

Pada cuti sekolah Siti dan kakaknya mengemas rumah

b)

Rumah dikemas oleh Siti dan kakak pada cuti sekolah

8.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif.


Cikgu Salina memandu kereta dengan berhati-hati.

a)

Kereta dipandu oleh Cikgu Salina dengan berhati-hati

b)

Berhati-hati Cikgu Salina memandu kereta

9.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Bola itu ditendang oleh Syafiq Rahim.

a)

Syafiq Rahim menendang bola itu.

b)

Syafiq Rahim menendang bolanya itu.

c)

Syafiq Rahim yang menendang itu bola.

d)

Yang menendang bolanya ialah Syafiq Rahim.

10.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Makmal Sains itu dirasmikan oleh Datuk Bandar.

a)

Datuk Bandar merasmikan Makmal Sains itu.

b)

Datuk merasmikan Makmal Sains itu di bandar.

c)

Datuk merasmikan Makmal Sains bandar itu.

d)

Persatuan Sains merasmikan Makmal Datuk Bandar itu.

11.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Air milo ini dibancuh oleh Puan Faridah pagi tadi.

a)

Puan Faridah bancuh pagi tadi air milo ini.

b)

Puan Faridah pagi tadi bancuh air milo ini .

c)

Air milo ini membancuh Puan Faridah pagi tadi.

d)

Puan Faridah membancuh air milo ini pagi tadi.

12.

Tukarkan ayat pasif berikut kepada ayat aktif yang betul.


Mesyuarat tergempar akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Medan Maju.

a)

Persatuan Penduduk Medan Maju akan digemparkan oleh mesyuarat.

b)

Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar persatuan.

c)

Persatuan Penduduk Medan Maju akan mengadakan mesyuarat tergempar.

d)

Penduduk menggemparkan Persatuan Medan Maju semasa mesyuarat.

13.
Pilih ayat aktif yang betul.
a)
Bakul itu diangkat oleh Pak Rahman.
b)
Ibu memetik sayur yang sudah matang.
c)
Batas itu digembur oleh mereka.
d)
Rumput itu Salmi sabit.
14.

Dia sedang mencari buku yang hilang itu.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

15.

Pakaian itu telah dicuci oleh ibunya.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

16.

Farah menjahit baju kurung ibunya.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

17.

Adik mengejar kambing peliharaan datuk.

a)

Ayat Pasif

b)

Ayat Aktif

18.

Permintaan Sue Lin itu tidak diizinkan oleh ayah.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

19.

Buku cerita itu dibaca oleh Danial Hakimi.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif

20.

Zulkifli membaca majalah di ruang tamu.

a)

Ayat Aktif

b)

Ayat Pasif