WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1 (UNIT 1-UNIT 6)
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Moral berasal daripada perkataan Latin 'mores' yang membawa maksud...
Tingkah laku baik, betul dan diterima
Tingkah laku cermat dan berhati-hati
Tingkah laku yang diamalkan oleh masyarakat
Tingkah laku mengikut peraturan dan perasaan
Antara yang berikut yang manakah merupakan kepentingan bertingkah laku baik, benar dan patut dengan tepat.
i) Hubungan dengan orang lain akan menjadi mesra.
ii) Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
iii) Membantu untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.
iv) Dapat mencapai cita-cita yang diimpikan.
i dan ii
i,ii dan iii
i dan iii
i,iii Dan iv
Rakan anda ponteng kelas. Apakah tindakan yang anda patut anda ambil?
Merahsiakan daripada guru.
Mengikutnya ponteng kelas.
Membiarkan tindakannya.
Menasihatinya agar tidak ponteng.
Insan bermoral ialah individu yang ______, berperasaan dan mengamalkan perlakuan baik dalam semua tindakannya.
Bersimpati
Berfikiran
Berwawasan
Berdikari
Pilih pernyataan yang tepat mengenai kepentingan menjadi insan bermoral kepada keluarga.
Hidup lebih tenang dan sejahtera.
Mendapat balasan yang baik daripada Tuhan.
Menghormati dan bertolak ansur dalam masyarakat
Institusi keluarga yang kukuh
Siapakah nama tokoh yang terdapat dalam gambar?
Mother teresa
Tan Sri Dr.Jemilah Binti Mahmood
Dato Siti Nurhalizah
Tan Sri Zety
Berikut merupakan salah satu cara hidup bermoral KECUALI
Bijak menangani stres
Suka membantu
Melepak
Menepati masa
Gambar menunjukkan suasana semasa
Sambutan hari jadi
Upacara keagamaan
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka
Berikut merupakan adab semasa menghadiri rumah terbuka KECUALI
Berpakaian sopan
Menjamu makanan dengan berhemah
Bertegur sapa dengan tuan rumah dan tetamu
Membawa balik makanan dari rumah terbuka
Berikut merupakan kaum dan warganegara di Malaysia kecuali
Melayu
Cina
Rohingya
India
Berikut adalah amalan orang yang beragama dan berkepercayaan kecuali
Bersembahyang
Sering melakukan dosa
Bersyukur
Menyambut upacara keagamaan
Pada sambutan Hari Wesak, penganut agama ini akan melepaskan burung. Agama apakah yang menyambut Hari Wesak?
Islam
Buddha
Hindu
Kristian
Potensi diri bermaksud
perlakuan yang diterima masyarakat
bakat, kebolehan atau kekuatan yang ada pada seseorang
perlakuan berdasarkan fakta dan bukti
kekurangan dan kelemahan diri seseorang
Pilih kerjaya yang sesuai dengan individu yang memiliki potensi berikut.
Kinestetik
atlet sukan
penyanyi
penyajak
juruhebah
Kekuatan diri dapat menjadikan kita seorang yang...
melakukan perbuatan dengan bersungguh
melakukan dengan penuh harapan
melakukan perbuatan yang dilarang
melakukan perbuatan yang bahaya
Sebagai anak, apakah yang kamu lebih perlukan daripada ibu bapa?
Harta kekayaan
Rumah yang selesa
Wang yang cukup
Kasih sayang dan perhatian
Apakah maksud anggota keluarga?
Anggota perkhidmatan awam
Anggota JPAM
Anggota badan manusia
Terdiri daripada ahli keluarga dekat Dan jauh yang ada pertalian darah
Contoh aktiviti bersama keluarga?
Sambutan Hari lahir keluarga
Bermain Bola dengan rakan
Makan sendiri di dalam bilik
Suka menjerit di dalam tandas
Panduan merancang aktiviti keluarga?
Buat kejutan dalam aktiviti
Aktiviti yang tidak ada perancangan
Tentukan objektif majlis tersebut
Buat-buat lupa
Antara berikut, yang manakah BUKAN cara menyayangi anggota keluarga.
meninggikan suara ketika bercakap
meraikan hari istimewa anggota keluarga
mengambil berat akan masalah anggota keluarga
memberikan hadiah atau kad ucapan
