Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu 11/8/2021

Total questions: 72

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.

a)

ketul

b)

batang

c)

buah

d)

bungkus

2.

Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.

a)

buku

b)

ulas

c)

ketul

d)

kerat

3.

Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

a)

rangkap

b)

perenggan

c)

patah

d)

baris

4.

Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

a)

pucuk

b)

rumpun

c)

kuntum

d)

bungkus

5.

Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.

a)

bilah

b)

pucuk

c)

butir

d)

batang

6.

Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.

a)

utas....gulung

b)

bentuk....buah

c)

biji....utas

d)

bentuk....utas

7.

Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.

a)

pasang....biji

b)

buah....pasang

c)

biji....buah

d)

buah....bentuk

8.

Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.

a)

batang....buah

b)

buah....batang

c)

batang....butir

d)

biji....patah

9.

Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.

a)

rangkap....buah

b)

baris....baris

c)

patah....biji

d)

baris....patah

10.

Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk diisi ke dalam akuarium.

a)

buah....helai

b)

ekor....tangkai

c)

biji....kuntum

d)

ekor....tandan

11.

Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.

a)

cawan....helai

b)

cubit....rumpun

c)

kilo....keping

d)

cubit....helai

12.

Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.

a)

bidang....buah

b)

ketul....biji

c)

bidang....bentuk

d)

buah....buah

13.

Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.

a)

butir....rumpun

b)

buah....batang

c)

biji....pohon

d)

butir....buah

14.

Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya.

a)

biji....gelas

b)

potong....buah

c)

potong....gelas

d)

keping....biji

15.

Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang

dikirimkan oleh nenek dari kampung.

a)

butir....sisir

b)

biji....tandan

c)

buah....biji

d)

biji....keping

16.

______ itu telah membawa buah tangan untuk ibu.

a)

Dilawat

b)

Lawatan

c)

Melawat

d)

Pelawat

17.

Pesakit itu telah mendapat _____ di hospital Tan Tock Seng.

a)

dirawat

b)

merawat

c)

perawat

d)

rawatan

18.

Ali terperanjat apabila ______ hantu itu.

a)

kelihatan

b)

penglihat

c)

penglihatan

d)

terlihat

19.

Dia telah dinasihati doktor agar _____ rehat yang secukupnya.

a)

dapatan

b)

didapatkan

c)

mendapatkan

d)

terdapat

20.

Rumah itu musnah kerana____________lori.

a)

dirempuh

b)

diroboh

c)

dihimpit

d)

dinyalakan

21.

Kamu tidak dibenarkan ___________bunga-bunga yang ada di taman itu.

a)

memijak

b)

memetik

c)

mengoyak

d)

melawan

22.

Nenek memakai cermin mata kerana mengalami masalah_____________.

a)

kelihatan

b)

melihat

c)

dilihat

d)

penglihatan

23.

Ahli keluarga yang paling saya ___________ialah nenek.

a)

disayangi

b)

sayangi

c)

menyayangi

d)

kesayangan

24.

Murid-murid membaca petikan yang terdapat dalam buku teks dengan _____________yang betul.

a)

sebutan

b)

sebutkan

c)

menyebut

d)

tersebut

25.

Semua _____________bertepuk tangan setelah persembahan itu tamat.

a)

menonton

b)

ditonton

c)

ditontoni

d)

penonton

26.

Ibu amat ___________penyanyi itu sejak kecil lagi.

a)

peminat

b)

berminat

c)

meminati

d)

minati

27.
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan 
a)
air dicencang tiada putus 
b)
seperti anjing dengan kucing 
c)
seperti kacang melupakan kulit 
d)
bagai isi dengan kuku 
28.
tidak pernah bercerai, sangat cocok 
a)
bagai aur dengan tebing 
b)
bagai dakwat dengan kertas
c)
seperti anjing dengan kucing 
d)
seperti pahat dengan penukul 
29.
pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan
a)
ringan mulut 
b)
kata putus 
c)
diam-diam ubi 
d)
jaga mulut
30.

Pak Dahlan menjunjung ______________ kayu api yang dipungutnya di hujung kampung untuk dijadikan bahan bakar.

a)

seberkas

b)

sepotong

c)

sebatang

d)

sepohon

31.

Pihak polis menemui beberapa __________ peluru yang disorokkan di dalam beg,

a)

biji

b)

butir

c)

pucuk

d)

ketul

32.

Mimi tersenyum riang kerana cita-citanya ingin menggenggam ____________ ijazah telah menjadi kenyataan.

a)

sekeping

b)

segulung

c)

senaskhah

d)

sebuah

33.

Mak Jah tidak mampu bercakap walaupun ____________ kata kerana terkejut mendengar berita kemalangan.

a)

sebaris

b)

sepatah

c)

sebutir

d)

serangkap

34.

Ibu mengambil ____________ krim pelembut lalu menyapu ke badan adik.

a)

secolek

b)

secebis

c)

sebuku

d)

sehiris

35.

" ___________ yang memecahkan pasu bunga yang diletakkan si hadapan rumah ini? "

a)

Siapakah

b)

Mengapakah

c)

Apakah

d)

Dimanakah

36.

Mayat ________ orang pendatang asing itu dijumpai terdampar di tepi pantai itu.

a)

kedua dua

b)

kedua duaan

c)

masing masing

d)

seseorang

37.

Dalam Pertandingan Membaca Puisi, Kamal membaca beberapa ________ pantun yang menarik perhatian para pengadil dalam pertandingan itu.

a)

potong

b)

baris

c)

perenggan

d)

rangkap

38.

Saleh belajar mengaji __________ khatam dengan Pak Lebai

a)

masih

b)

tengah

c)

hingga

d)

sampai

39.

Kakak ___________ pernah dimarahi oleh ibu sejak kecil lagi.

a)

bukan

b)

sering

c)

tidak

d)

tengah

40.

Ahli pengakap terpaksa _______________sebatang sungai semasa menjalani latihan kembara hutan.

a)

melintasi

b)

menongkah

c)

merintangi

d)

meredah

41.

“ ________________bukan sahaja seorang pendidik yang berwibawa, tetapi juga seorang penceramah yang disegani,” kata Pak Alang Leman kepada anaknya.

a)

Mereka

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Anda

42.

Piala lama kepunyaan ayah yang tersimpan di dalam almari itu kelihatan ___________________ kerana sudah lama tidak digilap.

a)

pucat

b)

buruk

c)

luntur

d)

kusam

43.

Ibu menambahkan sedikit garam ke dalam gulai yang dimasaknya itu kerana terlalu __________________

a)

masin

b)

tawar

c)

pahit

d)

manis

44.

“ _________________, cantiknya perabot di ruang tamu ini!” puji rakan-rakan Hasimah.

a)

Eh

b)

Aduhai

c)

Amboi

d)

Syabas

45.

Arman _____________________ untuk menyiapkan kerja projek Sains yang diberikan cikgunya.

a)

kelemahan

b)

keberatan

c)

kekeliruan

d)

kepekaan

46.

Sepasukan anggota tentera sedang memburu ______________________ pengganas yang bersembunyi di dalam hutan.

a)

saki-baki

b)

serba-serbi

c)

suku-sakat

d)

saudara-mara

47.

Setelah mengikuti Kem Kecemerlangan UPSR di sekolah, prestasi pelajaran Amani semakin cemerlang. Pilih perkataan sinonim bagi perkataan prestasi.

a)

akademik

b)

kemajuan

c)

pencapaian

d)

peningkatan

48.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong. Pisau yang baru sahaja diasah tajam akhirnya _________________ kerana Mak Senah terhiris jarinya ketika menyiang ikan di dapur.

a)

makan dalam

b)

makan hati

c)

makan tuan

d)

makan angin

49.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan. Pertandingan futsal ini terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun ke bawah.

a)

Betulkah mereka yang berumur 12 tahun ke bawah boleh mengambil bahagian?

b)

Siapakah yang layak menyertai pertandingan futsal ini?

c)

Adakah murid-murid 12 tahunke bawah layak menyertai pertandingan ini?

d)

Mengapakah pertandingan futsal ini hanya terbuka kepada murid-murid yang berumur 12 tahun?

50.

Pengemis itu meminta sedikit makanan daripada orang ramai.

a)

“ Berikanlah saya sedikit makanan,” kata pengemis itu kepada orang ramai

b)

“ Berikanlah pengemis itu sedikit makanan,” kata orang ramai.

c)

“ Berikanlah orang ramai itu sedikit makanan , “ kata pengemis itu.

d)

“ Berikan pengemis itu sedikit makanan,” kata mereka.

51.

Walaupun harga ubat itu ________mahal, Puan Fatimah terpaksa membelinya kerana anak sulungnya sakit tenat.

I amat

II terlalu

III sangat

IV tersangat

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

52.

Penduduk kampung yang tidak bersetuju terhadap projek itu _________menghantar surat bantahan kepada penghulu.


I telah

II akan

III belum

IV pernah

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I, II dan IV

d)

I, II, III dan IV

53.

Swee Fong mengambil buku ________________________ memberikannya kepada pengawas yang bertugas di sana.

a)

dan

b)

lalu

c)

supaya

d)

hingga

54.

Latihan bola sepak akan ditangguhkan _______________________ hari hujan.

a)

tatkala

b)

jika

c)

kerana

d)

walaupun

55.

Saya tetap akan meneruskan rancangan itu __________________________ Shan bersetuju atau tidak.

a)

sama ada

b)

melainkan

c)

kecuali

d)

serta

56.

Penunggang-penunggang motosikal itu berteduh di bawah jejambat ______________ hujan turun dengan lebatnya.

a)

manakala

b)

tatkala

c)

jika

d)

apabila

57.

__________ menunggu jurulatih sampai,

pemain-pemain bola sepak itu melakukan latihan sendiri __________ mereka mempunyai semangat yang tinggi.

a)

Setelah ... kerana

b)

Biarpun ... ketika itu

c)

Sementara ... walhal

d)

Sementara ... oleh sebab

58.

Pelanggan di kedai ________________________ harga

sayur-sayuran itu dengan jurujual.

a)

beli-membeli

b)

tawar-menawar

c)

timbang-menimbang

d)

jahit-menjahit

59.

Saya belum menerima wang pampasan itu.

a)

Bilakah kamu menerima wang pampasan itu?

b)

Sudahkah kamu menerima wang pampasan itu?

c)

Mengapakah kamu menerima wang pampasan itu?

d)

Berapakah jumlah wang pampasan itu?

60.

Guru besar menasihati murid - murid agar rajin belajar.

a)

Bilakah guru besar memberi nasihat kepada murid – murid?

b)

Di manakah guru besar memberi nasihat kepada murid - murid?

c)

Adakah guru besar memberi nasihat kepada murid - murid ?

d)

Apakah nasihat guru besar kepada murid - murid?

61.

Ramasami memasukkan beberapa _____________ duit syiling ke dalam tabung simpanannya.

a)

biji

b)

helai

c)

berkas

d)

keping

62.

Puan Zamilah menggunakan _________________ benang untuk menjahit ___________ baju kebaya anaknya.

a)

sebuku ........... sehelai

b)

seurat ............. sehelai

c)

selembar .............. sepotong

d)

segulung ................ sebuah

63.

Puan Nancy meletakkan _____________ pisang dan dua _____________ durian di atas meja.

a)

sebiji ... gugus

b)

sebiji ... jambak

c)

sesisir ... biji

d)

sesikat ... gugus

64.

Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang

dikirimkan oleh nenek dari kampung.

a)

butir....sisir

b)

biji....tandan

c)

buah....biji

d)

biji....keping

65.

Hulubalang yang menerima persalinan segera menyembah, “Menjunjung kasih, __________ ! Kurniaan ini _______ terima dengan berbesar hati.”

a)

A tuanku … patik

b)

B hamba … baginda

c)

C tuanku … baginda

d)

D patik … tuan hamba

66.

Bantal yang diisi dengan _______________ yang mencukupi amat selesa digunakan ketika tidur.

a)

A bebuli

b)

B bebola

c)

C kekabu

d)

D bebenang

67.

“ Adakah pihak istana sudah mengetahui perkara ini?”, tanya pemberita.


“ Ya, kerajaan negeri telah ___________perkara ini kepada sultan,” kata Menteri Besar.

a)

menjunjung titah

b)

memohon kurnia

c)

menyembah maklum

d)

menerima menghadap

68.

Anas berasa sungguh ________ apabila hujan turun dengan lebat dan disertai kilat sabung- menyabung tatkala dia keseorangan di rumahnya.

a)

geram

b)

takut

c)

bangga

d)

marah

69.

“Kalian ___________ belajar dengan tekun demi kejayaan dalam UPSR nanti,” kata kakak kepada kedua-dua orang anak buahnya.

a)

telah

b)

mesti

c)

boleh

d)

masih

70.

Arif ________ basikal baharunya dengan berhati-hati.

a)

menolak

b)

menuntun

c)

menunggang

d)

membonceng

71.

Cikgu Firas mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga _________ semasa mengikuti proram motivasi itu.

a)

tatacara

b)

tatabahasa

c)

tatarias

d)

tatasusila

72.

Hanani melakukan kerja-kerja kebajikan itu dengan __________ hati tanpa adanya paksaan daripada pihak-pihak lain.

a)

ketaatan

b)

kepatuhan

c)

kerelaan

d)

kesetiaan