NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERUMPAMAAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Devi selalu ditinggalkan oleh rakan-rakannya ketika hendak ke kantin sewaktu rehat kerana dia berjalan lambat __________________.
bagai telur di hujung tanduk
seperti rusa masuk kampung
bagai itik pulang petang
Hidup Encik Liew ____________________ setelah bisnesnya muflis dek tanggungan hutang yang banyak.
bagai dakwat dengan kertas
bagai telur di hujung tanduk
bagai ayam disambar helang
Alif dan Irsyaad berkawan baik ____________________ kerana mereka berjiran sejak kecil hingga dewasa.
bagai ular kena palu
seperti halilintar membelah bumi
bagai dakwat dengan kertas
Lukman ____________________ sewaktu tiba di Kuala Lumpur kerana tercengang-cengang melihat banyak bangunan di sana.
seperti rusa masuk kampung
bagai aur dengan tebing
bagai itik pulang petang
"Kami tidak dapat mencari Sharifah kerana dia ____________________ setelah memasuki pusat membeli-belah," kata Hidayah dan Aisyah.
bagai ular kena palu
bagai pahat dengan penukul
bagai ayam disambar helang
Chong sangat rajin mengulang kaji pelajaran __________ untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
seperti halilintar membelah bumi
bagai aur dengan tebing
bagai lebah mengumpulkan madu
Kita mestilah saling menolong antara satu sama lain ___________________ walaupun berbeza bangsa dan agama.
bagai itik pulang petang
bagai aur dengan tebing
bagai telur di hujung tanduk
Irfan bersikap ____________________ kerana hanya melakukan kerja apabila disuruh oleh ibu bapanya.
seperti rusa masuk kampung
bagai pahat dengan penukul
bagai lebah mengumpulkan madu
"Jalan ke kampung saya di Kelantan __________ kerana jalannya bengkang-bengkok dan tidak rata," kata Julie kepada Natasha.
bagai ular kena palu
seperti rusa masuk kampung
bagai ayam disambar helang
Haris tersedar daripada tidurnya apabila terdengar bunyi yang sangat kuat ___________________.
seperti halilintar membelah bumi
bagai pahat dengan penukul
bagai telur di hujung tanduk
