wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MUTLAK DAN MUQAYYAD I

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Dari segi bahasa, pengertian lafaz mutlak ialah bebas dan tidak terikat.

Pengertian lafaz mutlak dari segi istilah ialah :

Lafaz khusus yang menunjukkan satu atau beberapa perkara yang tidak tertentu dalam jenisnya (secara menyeluruh) ____________ dengan mana-mana sifat yang mengikatnya

a)

dikaitkan

b)

tanpa dikaitkan

2.

3 pernyataan yang benar mengenai contoh lafaz mutlak ialah :

a)

Lafaz رجل bermaksud seorang lelaki (merangkumi sejumlah lelaki) tanpa ditentukan sifat lelaki itu.

b)

Oleh itu, lafaz رجل membawa maksud sebahagian dan tertentu

c)

Oleh itu, lafaz رجل membawa maksud menyeluruh dan tidak tertentu

d)

yang memasukkan semua jenis lelaki dengan ditentukan sifat-sifat atau ciri-cirinya.

e)

yang memasukkan semua jenis lelaki tanpa ditentukan sifat-sifat atau ciri-cirinya.

3.

3 kenyataan yang benar mengenai hukum lafaz mutlak ialah :

a)

Hukum makna mutlak adalah terpakai apabila sesuatu lafaz datang secara mutlak dalam satu ayat al-quran atau al-hadis

b)

selagi tiada dalil yang menunjukkan ia dikaitkan dengan mana-mana sifat dalam ayat al-quran atau al-hadis lain.

c)

Namun begitu, jika ada dalil yang menunjukkan taqyid (ditentukan atau diikat dengan sifat), maka perlu mengambilkira sifat yang dikaitkan kepada lafaz mutlak tersebut.

d)

ada dalil yang menunjukkan ia dikaitkan dengan mana-mana sifat dalam ayat al-quran atau al-hadis lain.

e)

Namun begitu, jika ada dalil yang menunjukkan taqyid (ditentukan atau diikat dengan sifat), tidak perlu diambilkira sifat yang dikaitkan kepada lafaz mutlak tersebut.

4.

Keterangan bagi contoh lafaz mutlak berikut ialah :

رقبة ialah lafaz mutlak yang menunjukkan kesahihan membebaskan _________

a)

hamba yang beriman sahaja

b)

mana-mana hamba sama ada yang bersifat beriman atau kafir

5.

Keterangan bagi contoh lafaz mutlak berikut ialah :

lafaz وامهت نسايكم mutlak dan menunjukkan pengharaman ibu mentua selepas akad nikah dijalankan _________ syarat bersetubuh dengan perempuan yang dinikahi

a)

tanpa ada

b)

dengan

6.

Keterangan bagi contoh lafaz mutlak berikut ialah :

Lafaz ولي ialah mutlak , maka hadis ini menunjukkan syarat _______ mana-mana wali nikah

a)

ketidakwujudan

b)

kewujudan

7.

Contoh lafaz mutlak yang ada dalil taqyid :

Lafaz وصية ialah mutlak yang tidak dikaitkan sifat atau kadar tertentu. Namun, terdapat dalil dalam hadis yang ______ kadar wasiat hanya kepada 1/3 sahaja. Kesimpulannya, lafaz mutlak akan terpakai sehingga ada dalil yang menunjukkan taqyid (yang menentukan sifat)

a)

tidak menetapkan

b)

menetapkan

8.

Dari segi bahasa, pengertian lafaz muqayyad ialah yang terikat.

Pengertian lafaz muqayyad dari segi istilah ialah :

Lafaz yang menunjukkan satu perkara yang tidak tertentu dalam jenisnya _________ sifat yang mengikatnya atau lafaz yang menunjukkan satu perkara yang ditentukan (dengan sifat)

a)

tanpa dikaitkan

b)

tetapi dikaitkan

9.

3 pernyataan yang benar mengenai contoh lafaz muqayyad berikut ialah :

a)

Lafaz-lafaz ini khusus dari aspek jenisnya,

b)

namun diikat dengan sifat yang mengurangkan rangkumannya kepada yang lain.

c)

Pada asalnya, lafaz tersebut ialah mutlak,

namun dimasuki taqyid (sifat tertentu) yang menjadikannya mutlak

d)

Pada asalnya, lafaz tersebut ialah mutlak,

namun dimasuki taqyid (sifat tertentu) yang menjadikannya muqayyad

10.

Hukum Lafaz Muqayyad :

Hukum makna muqayyad adalah terpakai apabila sesuatu lafaz datang secara muqayyad (terikat) dalam satu ayat al-quran atau al-hadis selagi _______ dalil yang menunjukkan terbatalnya keterikatan tersebut (taqyid)

a)

ada

b)

tiada

11.

Keterangan bagi contoh lafaz muqayyad berikut ialah :

Berpuasa dua bulan فصيام شهرين dalam ayat ini telah diikat dengan sifat berturut-turut متتابعين. Maka ______ berpuasa untuk kaffarah zihar secara selang-seli

a)

cukup

b)

tidak cukup

12.

Keterangan bagi contoh lafaz muqayyad berikut ialah :

Dalam ayat ini, darah دما yang diharamkan telah diikat dengan sifat ______ مسفوحا. Darah yang tidak mengalir seperti limpa dan hati tidak diharamkan.

a)

tidak mengalir

b)

mengalir

13.

Contoh Keterikatan Sesuatu Lafaz Dengan Sifat Yang Diabaikan

Firman Allah mengenai pengharaman anak tiri:

Dalam ayat ini, keterikatan anak-anak tiri dengan sifat في حجوركم (yang dalam pemeliharaan kamu) adalah _______ berdasarkan amalan kebiasaan dalam masyarakat. Hal ini berdasarkan dalil yang difahami daripada sambungan ayat tersebut, iaitu Allah menjelaskan keadaan halal berkahwin hanya dengan menafikan sifat kedua التي دخلتم بهن . Namun begitu, sifat pertama, في حجوركم tidak dinyatakan langsung ketika menjelaskan keadaan halal berkahwin. Kesimpulannya, makna muqayyad terpakai sehinggalah ada dalil lain yang menunjukkan keterikatan dengan sifat tersebut diabaikan.

a)

ditidakabaikan (diambilkira)

b)

diabaikan (tidak diambilkira)