Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANTI NAMA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Ibu, duit .............................hilang," kata Aishah kepada ibunya.

a)

kami

b)

kita

c)

saya

d)

mereka

2.

Ali,Lee dan Muttu bersahabat baik. ....................... tinggal sekampung.

a)

Kami

b)

Saya

c)

Kita

d)

Mereka

3.

"Jika ....................... ada masalah, boleh berjumpa saya di bilik guru nanti," kata Cikgu Ahmad kepada saya.

a)

kamu

b)

dia

c)

kami

d)

kita

4.

Salmi murid tahun 6 Bijak. ...................... bercita-cita untuk pergi ke sekolah berasrama penuh apabila tamat tahun 6 nanti.

a)

Kamu

b)

Dia

c)

Awak

d)

Saya

5.

Tuan Haji Ahmad telah merasmikan bangunan sekolah saya. .......................... juga telah memberikan sumbangan makanan kepada murid-murid.

a)

Anda

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Kami

6.

"Jika ................... ada masa lapang, jemputlah datang ke rumah saya," kata Amir kepada kawan-kawannya.

a)

awak

b)

mereka

c)

kita

d)

kalian

7.

"Ampunkan ...............tuanku," sembah Hang Tuah kepada Raja.

a)

saya

b)

beta

c)

patik

d)

baginda

8.

"Mari ikut .................ke perpustakaan", kata Aini kepada Siti.

a)

kita

b)

saya

c)

awak

d)

mereka

9.

"Boleh ...................tumpang tanya pakcik?", kata Nelly kepada pakcik Abu.

a)

awak

b)

kita

c)

kalian

d)

saya

10.

.................. bertiga akan mewakili sekolah dalam pertandingan rekacipta.

a)

Kita

b)

Saya

c)

Kami

d)

Kalian

11.

"Patik menjunjung perintah ....................", kata Datuk Bendara kepada Sultan Ismail.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

dia

d)

beliau

12.

Ah Hong anak angkat kepada Encik Lee. Ibu bapa .................. telah meninggal tiga tahun lalu.

a)

beliau

b)

dia

c)

mereka

d)

kita

13.

Bekalan elektrik di rumah Encik Abu dan Puan Fatimah dipotong kerana ...................... tidak menjelaskan bil.

a)

dia

b)

beliau

c)

kita

d)

mereka

14.

".......................... tetap dalam ingatan saya sampai bila-bila", kata Azlan kepada kawan-kawannya sebelum pergi.

a)

Kalian

b)

Mereka

c)

Awak

d)

Kita

15.

"................... hendak ke mana," tegur abang kepada lelaki yang duduk disebelahnya itu.

a)

Kita

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Awak

16.

" ....................... jangan masuk campur. Hal ini antara ............... dengan Aini, kata Siti kepada Azura.

a)

Kita............... kami

b)

Kalian..............saya

c)

Kamu...........kita

d)

Kamu...........saya

17.

"................... mahu kejadian itu disiasat dengan segera,"titah Sultan Melaka.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Tuanku

d)

Hamba

18.

Encik Hafiz ialah seorang pengarah syarikat yang terkenal di Kuala Lumpur. ....................selalu memberikan sumbangan kepada orang miskin.

a)

Dia

b)

Mereka

c)

Beliau

d)

Anda

19.

Walaupun hari hujan tetapi ............................. tetap meneruskan gotong-royong membaiki jambatan yang rosak itu.

a)

awak

b)

mereka

c)

beliau

d)

kamu

20.

"................... akan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya," janji Aiman kepada ayahnya.

a)

Kita

b)

Anda

c)

Saya

d)

Dia