Font size
WorksheetsPEND. MORAL TINGKATAN 1 - UNIT 1
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
1.1.1
Moral berasal daripada perkataan Latin iaitu Mores. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut?
Tingkah laku yang baik, betul dan diterima sejajar dengan kehendak agama, norma masyarakat, peraturan dan undang-undang.
Tingkah laku yang benar dan patut yang diterima dalam kalangan masyarakat.
Tingkah laku yang mematuhi peraturan dan undang-undang serta diterima dalam pegangan agama.
Tingkah laku yang diterima dalam sesuatu kelompok, komuniti dan budaya.
1.1.2
Berdasarkan situasi berikut, pilih perlakuan BAIK berdasarkan pernyataan di bawah.
Tindakan Jefri melaporkan kesalahan rakannya kepada guru disiplin.
Hoon Seng dan Irfan telah bercakap benar dan mengakui kesilapan mereka.
Guru Disiplin mengenakan hukuman yang setimpal kepada Hoon Seng dan Irfan setelah kesalahan mereka dibuktikan.
1.1.2
Berdasarkan situasi berikut, pilih perlakuan BENAR berdasarkan pernyataan di bawah.
Jefri melaporkan kesalahan rakannya kepada guru disiplin.
Hoon Seng dan Irfan mengakui kesalahan mereka kepada guru displin.
Guru disiplin mengenakan hukuman kepada Hoon Seng dan Irfan atas kelasahan yang mereka lakukan.
1.1.2
Berdasakan situasi di atas, pilih perlakuan PATUT berdasarkan pernyataan di bawah.
Mengakui kesilapan yang dilakukan.
Mengenakan hukuman yang sesuai kepada individu yang bersalah.
Membuat laporan kepada guru disiplin tentang kejadian tersebut.
1.1.3
Berdasarkan pernyataan berikut, pilih TIGA (3) pernyataan tentang KEPENTINGAN BERKELAKUAN BAIK, BENAR dan PATUT.
Akan menjejaskan hubungan dengan orang lain.
Hubungan dengan orang lain akan menjadi lebih mesra.
Dipercayai dan diyakini oleh orang lain.
Membantu untuk membuat keputusan dengan tepat.
1.1.1
Berikut adalah contoh-contoh perlakuan bermoral, kecuali?
Menghormati rakan sebaya
Memuliakan ibu bapa dan guru
Menyantuni ibu bapa
Memperlekeh orang lain
1.1.4
Anda ternampak dua orang pelajar tingkatan empat sedang memeras ugut pelajar tingkatan satu di belakang sekolah.
Anda kemudiannya melaporkan perkara tersebut kepada guru disiplin.
Berdasarkan situasi di atas, apakah CIRI INSAN BERMORAL yang telah anda amalkan?
Perlakuan Bermoral
Pemikiran Bermoral
Perasaan Bermoral
1.1.4
Anda ternampak dua orang pelajar tingkatan empat sedang memeras ugut pelajar tingkatan satu di belakang sekolah.
Berdasarkan situasi di atas, apakah perasaan anda apabila melihat pelajar tingkatan satu sedang dibuli oleh pelajar tingkatan lima tersebut?
(a)
1.1.5
Berdasarkan pernyataan di bawah, pilih TIGA (3) kelebihan menggunakan internet secara berhemah.
Dapat bermain permainan internet yang terkini
Dapat meningkatkan penguasaan bahasa
Mendapat sumber maklumat yang benar
Dapat berkongsi idea dan pendapat dengan orang
1.1.3
Pilih TIGA (3) pernyataan yang seseuai berkaitan "MENGAPAKAH KITA PERLU MENGAKUI KESALAHAN YANG DILAKUKAN"?
Insaf dengan perbuatan / kesalahan yang dilakukan
Supaya mendapat kemaafan daripada orang lain
Supaya tidak menjejaskan perhubungan dengan orang lain
Supaya merasakan diri sentiasa betul
1.1.5
Apakah tindakan anda, apabila melihat rakan anda yang berkelakuan seperti di gambar ini?
Memujuk rakan anda
Mengajak rakan anda untuk bermain
Meluangkan masa dengan rakan untuk mengetahui masalahnya
Tidak menghiraukan rakan anda
1.1.5
Anda mendapati rakan anda sedang meniru semasa peperiksaan, apakah yang anda harus lakukan?
Menasihati rakan supaya tidak meniru
Mendapatkan jawapan dari rakan anda
Senyap dan tidak mengambil tindakan
Maklumkan kepada guru yang bertugas
1.1.4
Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri insan bermoral dari aspek perasaan?
Prihatin
Kecewa
Simpati
Rasional
1.1.3
Antara yang berikut, tingkah laku yang manakah anda tidak patut lakukan semasa menghadiri rumah terbuka?
Makan semua makanan dengan sopan
Salam dengan semua orang
Memakai pakaian ikut keselesaan diri
Tidak menganggu majlis dengan membuat bising
1.1.5
Semasa anda ingin menggunakan tandas awam yang ramai orang sedang menunggu giliran, anda ternampak tandas OKU yang kosong. Apakah yang anda akan lakukan?
Menunggu giliran anda untuk masuk dengan senyap
Menggunakan tandas oku tersebut
Mencari tandas lain kerana tidak suka ramai orang
Memarahi orang yang ada dalam tandas kerana lama
1.1.5
Janice membeli makanan di kantin yang sibuk pada waktu rehat. Selepas membeli, juruwang memberikan baki yang berlebihan kepada Janice. Apakah tindakan yang sepatutnya Janice lakukan?
Simpan baki tersebut untuk membeli makanan lain
Anggap baki yang berlebihan untuk tuhan yang memberikan
Memulangkan baki berlebihan kepada juruwang
Tidak buat apa-apa tindakan
1.1.3
Gambar menunjukkan contoh tingkah laku bermoral. Namakan tingkah laku tersebut.
Memuliakan ibu bapa
Menghormati guru
Menziarahi jiran
Membantu rakan
1.1.4
Ranjeet Singh didenda oleh gurunya kerana keluar kelas tanpa mendapat kebenaran. Tindakan gurunya itu merupakan tingkah laku yang ___________.
Benar
Baik
Sesuai
Patut
1.1.5
Berikut adalah ciri remaja berhemah, kecuali
Berakhlak mulia
Gigih berusaha
Vandalisme
Semangat patriotisme
1.1.5
Pengamalan tingkah laku yang bermoral akan menjadikan kehidupan kita lebih .......
bahagia dan sepi
bahagia dan sejahtera
huru hara
sejahtera dan risau
