Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK Tahun 1 Awasi Diri

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Senaraikan tindakan yang perlu kamu lakukan sekiranya ada orang asing cuba menyentuh bahagian badan kamu dan menyebabkan kamu berasa tidak selamat.

a)

berkata 'Jangan sentuh saya!'

b)

berlari ke tempat yang selamat

c)

mendiamkan diri

d)

menjerit dan minta pertolongan

2.

Seorang bapa memeluk anaknya. Adakah sentuhan ini selamat?

a)

Ya

b)

Tidak

3.

Seorang ibu memeluk anaknya. Adakah sentuhan ini selamat?

a)

Ya

b)

Tidak

4.

Apakah yang perlu kamu lakukan sekiranya ibu dan ayah memeluk kamu dengan penuh kasih sayang?

a)

Menjerit meminta tolong

b)

Membalas pelukan mereka dengan senang hati

c)

Membuat laporan kepada polis

5.

Apabila doktor membuat pemeriksaan kesihatan atas tubuh badan anda, apakah yang perlu kamu lakukan?

a)

Menjerit meminta tolong

b)

Membenarkan doktor membuat pemeriksaan

c)

Memarahi doktor

d)

Melaporkan kepada polis

6.

Apakah yang perlu kamu lakukan sekiranya orang asing cuba menarik kamu menaiki kenderaan mereka dengan paksaan?

a)

Meronta sekuat hati dan menjerit meminta tolong

b)

Bertenang dan mengikuti orang tersebut

7.

Apakah yang perlu kamu lakukan sekiranya orang yang tidak dikenali memberikan gula-gula kepada kamu?

a)

Menerima gula-gula tersebut dengan gembira

b)

Melarikan diri dan pergi kepada ibu bapa kamu

8.

Apabila kawan kamu tidak sengaja menyentuh badan kamu ketika bermain. Apakah yang patut kamu lakukan?

a)

Melaporkan kepada guru

b)

Memukul kawan kamu

c)

Menasihati kawan supaya lebih berhati-hati

9.

Seorang wanita yang tidak dikenali cuba memberikan gula-gula dan belon kepada Abu. Abu menolak pemberian itu dengan mengatakan 'Tidak, terima kasih. Adakah tindakan Abu itu betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

10.

Apabila orang yang tidak dikenali cuba memeluk kamu, apakah tindakan yang patut kamu lakukan?

a)

Membalas pelukan tersebut

b)

Menjerit meminta tolong