wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am - Perlembagaan

Total questions: 16

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah ciri Perlembagaan Persekutuan?

a)

Tidak boleh dipinda

b)

Mempunyai sifat ketertinggiannya

c)

Mengandungi 13 Bahagian dengan 188 Perkara

d)

Mengandungi undang-undang bertulis

2.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Tidak boleh dibuat pindaan

b)

Asas kepada pembentukan kerajaan

c)

Merupakan undang-undang tertinggi

d)

Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

3.

Yang manakah yang benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

a)

Parlimen mengatasi perlembagaan

b)

Perlembagaan mengatasi undang-undang lain

c)

Mahkamah berkuasa meluluskan pindaan Perlembagaan

d)

Peruntukan dalam Perlembagaan tidak boleh dimansuhkan

4.

Yang manakah penyataan yang menepati konsep Ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?

a)

Perlembagaan tidak boleh dipinda

b)

Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan

c)

Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang

d)

Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan

5.

Yang manakah yang tertakluk bidang kuasa negeri?

a)

Penerbitan majalah keagaaman

b)

Pembukaan pusat pemulihan akhlak

c)

Permohonan permit melombong pasir

d)

Tuntutan penceraian pasangan bukan Islam

6.

Terdapat beberapa perkara sensitif yang tidak boleh dipersoalkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah perkara-perkara tersebut?

a)

Sistem pemerintahan negara

b)

Kedudukan Agama Islam dan Bahasa Melayu

c)

Soal Kewarganegaraan

d)

Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak

7.

Yang manakah benar jika terdapat percanggahan antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri

a)

Undang-undang Persekutuan dibatalkan

b)

Undang-undang Persekutuan dan Negeri akan dipinda untuk mendapatkan persamaan

c)

Undang-undang Persekutuan akan digunakan dan Undang-undang Negeri akan terbatal setakat yang bercanggahan sahaja

d)

Undang-undang yang bercanggahan akan dirujuk kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

8.

Penyataan manakah yang benar tentang akta?

a)

Merupakan undang-undang bertulis

b)

Undang-undang yang telah diwartakan

c)

Undang-undang yang telah digubal oleh Majlis Peguam Negara

d)

Undang-undang yang telah diluluskan oleh Majlis Peguam Negara

9.

Suatu rang undang-undang yang sah boleh dikuatkuasakan selepas

a)

Diluluskan oleh kabinet

b)

Disiarkan dalam warta kerajaan

c)

Diluluskan oleh Majlis Parlimen

d)

Diperkenankan oleh YDPA

10.

Kuasa untuk mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia terletak di bawah bidang kuasa

a)

Mahkamah Persekutuan

b)

Majlis Raja-Raja

c)

Dewan Rakyat

d)

Kabinet

11.

Mengapakah Perlembagaan penting kepada sesebuah kerajaan?

a)

Sebagai rujukan kepada kerajaan ketika membuat keputusan

b)

Sebagai panduan kepada kerajaan untuk mengekalkan kedudukannya

c)

Sebagai jalan penyelesaian kepada kerajaan untuk menyelesaikan sesuatu isu

d)

Sebagai panduan pengagihan kuasa antara institusi kerajaan

12.

Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?

a)

Jemaah Menteri

b)

Bahasa Kebangsaan

c)

Keanggotaan Parlimen

d)

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

13.

Antara berikut yang manakah merupakan pihak yang memberi persetujuan tentang pindaan yang melibatkan Sabah dan Sarawak?

a)

Yang DiPertuan Agong

b)

Yang DiPertua Negeri

c)

Perdana Menteri

d)

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat

14.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kedaulatan undang-undang dalam konteks Perlembagaan Persekutuan?

a)

Semua individu tertakluk kepada undang-undang

b)

Undang-undang hanya terpakai kepada rakyat biasa

c)

Perlembagaan boleh diabaikan dalam keadaan tertentu

d)

Mahkamah tidak boleh campur tangan dalam keputusan kerajaan

15.

Yang manakah merupakan proses untuk meminda Perlembagaan Persekutuan?

a)

Persetujuan oleh Dewan Rakyat sahaja

b)

Persetujuan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan Majlis Raja-Raja

c)

Persetujuan oleh Yang DiPertuan Agong sahaja

d)

Persetujuan oleh rakyat melalui referendum

16.

Apakah yang berlaku jika undang-undang negeri bercanggah dengan undang-undang Persekutuan?

a)

Undang-undang negeri akan terbatal sepenuhnya

b)

Undang-undang negeri akan dipinda untuk mematuhi undang-undang Persekutuan

c)

Undang-undang Persekutuan akan terpakai dan undang-undang negeri terbatal setakat yang bercanggah

d)

Keputusan akan dibuat oleh Mahkamah Persekutuan