wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 9 TING 5

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan hubungan yang terjalin semasa Kesultanan Melayu Melaka.


Hubungan dengan negara luar-------> China, Ryukyu


Apakah bentuk hubungan tersebut?

a)

Diplomatik

b)

Perdagangan

c)

Pertahanan

d)

Kebudayaan

2.

Hubungan luar telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah kepentingan hubungan luar pada waktu itu?


I Meluaskan empayar

II Menjamin keselamatan

III Mendapatkan pengiktirafan

IV Membekalkan tentera upahan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Rajah berkaitan dengan bentuk hubungan lar negara selepas mencapai kemerdekaan


Tunku Abdul Rahman ------> Anti komunis

Tun Abdul Razak Hussein--------> X


Apakah X?

a)

Bergantung negara serantan

b)

Menyokong kuasa besar

c)

Mendukung komunis

d)

Bersikap tidak memihak

4.

Wisma Putra ditubuhkan ketika negara ingin mencapai kemerdekaan.


Apakah fungsi organisasi tersebut?

a)

Menyediakan pelan pembangunan

b)

Memantapkan perpaduan rakyat

c)

Merangka perlembagaan

d)

Menggubal dasar luar

5.

Dasar luar digubal berpandukan perkembangan ekonomi, sosial dan politik di peringkat domestik dan antarabangsa


Mengapakah dasar luar penting kepada sesebuah negara?

a)

Memantapkan kuasa pemimpin tempatan

b)

Memelihara kepentingan kuasa besar

c)

Mempengaruhi tindakan negara

d)

Mengekalkan identiti negara

6.

Apakah matlamat penggubalan dasar luar negara kita?


I Melindungi kepentingan tanah air

II Memenuhi desakan negara luar

III Meningkatkan pengaruh pemimpin

IV Mempertahankan kedaulatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Apakah faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia?


I Pengaruh rakyat

II Desakan rakyat

III Ikatan sejarah

IV Kepimpinan negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Maklumat berikut berkaitan faktor penggubalan dasar luar negara


X --------> Mengambil kira faktor keagamaan seperti Arab Saudi


Apakah X?

a)

Persekitaran luar

b)

Keperluan nasional

c)

Kepimpinan

d)

Ikatan sejarah

9.

Gambar tersebut menunjukkan logo pertubuhan yang disertai oleh Malaysia.

Apakah matlamat penubuhannya?

a)

Memastikan keamanan dunia

b)

Membela negara tewas perang

c)

Mengekalkan kuasa negara imperialis

d)

Mewujudkan blok dunia

10.

Dr Ismail Abdul Rahman memainkan peranan penting di PBB.

Apakah peranan tokoh tersebut?

a)

Pengerusi tetap Majlis Keselamatan

b)

Setiausaha Agung Pertama

c)

Delegasi ke Komanwel

d)

Wakil tetap Malaysia

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan prinsip asas dasar luar Malaysia


*Menghormati kedaulatan wilayah negara lain

*Tidak campur tangan dalam urusan negara lain


Apakah yang dapat dibuktikan oleh Malaysia melalui tindakan tersebut?

a)

Mempertahankan prinsip berkecuali

b)

Mendukung prinsip PBB

c)

Melindungi kepentingan negara

d)

Memantapkan kerjasama Komanwel

12.

Organisasi berikut merupakan agensi di bawah PBB


Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan(UNESCO)


Apakah manfaat yang diperolehi Malaysia melalui organisasi tersebut?

a)

Peruntukan pembangunan wilayah

b)

Pemberian bantuan kemanusiaan

c)

Peningkatan keselamatan sempadan

d)

Pengiktirafan tapak warisan dunia

13.

Kawasan berikut memiliki keistimewaan tersendiri yang menarik minat dunia


*Bandar Melaka

*Gunung Mulu

*Lembah Lenggong


Apakah persamaan kawasan-kawasan tersebut?

a)

Menjadi tapak warisan dunia

b)

Menjadi tumpuan kediaman

c)

Menjadi pusat pentadbiran

d)

Menjadi tugu pertahanan

14.

Badan berikut merupakan salah satu agensi di bahawan PBB.


Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR)


Bagaimanakah organisasi tersebut meaksanakan peranannya?

a)

Melindungi golongan tidak bernegara

b)

Menyelesaikan jenayah antarabangsa

c)

Membendung penyakit berjangkit

d)

Memastikan keamanan dunia

15.

Apakah peranan Majlis Keselamatan dalam organisasi PBB?

a)

Menjaga kepentingan kuasa besar

b)

Mengekalkan keselamatan dunia

c)

Melindungi golongan pelarian

d)

Menyelesaikan pertikaian sempadan

16.

Bagaimanakah UNHCR menyelesaikan masalah pelarian dan golongan tidak bernegara?

a)

Dikumpulkan di negara maju

b)

Diberi bantuan kewangan

c)

Diasingkan mengikut negara

d)

Ditempatkan di negara dunia ketiga

17.

Negara berikut pernah menerima bantuan Malaysia


*Congo

*Somalia


Bagaimanakah Malaysia menghulurkan bantuan ke negara-negara tersebut?

a)

Membanteras ideologi komunis

b)

Mengelakkan tekanan kuasa besar

c)

Penghantaran tentera pengaman

d)

Penyertaan dalam Sukan Komanwel

18.

Maklumat berikut berkaitan seseorang tokoh penting negara


*Pengasas MERCY Malaysia


Siapakah tokoh tersebut?

a)

Tan Sri Razali Ismail

b)

Jomo Kwame Sundaram

c)

Tan Sri Jemilah Mahmood

d)

Datuk Maimunah Mohd Sharif

19.

KOMANWEL


Negara yang layak menganggotai pertubuhan tersebut ialah

a)

Negara bekas jajahan British

b)

Negara-negara membangun

c)

Negara-negara kuasa besar

d)

Negara pengamal demokrasi

20.

Apakah matlamat penubuhan Komanwel?

a)

Menjaga kepentingan kuasa besar

b)

Melindungi pelarian perang

c)

Membina semangat setia kawan

d)

Memerangi golongan ekstrimis

21.

Rancangan Colombo merupakan salah satu perancangan di bawah Komanwel.

Apakah tujuan rancangan tersebut diwujudkan?

a)

Mengatasi masaalh kemiskinan

b)

Memastikan keamanan dunia

c)

Menangani isu pelarian

d)

Melindungi alam sekitar

22.

Farisya Nasuha ingin melanjutkan pelajarannya di New Zealand.

Bagaimanakah pertubuhan Komanwel dapat membantu beliau?

a)

Menerusi pelaksanaan AFTA

b)

Menyediakan peluang pekerjaan

c)

Melalui Rancangan Colombo

d)

Menawarkan latihan teknikal

23.

Mengapakah Malaysia menentang pelaksanaan dasar Aparteid di Afrika Selatan?

a)

Mengancam keselamatan negara

b)

Penyalahgunaan hak asasi manusia

c)

Melindungi kepentingan negara maju

d)

Pengiktirafan terhadap golongan radikal

24.

Apakah matlamat Persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel di Kuala Lumpur tahun 1989?

a)

Menyelesaikan kes jenayah

b)

Meningkatkan perpaduan kaum

c)

Membincangkan isu antarabangsa

d)

Mempertahankan kedaulatan negara kecil

25.

Sapok Biki menjuarai acara tinju


Gambar menunjukkan detik kejayaan negara dalam Sukan Komanwel 1988.


Apakah yang dapat dibuktikan melalui peristiwa tersebut?

a)

Kepentingan menjaga kesihatan diri

b)

Perjuangan mengharumkan nama negara

c)

Mempertahanan kedaulatan tanah air

d)

Keperluan memantapkan perpaduan

26.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memperkukuh dasar luar?


I Keselamatan negara

II Kepentingan negara luar

III Permintaan rakyat tempatan

IV Pembangunan ekonomi

a)

I dan IV

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Mengapakah MAPHILINDO diwujudkan?

a)

Meningkatkan ekonomi serantau

b)

Menghadapi ancaman komunis

c)

Melindungi kepentingan negara Barat

d)

Menyelesaikan isu penubuhan Malaysia

28.

Sidang Kemuncak NAM ke-13 telah melahirkan Deklarasi Kuala Lumpur.

Apakah isu yang diketengahkan dalam deklarasi tersebut?

a)

Pencemaran alam sekitar

b)

Pencerobohan negara kuasa besar

c)

Ketidakadilan sistem ekonomi dunia

d)

Keseragaman penggunaan mata wang

29.

Apakah yang dipersetujui melalui Perisytiharan Lusaka yang dimeterai pada tahun 1970?

a)

Pengharaman senjata nuklear

b)

Pengurangan cukai import

c)

Penggunaan mata wang dinar

d)

Persetujuan menangani keganasan

30.

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ditubuhkan pada tahun 1969 bersempena dengan Persidangan Dunia Islam pertama di......

a)

Rabat, Maghribi

b)

Iskandariah, Mesir

c)

Riyadh, Arab saudi

d)

Kuala Lumpur, Malaysia

31.

Siapakah Setiausaha Agung pertama OIC?

a)

Tun Dr Mahathir

b)

Dr. Ismail Abdul Rahman

c)

Tun abdul Razak Hussein

d)

Tunku Abdul Rahman Putra

32.

Logo tersebut menunjukkan pertubuhan yang disertai oleh Malaysia.

Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?

a)

Memperjuangkan kepentingn umat Islam

b)

Mencapai kemerdekaan bagi negara anggota

c)

Meningkatkan semangat setia kawan dan keserantauan

d)

Mengekalkan keamanan seluruh dunia

33.

Malaysia menjadi perantara bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC.


Apakah impak daripada usaha tersebut?

a)

Perlembagaan baharu digubal

b)

Memperoleh kedaulatan negara

c)

Pengumuman gencatan senjata

d)

Memulihkan struktur pentadbiran

34.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia kelima memegan jawatan penting dalam Kerjasama Pertubuhan Islam(OIC) pada tahun 2003.

Apakah Jawatan tesebut?

a)

Setiausaha Agung OIC

b)

Pegawai Pemerhati OIC

c)

Pengerusi OIC

d)

Perancang strategi OIC

35.

Malaysia sering berhadapan dengan tomahan yang melanda masyaraakt Islam kerana sering dikaitkan dengan 3K.

Apakah 3K tersebut?


I Kekayaan

II Keganasan

III Kemunduran

IV Kesengsaraan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Apakah manfaat yang diperoleh Malaysia melalui penyertaan dalam Pertubuhan Kerjasama Islam OIC?


I Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa

II Pembangunan melalui Rancangan Colombo

III Pengukuhan institusi hub halal negara

IV Peluasan sistem perbankan Islam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

37.

Bagaimanakah Malaysia terlibat dalam pembangunan sosial dalam bidang pendidikan?


I Memberikan tempat tinggal kepada penuntut

II Menawarkan pengajian bertaraf dunia

III Menawarkan pembiayaan pelajaran dan kebajikan

IV Memberikan biasiswa kepada pelajar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Apakah tindakan Malaysia dalam memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin?

a)

Memberikan bantuan ketenteraan semasa serangan

b)

Menawarkan tempat tinggal rakyat Palestin

c)

Mengumumkan gencatan senjata semasa konflik

d)

Menyokong penentuan nasib sendiri rakyat Palestin

39.

Apakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menyertai Bank Pembangunan Islam(IsDB)?

a)

Bantuan kewangan

b)

Pinjaman daripada IsDB

c)

Penubuhan Bank Islam Malaysia

d)

Mencorak dasar kewangan Malaysia

40.

Penubuhan IsDB membawa kepada penubuhan sistem perbankan Islam di serata dunia.

Apakah Bank yang ditubuhkan tersebut?


I Dubai Islamic Bank

II Arab Saudi Islamic Bank

III Palestine Islamic Bank

IV Bank Islam Malaysia Berhad

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV