WorksheetsUJIAN BULANAN PERNIAGAAN TINGKATAN 4
Total questions: 61
Worksheet time: 1hrs 1mins
Bahagian fungsian utama merupakan sebahagian atau rantaian dalam sesebuah organisasi yang mempunyai .............................................................?
Tanggungjawab sebuah organisasi secara umum atau spesifik
Tanggungjawab dan fungsi secara khusus atau spesifik
Peranan bahagian sumber manusia ialah,......................................?
perhubungan keselamatan
Perhubungan industri
Berikut adalah elemen campuran pemasaran kecuali,........................?
Pengagihan
Pengurusan
Tujuan penggunaan teknologi maklumat dalam sesebuah organisasi perniagaan adalah,................?
Memperluas skop perniagaan
Memperluas pulangan saham
tujuan bahagian fungsian kewangan adalah untuk,..............................?
memastikan sumber keselamatan yang terhad ditolak
Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan dan dibelanjakan dalam aktiviti perniagaan
peranan bahagian fungsian khidmat pelanggan ialah,...................................?
Menyediakan lebih banyak doktor pakar bagi memastikan pelanggan puas hati
Menyediakan pakar bagi memberikan maklumat
bahagian fungsian jualan dibentuk bertujuan untuk,............................................?
Memastikan jumlah sasaran jualan yang telah ditetapkan tercapai
Memastikan jumlah sasaran jualan yang diminta tercapai
Antara yang berikut, pernyataan manakah menerangkan maksud visi?
ia merupakan sebab perniagaan ditubuhkan
matlamat organisasi untuk jangka masa pendek
apa yang ingin dicapai dalam jangka masa panjang
dasar perniagaan yang dibuat untuk jangka masa panjang
Maklumat yang berikut merupakan pernyataan visi sebuah organisasi perniagaan.
'visi : menjadi syarikat pengeluar produk A yang terunggul di Malaysia
Antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar tentang visi di atas
kerajaan memerlukan visi untuk tujuan pengutipan hasil cukai
pekerja-pekerja memerlukan visi untuk menyokong usaha mereka
pengurus menjadikan visi sebagai panduan untuk membuat keputusan
pemilik memerlukan visi untuk memastikan keuntungan dapat dimaksimumkan
Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang objektif?
menggariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi
menjadi garis panduan dalam pengurusan perniagaan
matlamat atau sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi
tujuan atau matlamat utama perniagaan itu dibentuk oleh peniaga
Antara yang berikut, yang manakah dikategorikan sebagai organisasi bukan bermotifkan untung?
Kedai Runcit Rahman
Syarikat Pertama Berhad
Majlis Perubatan Malaysia
Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad
Sesuatu objektif yang hendak dibentuk haruslah bersifat spesifik. apakah maksud spesifik?
jangka masa sesuatu objektif perlu dinyatakan secara tepat
objektif yang dibentuk perlu dinyatakan dengan jelas dan bersistem
setiap objektif yang dibentuk mesti mendatangkan manfaat kepada pemilik
objektif yang ditetapkan mestilah dicapai dalam tempoh yang diberikan
pernyataan yang berikut berkaitan dengan suatu ciri objektif.
jika kita hendak membentuk objektif, maka objektif yang dibentuk itu mestilah bersifat praktikal dan boleh dilaksanakan.
apakah ciri yang dimaksudkan?
spesifik
realisitik
boleh diukur
boleh dicapai
antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri objektif yang baik?
dibuat secara umum
boleh diterjemahkan
mempunyai satu tarikh tertentu
mempunyai sasaran yang boleh dicapai
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan visi yang tepat?
sekolah dapat mengekalkan kelulusan 100% setiap tahun
menjadi sekolah terbaik di daerah Gombak menjelang 2020
melahirkan pelajar cemerlang dari segi akademik dan sahsiah
melahirkan para graduan yang berdaya saing dan mampu mengurus dengan baik
Encik Jasmi telah menubuhkan perniagaan kraftangan di Merlimau, Melaka pada 1 Julai 2016. Apakah visi yang sesuai bagi perniagaan Encik Jasmi?
jualan sebanyak 50 unit bakul rotan sebulan
melahirkan pekerja yang mahir membuat bakul rotan
menghasilkan pengeluaran sebanyak 200 unit sebulan
untuk menjadi sebuah perniagaan yang disegani dan dicontohi
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan objektif kepada perniagaan?
Mengena lpasti tujuan penubuhan
mengenal pasti sasaran yang ingin dicapai
membantu perniagaan membuat perancangan
memudahkan perniagaan menilai prestasi perniagaan
Perniagaan yang gagal mencapai matlamat dan objektif harus mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah tersebut. Antara yang berikut, tindakan yang manakah wajar diambil oleh perniagaan?
menaikkan harga produk
menyemak semula objektif
pengeluaran perlu dihentikan
mendapatkan khidmat nasihat
Pernyataan manakah yang benar tentang visi?
I. Menggambarkan matlamat jangka panjang yang ingin
dicapai
II. Mengambil masa melebihi lima tahun untuk
mencapainya
III. Menerangkan aktiviti perniagaan yang sedang dijalankan
IV. Menyatakan sebab sesebuah organisasi wujud
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang dimaksudkan dengan misi?
Panduan dalam membuat keputusan
Pembentukan matlamat yang lebih khusus
Penetapan perancangan jangka masa panjang perniagaan
Pernyataan yang menerangkan tujuan penubuhan perniagaan
Apakah langkah yang perlu diambil oleh organisasi untuk meningkatkan keupayaan sumber manusia organisasi.
Meningkatkan pembayaran gaji
Membawa masuk teknologi baru
Meningkatkan bilangan kakitangan
Mengadakan latihan dan pembangunan
Mengapakah perniagaan yang gagal mendapat keuntungan akan mengalami kesukaran dalam mengembangkan perniagaannya?
Motivasi pekerja akan terjejas
Imej produk terjejas di mata pengguna
Tidak dapat meningkatkan operasi perniagaan
Terpaksa mengurangkan harga jualan barang
Bagaimanakah carta organisasi berfungsi dalam menyampaikan visi sebuah syarikat?
I Mendorong semua pihak untuk mencapai matlamat
II Melaksanakan matlamat perniagaan secara spesifik
III Menyampaikan maklum balas dari pekerja kepada pihak
atasan
IV Menyebarkan hala tuju perniagaan kepada pekerja
melalui pengurus
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif sesebuah perniagaan.
Perniagaan Perabot G2 Enterprise menyediakan jadual kerja untuk menyiapkan perabot mengikut tempahan pelanggan.
Apakah ciri objektif yang terlibat?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Manakah yang merupakan faktor dalaman organisasi yang boleh mempengaruhi pencapaian visi, misi dan objektif organisasinya?
Sumber manusia
Ekonomi
Undang-undang
Politik
Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?
Pembentukan misi
Pembentukan objektif
Pembentukan taktik
Pembentukan strategi
Sebuah syarikat perumahan menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan rumah. Apakah ciri objektif yang baik yang dapat dicapai oleh syarikat berkenaan?
Spesifik
Munasabah
Boleh dicapai
Jangka masa
Apakah contoh aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Penternakan
pemasangan
pengangkutan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti.
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Apakah aktiviti tersebut?
Pemasaran
Perniagaan
Pengeluaran
Pengangkutan
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
I Menambah kos perbelanjaan
II Meningkatkan imej perniagaan
III Mengembangkan perniagaan
IV Meningkatkan kadar bayaran cukai
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
Secara Percuma
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Jualan pada harga di bawah kos
Gambar 1 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
Liabiliti Terhad
Cukai perniagaan yang tinggi
Bebas menguruskan perniagaan
Hayat perniagaan yang berterusan
Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan.
Syer tidak boleh dipindah milik tanpa persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.
Perkongsian
Syarikat Awam berhad
Syarikat jaminan berhad
Syarikat sendirian berhad
Maklumat di bawah menunjukkan suatu sektor perniagaan
X ------ mengekstrak sumber semula jadi dan mengeluarkan bahan mentah untuk kegunaan sektor kedua
Apakah X ?
Sektor mikro
Sektor utama
Sektor kedua
Sektor ketiga
Pernyataan manakah yang Benar tentang skala perniagaan Kedai Runcit Zuki di Taman Johor Jaya?
Bersaiz besar-besaran
memerlukan modal yang banyak
menjual barang kepada pelanggan-pelanggan dari negeri lain
dikenali sebagai skala perniagaan tempatan
Nyatakan jenis saiz perniagaan
(a)
Antara berikut yang manakah merupakan skala perniagaan antarabangsa?
I Suma Enterprises
II Malaysia Airlines Berhad
III Petronas Nasional Berhad
IV Syarikat Lee Sendirian Berhad
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pernyataan manakah yang merupakan aspek penting yang ditunjukkan oleh carta organisasi?
Pembahagian kuasa
Pengasingan kuasa
Pembahagian kerja
Pengkhususan kerja
Maklumat berikut menunjukkan suatu peringkat dalam pengurusan.
Encik Goh bertanggungjawab ke atas semua operasi dan aktiviti dalam sesebuah organisasi. Semua aktiviti yang dijalankan dalam organisasi perlu dilaporkan kepada dia.
Apakah peringkat pengurusan bagi Encik Goh?
Pengurusan atasan
Pengurusan bawahan
Pengurusan sederhana
Pengurusan pertengahan
Apakah maksud bahagian fungsian?
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh organisasi
Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut
Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk bahagian tersebut
Pernyataan manakah yang merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?
Merancang kewangan organisasi perniagaan
Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi
Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi
Merancang, mengorganisasi, memimpin, dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi
Pernyataan manakah yang tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
Menjawab pertanyaan pelanggan
Memastikan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mencukupi
Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran
Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak pelanggan
Bahagian fungsian yang manakah terdapat dalam organisasi perniagaan?
Kewangan
Pengiraan kewangan
Perancangan kewangan
Perakaunan dan kewangan
Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen yang digunakan oleh sebuah bahagian fungsian.
* Invois belian
* Nota kredit
* Keratan cek
* Resit diterima
Apakah bahagian fungsian yang menggunakan dokumen di atas?
Perakaunan
Kewangan
Pembelian
Pembiayaan
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan bahagian fungsian kewangan?
Mengawal kewangan setiap bahagian
Menyimpan data atau maklumat tentang kewangan organisasi
Mencipta perisian untuk digunakan dalam urusan kewangan
Memperkenalkan sistem baharu untuk pengurusan kewangan
Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kawalan selepas?
Memastikan bahan mentah yang dipesan mempunyai kuantiti yang betul
Memastikan pekerja mempunyai kemahiran dalam mengoperasikan mesin
Memastikan peralatan yang digunakan dalam proses pengeluaran dapat berfungsi yang baik
Memastikan produk yang siap dihasilkan diperiksa terdahulu sebelum dihantar ke pasaran untuk dijual
Pasar Raya Ara telah menjalankan promosi jualan sehingga 90% dengan tujuan meningkatkan jualan.
Apakah tujuan perniagaan yang berkaitan dengan situasi di atas?
Memaksimumkan keuntungan
Menjual barang pada harga kos
Menjual barang di bawah harga kos
Menawarkan barang secara percuma
Kedai Pakaian Linda dan Lily
Pernyataan manakah yang menerangkan kelebihan kedai tersebut?
I Kemahiran pengurusan yang pelbagai
II Risiko perniagaan dapat ditanggung bersama-sama dengan rakan kongsi
III Bebas mengurus perniagaan
IV Liabiliti perniagaan yang terhad
I dan II
II dan IV
III dan IV
I dan IV
Pernyataan manakah yang menerangkan pemilikan perniagaan tersebut?
Modal dikumpulkan daripada sekumpulan persendirian
Tiada hak maksimum pemilikan
Liabiliti terhad atas jumlah modal yang dilaburkan
Dikenakan cukai pendapatan yang rendah
Apakah cara OBBU beroperasi?
Menyediakan barang dan perkhidmatan secara percuma
Menjual barang dan perkhidmatan pada harga kos
Menjual barang dan perkhidmatan melebihi harga kos
Menjual barang dan perkhidmatan di bawah harga kos
Mimi membayar wang kepada John kerana telah membeli 20 biji epal di gerai John.
Pernyataan di atas melibatkan konsep asas __________ .
Kontrak perniagaan
Keuntungan perniagaan
Pertukaran nilai
Keperluan dan kehendak
Bagaimanakah kita menjelaskan konsep perkhidmatan?
Sesuatu aktiviti yang disalurkan / disampaikan secara terus daripada penjual kepada pengguna
Boleh disentuh
Boleh dilihat
Tiada bentuk fizikal
Jawapan berikut merupakan kepentingan keuntungan terhadap sesebuah perniagaan, KECUALI
Digunakan utk mengukur tahap prestasi perniagaan
Melambangkan imej perniagaan dan seterusnya menarik pelaburan baru
Digunakan untuk menghadapi ancaman perniagaan
Digunakan utk mengembangkan perniagaan
Jenis milikan perniagaan berikut menikmati faedah ekonomi bidangan, KECUALI
Restoran Faiz
Syarikat Star Berhad
Kedai Bunga May dan Mei
Pos Malaysia Berhad
Bilangan rakan kongsi bagi perniagaan perkongsian berhad adalah 2 hingga (a) orang.
Rakan kongsi yang menyumbang wang sahaja dalam perniagaan perkongsian dikenali sebagai _________
Rakan kongsi wang
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi aktif
Rakan kongsi lelap
Pernyataan berikut merupakan kelebihan perniagaan francais terhadap francaisi, KECUALI
Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik
Membayar loyalti kepada fracaisor
Jenama perniagaan sudah terkenal
Mempunyai pelanggan sedia ada
Apakah dua aspek yang menentukan saiz perniagaan?
Keuntungan bulanan
Bilangan pekerja tetap
Jumlah jualan tahunan
Saiz kilang
Berikut merupakan cabaran bagi perniagaan bersaiz kecil, KECUALI
Ketidakpastian pasaran
Masalah aliran tunai
Memotivasikan pekerja
Beban kerja berat
Pilih gambar rajah yang berkaitan dengan sektor primer.
Pada era 1990-an, Malaysia lebih tertumpu pada sektor _______
Pertanian
Perindustrian
Perkhidmatan
Perniagaan
