wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM6 Kata Ganda (11/8)

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Perompak itu lari _____ apabila dikejar oleh pihak polis.

a)

lalu-lalang

b)

bolak-balik

c)

lintang-pukang

d)

mundar-mandir

2.

Encik Ronnie memasang _____ tingkap untuk mengingkatkan tahap keselamatan rumahnya.

a)

lelangit

b)

kekuda

c)

tetupai

d)

jeriji

3.

_____ itu sedang berkicau di dahan pokok mangga.

a)

Ayam-ayam

b)

Arnab-arnab

c)

Lembu-lembu

d)

Burung-burung

4.

Harga bantal _____ asli sangat tinggi di pasaran.

a)

dedalu

b)

dedaun

c)

kekabu

d)

deduit

5.

Buah rambutan yang hampir masak itu berwarna _____.

a)

keputih-putihan

b)

kehitam-hitaman

c)

kemerah-merahan

d)

kebiru-biruan

6.

Orang ramai _____ keluar dari dewan selepas persembahan orkestra itu tamat.

a)

berlari-lari

b)

berpusu-pusu

c)

berlumba-lumba

d)

berduyun-duyun

7.

Perasaan ibu _____ kerana abang masih belum pulang.

a)

haru-biru

b)

hiruk-pikuk

c)

gundah-gulana

d)

hingar-bingar

8.

Tangan Yusuf _____ akibat dicakar oleh kucing peliharaannya.

a)

calar-balar

b)

lekak-lekuk

c)

pucat lesi

d)

kumat-kamit

9.

Watak penjahat dalam filem itu mengikat tangan pelakon wanita yang sedang ____ melepaskan diri.

a)

meraung-raung

b)

meronta-ronta

c)

melaung-laung

d)

merayu-rayu

10.

Encik Donald berjalan ____ dalam biliknya sambil memikirkan masalah kewangan syarikatnya.

a)

mundar-mandir

b)

bolak-balik

c)

lalu-lalang

d)

bongkar-bangkir

11.

Kejadian minggu lalu _____ mengubah kehidupan Radhi sekeluarga.

a)

bulat-bulat

b)

mati-mati

c)

betul-betul

d)

hidup-hidup

12.

Stephanie terperanjat apabila ternampak seekor _____ pada dinding biliknya.

a)

kura-kura

b)

ubur-ubur

c)

labah-labah

d)

labi-labi

13.

Harga _____ yang dijual di gerai makanan itu sangat berpatutan.

a)

lauk-pauk

b)

kayu-kayan

c)

sayur-mayur

d)

rempah-ratus

14.

Pesanan Puan Dila masih _____ di telinga Reza.

a)

terkebil-kebil

b)

terngiang-ngiang

c)

terdengar-dengar

d)

ternganga-nganga

15.

Surat khabar itu ____ akibat digigit oleh Si Putih.

a)

kusut-masai

b)

serba-serbi

c)

koyak-rabak

d)

compang-camping

16.

Dani membantu ayahnya menebas _____ di belakang rumahnya.

a)

bukit bukau

b)

semak samun

c)

rumput-rampai

d)

gunung-ganang

17.

Para penonton di studio itu ketawa _____ menyaksikan pelawak itu melakukan persembahan.

a)

tertahan-tahan

b)

tersedak-sedak

c)

terbahak-bahak

d)

tersengguk-sengguk

18.

Wani menyapu _____ mentega itu pada roti bakarnya.

a)

saki-baki

b)

anak-pinak

c)

suku-sakat

d)

pahit maung

19.

Encik Lai _____ hendak membeli rumah banglo di atas bukit itu.

a)

berura-ura

b)

bergilir-gilir

c)

bermati-mati

d)

berebut-rebut

20.

Wai Leng ____ malu apabila Cikgu Othman memuji sikapnya yang suka membantu rakan-rakan.

a)

terkial-kial

b)

tersipu-sipu

c)

terkebil-kebil

d)

teresak-esak

21.

Chua Nee berdiri di tepi tingkap biliknya sambil memerhatikan _____ yang berkelipan di langit.

a)

awan-awan

b)

lampu-lampu

c)

bintang-bintang

d)

bayang-bayang

22.

Air yang bertakung di dalam pasu itu menjadi tempat pembiakan.

a)

lelabah

b)

jejentik

c)

rerama

d)

pepatung

23.

Helikopter itu _____ di udara sebelum mendarat di atas bumbung bangunan.

a)

berkisar-kisar

b)

berlegar-legar

c)

berputar-putar

d)

berpusing-pusing

24.

Budak lelaki itu menangis sambil _____ kakinya kerana kemahuannya tidak dituruti.

a)

menggerak-gerakkan

b)

menghentak-hentakkan

c)

menggoyang-goyangkan

d)

menendang-nendangkan

25.

Bella berasa _____ terhadap tawaran harga telefon pintar yang terlalu murah itu.

a)

marah-marah

b)

bising-bising

c)

benci-benci

d)

ragu-ragu