NEW
Font size
WorksheetsBANK SOALAN CU02 (SINGLE PHASE WIRING) SET 1
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Manakah antara berikut merupakan prinsip asas bekalan elektrik?
I. Proses pembekalan (Supply).
II. Proses penjanaan (Generation).
III. Proses pengagihan (Distribution).
IV. Proses penghantaran (Transmission).
I, II dan III.
I, III dan IV.
II, III dan IV.
I, II, III dan IV.
Apakah tujuan menempatkan simbol-simbol aksesori elektrik pada pelan bangunan?
Untuk tujuan membezakan jenis kabel yang digunakan.
Untuk menjadi bahan rujukan kepada pereka pelan bangunan.
Untuk tujuan pengukuran keperluan penggunaan kabel bagi pendawaian.
Untuk menjadi panduan kepada pendawai ketika membuat kerja-kerja pendawaian sebenar.
Antara berikut, yang manakah padanan yang betul?
Hidup – hijau , neutral – hitam dan bumi – hijau.
Hidup – merah, neutral – hitam dan bumi – hijau.
Hidup – merah, neutral – hijau dan bumi – hitam.
Hidup – merah, neutral – merah dan bumi – hijau.
Litar-litar akhir kecil terdiri dari tiga jenis litar utama. Apakah tiga jenis litar utama tersebut?
Litar pencahayaan, litar kuasa am dan litar kuasa tetap.
Litar lampu, litar kuasa am dan litar soket alir keluar 13A.
Litar loceng, litar pencahayaan dan litar penyaman udara.
Litar soket alir keluar 13A, litar soket alir keluar 15A dan litar kuasa tetap.
Apakah formula yang digunakan untuk mendapatkan nilai arus (I),?
I = R/V.
I = P/R.
I = V x P.
I = V / R.
Berapakah peratusan faktor kepelbagaian bagi lampu daripada jumlah permintaan arus mengikut Jadual B (faktor kepelbagaian) bagi rumah kediaman?
66%.
75%.
90%.
100%
Berapakah peratusan faktor kepelbagaian bagi soket alir keluar 13 A daripada jumlah permintaan arus (faktor kepelbagaian) bagi rumah kediaman?
90% litar pertama yang terbesar + 40% litar yang selebihnya.
60% litar pertama yang terbesar + 40% litar yang selebihnya.
100% litar pertama yang terbesar + 40% litar yang selebihnya.
100% litar pertama yang terbesar + 50% litar yang selebihnya.
Dalam pengiraan faktor kepelbagaian keperluan bagi alat penghawa dingin, berapakah nilai 1Hp (kuasa kuda) jika ditukar kepada Watt?
740 W.
746 W.
750 W.
756 W.
Apakah istilah “V” dalam singkatan pepasangan elektrik?
Ohm
Voltan
Ampere
Galangan
Apakah yang dimaksudkan dengan P.P.E?
Peralatan perlindungan personel.
Peralatan penjagaan perlindungan.
Peralatan keselamatan perlindungan.
Peralatan perlindungan persekitaran.
Saiz kabel yang digunakan untuk pendawaian bagi Soket Alur Keluar 13Amp adalah?
1.0 mm²
1.5 mm²
2.5 mm²
1.25 mm²
Pendawaian bagi litar pencahayaan pada setiap pendawaian adalah menggunakan pemutus litar kenit (MCB) 6 Amp. Berapakah maksimum poin yang boleh dipasang?
10 poin
15 poin
20 poin
25 poin
Singkatan a.u ialah untuk?
Kabel bersalut
Muatan relative
Arus ulang alik
Sebarang pemalar
Bagi pemasangan Litar Gelang, Berapakah saiz MCB yang patut digunakan?
6 Amp
16 Amp
20 Amp
32 Amp
Berapakah voltan bagi pepasangan satu fasa (single phase)
100V
230V
290V
415V
Suatu suis yang mengawal sebuah lampu tunggal akan disambungkan?
Bersiri
Selari
Merentasi lampu
Merentasi bekalan
Sistem suis di tangga yang menggunakan dua suis untuk mengawal satu lampu merupakah?
Suis 1 hala
2 Suis 2 hala
2 suis perantaraan
Suis 2 hala dan 1 suis perantaraan
Suis lampu pertengahan akan mempunyai (tidak termasuk sambungan bumi)
2 terminal
3 terminal
4 terminal
6 terminal
Kod warna bagi kabel boleh lentur (Three Core Cable) untuk pengalir hidup (live) adalah?
Biru
Merah
Hitam
Coklat
Apakah yang dimaksudkan dengan PVK?
Polivinil Klorida.
Polivinil Kuprum.
Polivoltan Klorida.
Polivoltan Kuprum.
Apakah maksud simbol bagi Rajah diatas?
Dua teras.
Tiga teras.
Teras tunggal.
Teras terbilang.
Berapakah faktor ruang bagi sesalur?
25%
35%.
45%.
55%.
Alat ini digunakan untuk kerja-kerja menebuk dipermukaan kayu,simen dan logam. Operasi kendalian menggunakan kuasa elektrik 230V dan juga boleh laras samada untuk menebuk kayu,simen atau logam.
Apakah alat mesin tangan yang dimaksudkan Penyataan diatas?
Grinder.
Hand Drill.
Battery Drill.
Demolition Hammer.
Berapakah jarak antara klip plumbum untuk pendawaian menegak seperti Rajah diatas?
100mm hingga 120mm.
150mm hingga 170mm.
200mm hingga 220mm.
250mm hingga 270mm.
Manakah berikut BUKAN jenis litar akhir kuasa biasa digunakan pada pepasangan bekalan satu fasa 230 Volt (single phase).
Litar akhir bagi soket alir keluar 10A.
Litar akhir bagi soket alir keluar 15A.
Litar akhir bagi soket alir keluar pemanas air.
Litar akhir bagi soket alir keluar 13 A (litar jejari).
Berapakah jumlah soket jika pendawaian atau pemasangan dalam bilik tidak melebihi 100 meter persegi?
2.
4.
6.
Tiada had.
Berikan maksud RCCB (Residual Current Circuit breaker)?
Pemutus litar arus baki.
Pelindung litar arus baki.
Pemutus litar voltan baki.
Pelindung litar voltan baki.
Nilai 1000 watt adalah nilai ________________ kuasa bagi satu litar kecil akhir pencahayaan.
Minima
Berkesan
Maksima
Tak berubah
Pilih jenis-jenis pendawaian yang sesuai bagi pendawaian rumah kediaman.
I. Pendawaian Permukaan.
II. Pendawaian Pembuluh PVC.
III. Pendawaian Pembuluh Logam.
IV. Pendawaian Tersembunyi Pembuluh PVC.
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Apakah nilai PAB bagi litar kuasa?
10 mA.
20 mA.
30 mA.
100 mA.
Semua sambungan ___________________ mestilah disambungkan ke punca kanan pada suis atau soket alir keluar.
pengalir neutral
pengalir bumian
pengalir hidup / fasa
pengalir bekalan utama
Siapakah yang dibenarkan untuk membuat ujian pepasangan pendawaian satu fasa yang telah siap?
Pihak Berkuasa Bekalan
Tuan punya Pepasangan
Pendawai satu fasa dengan Pengendosan pengujian
Pendawai dengan sekatan Satu Fasa atau Tiga Fasa dengan endosan pengujian
Penggunaan sistem pendawaian konduit logam adalah apabila ____________ terlalu banyak.
Punca kerosakan bumi
Punca kerosakan bekalan
Punca kerosakan peralatan
Punca kerosakan mekanikal
Kabel yang disambung dari peranti pelindungan MCB ke tamatan suis satu hala dinamakan_____________
Kabel suis
Kabel hidup
Kabel neutral
Kabel pelindung
Penebat adalah bahan yang tidak membenarkan ___________melalui nya.
Arus elektrik
Rintangan elektrik.
Daya gerak elektrik
Keupayaan elektrik
Nilai ’galangan rosak ke bumi’ yang tinggi boleh menyebabkan____________
Semua peranti pelindungan gagal berfungsi.
Peranti pelindung arus lebih gagal berfungsi.
Peranti pelindung arus bocor gagal berfungsi
Pemutus litar gagal berfungsi semasa litar pintas.
Apakah maksud arus kepekaan 10 mA pada sebuah PAB?
Nilai arus maksima yang boleh melalui PAB tersebut.
Nilai arus minima yang dibenarkan melalui PAB tersebut.
Nilai arus kebocoran bumi kurang 10 mA akan membuat PAB itu terpelantik.
Nilai arus kebocoran bumi lebih 10 mA akan membuat PAB itu terpelantik
Bagaimana anda dapat mengenali dengan mudah antara suis satu hala, suis dua hala dan suis pertengahan?
Warna dan saiznya
Fizikal dan rekabentuknya
Jumlah terminal pada suis- suis tersebut
Sambungan suisnya dengan menggunakan multimeter
Apakah alat pengukuran mudah-alih yang digunakan untuk menyukat arus elektrik pada pemasangan kekal setelah beroperasi?
Multimeter
Ohm meter
Tachometer
Clamp-on ammeter
Susunkan tatacara pepasangan elektrik mengikut turutan yang betul.
I. Lawatan tapak.
II. Mulakan kerja pendawaian.
III. Pengesahan perakuan ujian.
IV. Borang G dan borang H ke TNB.
I, II, III, IV
I, II, IV, III
II, IV, III, I
II, III, II, IV
Apakah yang digambarkan oleh gambarajah pendawaian?
Jumlah beban terpasang secara terperinci dan mudah dibaca oleh pendawai.
Susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah dibaca oleh pendawai.
Jumlah beban terpasang secara terperinci dan mudah dibaca oleh pengguna.
Susunan dan sambungan secara terperinci dan mudah dibaca oleh pengguna.
Secara umumnya, berapakah nilai voltan bekalan bagi kediaman satu fasa?
200V.
230V.
260V.
300V.
Berapakah nilai rintangan penebatan yang bagus bagi pendawaian biasa?
Melebihi 1 miliohm.
Melebihi 1 teraohm.
Melebihi 1 gigaohm.
Melebihi 1 megaohm.
Antara berikut, prosedur manakah yang tidak perlu dilakukan bagi melengkapkan borang ujian G dan H menggunakan alat uji rintangan penebatan?
I. Terusan bumi diperiksa.
II. Rintangan penebatan ke bumi.
III. Rintangan penebatan antara pengalir.
IV. Kekutupan suis dan soket alir keluar betul.
I, IV.
I, II, III.
I, II, IV.
II, III, IV.
Apakah fungsi Insulation Tester?
Untuk menguji elektrod bumi.
Digunakan untuk menguji rintangan penebat
Digunakan untuk menyukat voltan A.C dan D.C.
Ia berfungsi untuk menyukat kelajuan motor elektrik.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan sebelum kerja pemeriksaan dan pembaikan dijalankan?
Tanggalkan semua beban terpasang.
Matikan dahulu bekalan dengan membuka (OFF) suis utama.
Asingkan semua punca litar pencahayaan dengan litar kuasa.
Jalankan kerja pemeriksaan dan pemasangan dalam keadaan ada bekalan.
Apakah fungsi peralatan Jig Saw?
Mengetat atau melonggarkan skru.
Kerja-kerja menebuk dipermukaan kayu, simen dan logam.
Memotong kayu, plywood dan lain-lain benda yang agak lembut.
Menebuk lubang pada dinding konkrit dan untuk kerja-kerja yang agak besar permukaan konkrit yang perlu dipecahkan.
Apakah definisi ujian rintangan elektrod bumi?
Diberikan bekalan arus ulang alik.
Menguji rintangan pengalir perlindungan.
Ujian yang dijalankan sekiranya nilai bacaan ujian galangan gelung bumi tinggi yang ditetapkan.
Ujian yang dijalankan bagi mengukur galangan elektrod yang ditanam mempunyai nilai rintangan yang rendah.
Antara berikut BUKAN dalam senarai pemeriksaan penglihatan?
Pemasangan baru.
Tanda pengenalan kabel.
Sambungan pengalir-pengalir kabel.
Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.
Manakah antara berikut BUKAN tips-tips bagi mengelakkan kemalangan elektrik?
Hidupkan semua suis apabila membaiki kabel yang rosak.
Jangan baiki peralatan elektrik anda sekiranya anda tidak kompeten.
Jangan sentuh peralatan elektrik apabila tangan dalam keadaan basah.
Larang kanak-kanak daripada bermain dengan soket elektrik dan alatan elektrik.
