Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Biologi Tingkatan 5 Bab 10

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Karbon monoksida dari ekzos kenderaan bermotor menyebabkan..

a)

penurunan kadar fotosintesis

b)

pengurangan pengangkutan oksigen dalam darah

c)

pembentukan jerebu

d)

penghakisan bangunan

2.

Asap berlebihan menyebabkan perkara berikut, kecuali...

a)

resdung

b)

bronkitis

c)

asma

d)

sesak nafas

3.

BOD meningkat.

Ledakan alga.


Apakah fenomena tersebut?

a)

Jerebu

b)

Eutrofikasi

c)

perubahan iklim

d)

kesan rumah hijau

4.

Yang manakah adalah kesan pencemaran terma ke atas ekosistem akuatik?

a)

Peningkatan kadar fotosintesis pada hidupan akuatik

b)

Peningkatan saiz populasi organisma akuatik

c)

Penurunan oksigen terlarut dalam ekosistem akuatik

d)

Penurunan kadar kematian hidupan akuatik

5.

Berikut adalah komponen dalam sekuriti makanan, kecuali..

a)

Akses makanan

b)

ketersediaan makanan

c)

Kestabilan makanan

d)

Kebersihan makanan

6.

Berikut adalah tujuan Teknologi hijau diperkenalkan, kecuali...

a)

memelihara alam sekitar

b)

mengurangkan kesan negatif kegiatan manusia

c)

menyejukkan pandangan mata

d)

mengurangkan penggunaan bahan yang tidak boleh di baharu

7.

Pilih kriteria yang boleh menjadikan sesuatu produk itu dikategorikan sebagai teknologi hijau.

a)

mempunyai pembebasan gas rumah hijau pada kadar maksimum

b)

menggunakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui

c)

degradasi alam sekitar diminimumkan

d)

memaksimumkan penggunaan sumber asli dan tenaga

8.

Berikut adalah tindakan dalam menjaga kelestarian alam sekitar, kecuali...

a)

mencuci kereta dengan sebaldi air hujan yang ditadah

b)

mengepam tandas setiap kali selepas digunakan

c)

menyiram pokok dengan air hujan yang ditadah

d)

menggosok pakaian yang banyak sekaligus.

9.

Pilih tonggak yang terdapat dalam Dasar Teknologi Hijau Negara.

a)

tenaga

b)

sumber alam

c)

alam sekitar

d)

sosial

10.

Berikut adalah sektor yang difokuskan dalam menggunakan teknologi hijau, kecuali...

a)

Pertanian dan perhutanan

b)

bangunan

c)

pemakanan

d)

pengangkutan

11.

Antara proses semulajadi yang berikut, yang manakah tidak memberi kesan kepada aktiviti manusia terhadap alam sekitar?

a)

Hakisan tanah

b)

Eutrofikasi

c)

Banjir kilat

d)

Penanaman semula hutan

12.

Di Malaysia, tanah runtuh kemungkinan besar disebabkan oleh...

a)

pengurusan tanah yang lemah.

b)

letusan gunung berapi.

c)

pencemaran.

d)

pembakaran sampah.

13.

Kesan-kesan daripada pembangunan yang tidak terancang kepada alam sekitar termasuklah...


I tsunamis.


II banjir.

III pemanasan global.

IV penipisan lapisan ozon.

a)

I dan II sahaja

b)

I, II, dan III sahaja

c)

II, III, dan IV sahaja

d)

I, II, III, dan IV

14.

Antara yang berikut, yang manakah membawa kesan negatif ke atas persekitaran tetapi tidak disebabkan oleh aktiviti manusia?

a)

Penyahhutanan

b)

Letusan gunung berapi

c)

Penggunaan baja berlebihan

d)

Pembakaran bahan api fosil

15.

Berikut adalah hasil kemajuan teknologi yang digunakan untuk mengimbangi alam sekitar kecuali..

a)

Menggunakan insinerator

b)

Menggunakan baja untuk pertanian

c)

Menggunakan penukar bermangkin

d)

Menggunakan penapis asap

16.

The population explosion of algae in lakes and rivers is due to...

Pertumbuhan populasi algae secara mendadak dalam sebuah tasik disebabkan oleh..


a)

eutrophication.

eutrofikasi

b)

thermal pollution.

pencemaran Haba

c)

greenhouse effect.

kesan rumah hijau

d)

global warming.

pemanasan global

17.

Atoms of element X destroy ozone molecules and cause ozone depletion.

Atom unsur X memusnahkan molekul ozon dan menyebabkan penipisan lapisan ozon.


What is element X?

Apakah unsur X?



a)

Carbon

Karbon

b)

Fluorine

Fluorin

c)

Chlorine

Klorin

d)

Hydrogen

Hidrogen

18.

Which of the following causes the formation of acid rain?

Antara yang berikut, yang manakah mengakibatkan pembentukan hujan asid?


a)

Methane

Metana

b)

Nitrous oxide

Nitrus oksida

c)

Carbon monoxide

Karbon monoksida

d)

Carbon dioxide

Karbon dioksida

19.

Which of the following substances contribute to eutrophication?

Antara bahan yang berikut, yang manakah mengakibatkan eutrofikasi?

a)


Phosphates and nitrates

Fosfat dan nitrat

b)

Chlorides and sulphates

Klorida dan sulfat

c)

Bromine and chlorides

Bromin dan klorida


d)

Ammonia and calcium

Ammonia dan kalsium

20.

Which of the following natural disasters is not an effect of deforestation?

Antara bencana alam berikut, yang manakah bukan merupakan kesan penyahhutanan?



a)

Landslide

Tanah runtuh

b)

Soil erosion

Hakisan tanah

c)

Flooding

Banjir

d)

Tsunami

Tsunami

21.

Pernyataan ini menunjukkan peringkat-peringkat eutrofikasi.


K- Kolam dilitupi oleh alga

L- Bilangan bakteria meningkat

M- Baja berlebihan mengalir kedalam sungai

N- Bilangan organisma akuatik berkurang

O- Nilai BOD bertambah

Antara berikut,yang manakah menunjukkan susunan peringkat-peringkat eutrofikai yang betul?

a)

K,L,N,O,M

b)

L,O,K,M,N

c)

K,N,M,L,O

d)

M,K,L,O,N

22.

Sampel air di tasik menunjukkan aras BOD yang tinggi.Ini disebabkan oleh

a)

peningkatan suhu tasik

b)

pencemaran oleh kumbahan yang tidak dirawat

c)

kandungan oksigen terlarut yang tinggi dalam tasik

d)

peningkatan kadar aktiviti mikroorganisma dalam tasik

23.

Apabila sebuah tasik dicemari dengan baja organik,selepas satu tempoh tertentu,haiwan akuatik dalam kolam akan mati kerana...

a)

kekurangan oksigen dalam kolam

b)

kekurangan cahaya matahari yang menembusi kolam

c)

terlalu banyak bahan toksik dalam kolam

d)

pertumbuhan bakteria menyebabkan penyakit dalam kolam

24.

Apakah yang menyebabkan penurunan kepekatan oksigen didalam sebuah tasik yang dicemari oleh kumbahan?

a)

penurunan kepekatan nitrat terlarut

b)

tindakbalas kimia antara oksigen dengan bahan organik dalam kumbahan

c)

peningkatan bilangan pengurai

d)

penurunan bilangan tumbuhan hijau

25.

Mengapakah pengurusan ekosistem mesti dimasukkan dalam rancangan pembangunan?

I- mewujudkan persekitaran yang stabil

II- mengurangkan pencemaran air dan udara

III- memelihara kekayaan biokepelbagaian

IV- memastikan kualiti persekitaran tidak merosot

a)

I dan III

b)

I,II dan III

c)

I,II dan IV

d)

I,II,III dan IV