Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

S1- Peruntukan PP

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berkaitan pindaan Perlembagaan?

I Mendapatkan suara majoriti dalam Parlimen

II Mendapatkan kelulusan dari Kerajaan Negeri

III Mendapatkan persetujuan 2/3 ahli Majlis Parlimen

IV Mendapatkan persetujuan selepas berbincang dengan agensi pusat

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

Yang manakah berkaitan dengan kebebasan asasi?

a)

Mencuri

b)

Menjadi hamba abdi

c)

Setiap orang mempunyai kesamarataan

d)

Menyelesaikan tugas atas arahan majikan

3.

Berdasarkan Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, pilih benar padanan yang benar

a)

Senarai Persekutuan - Pelajaran

Senarai Negeri - Biasiswa

b)

Senarai Persekutuan - Kesihatan Awam

Senarai Negeri - Hutan

c)

Senarai Persekutuan - Kewarganegaraan

Senarai Negeri - Perikanan

d)

Senarai Persekutuan - Perdagangan dan Perusahaan

Senarai Negeri - Tanah

4.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Perlembagaan Negeri?

I Hak memperoleh kewarganegaraan

II Hak pembahagian beban kewangan

III Bidang kuasa Yang Dipertua Negeri

IV Fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

- Isteri John seorang warganegara Malaysia.

- Isteri John melahirkan anaknya dalam sebuah kapal tentera yang didaftarkan di Malaysia di ruang udara Australia.

Yang manakah cara anak John boleh memperoleh kewarganegaraan Malaysia?

a)

Pendaftaran

b)

Percantuman Wilayah

c)

Warganegara Singapura

d)

Kuat Kuasa undang-undang

6.

Bapa - Pemastautin tetap tetapi belum memperoleh hak warganegara

Ibu - Bukan warganegara

Anak - dilahirkan di Malaysia


Apakah taraf kewarganegaraan anak di atas?

a)

Bukan warganegara

b)

Warganegara secara masukan

c)

Warganegara secara pendaftaran

d)

Warganegara melalui kuat kuasa undang-undang

7.

Yang manakah berkaitan dengan pelucutan warganegara?

I Menderhaka kepada ketua negara

II Merupakan kaum bukan bumiputera

III Memiliki warganegara negara Amerika

IV Berumur 21 tahun dan belajar di kolej swasta

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Yang manakah merupakan langkah kerajaan mengeratkan perpaduan?

I Mengamalkan bahasa rasmi

II Meningkatkan ekonomi pelbagai

III Memegang prinsip perlembagaan

IV Menguatkuasakan sistem kewarganegaraan secara sistem

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Pilih pernyataan yang benar.

a)

Perlembagaan Malaysia tidak boleh dipinda

b)

Perlembagaan Persekutuan adalah sama dengan Perlembagaan Negeri

c)

Perlembagaan Persekutuan mesti selari dan sama dengan Perlembagaan Negeri-negeri

d)

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi di Malaysia

10.

Pilih jawapan yang paling tepat berkaitan dengan maksud Perlembagaan

a)

Satu dokumen yang mengandungi undang-undang negeri dan undang-undang Persekutuan

b)

Satu dokumen yang menggabungkan undang-undang sebelum dan selepas merdeka

c)

Satu dokumen yang mengandungi undang-undang kanun, adat, agama, enakmen, akta dan ordinan

d)

Satu dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang menjadi punca untuk segala undang-undang lain

11.

Perlembagaan menjamin layanan yang sama rata.

Manakah yang benar berkaitan pernyataan di atas?

a)

Rakyat Malaysia boleh menetap dan bermastautin di semua negeri dalam Persekutuan

b)

Sesiapapun di Malaysia tidak boleh dijadikan hamba abdi

c)

Walaupun warganegara Malaysia mengamalkan agama, adat dan keturunan (kaum) yang berbeza, kerajaan tidak akan mengamalkan dasar pemerintahan yang berasaskan warna kulit, agama dan kaum

d)

Seseorang yang ditangkap atau dituduh melakukan sesuatu perkara berhak mendapat bantuan peguam untuk membela dirinya.

12.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa untuk menahan rakyat Malaysia memasuki Persekutuan (dibuang negeri) atas sebab berikut:

a)

Menghina negara dan Yang di-Pertuan Agong

b)

Mengambil bahagian dalam pilihan raya

c)

Seseorang diisytiharkan muflis di Malaysia

d)

Gagal membayar cukai pendapatan tahunan selama 5 tahun berturut-turut

13.

Tindakan manakah yang bertentangan dengan kebebasan asasi warganegara Malaysia?

a)

Menangkap seseorang warganegara atas kesalahan menghasut

b)

Mengambil tanah seorang warganegara tanpa bayaran pampasan

c)

Menahan pasport antarabangsa seorang warganegara atas perintah mahkamah

d)

Menghalang seorang warganegara ke luar negara kerana kegagalan membayar cukai pendapatan

14.

Manakah bidang kuasa kerajaan negeri yang terkandung dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Biasiswa

b)

Perancangan bandar dan kampung

c)

Kawalan terhadap musuh tanaman

d)

Perpustakaan, muzium serta rekod purbakala dan sejarah

15.

Yang manakah bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Ternakan binatang

b)

Kebajikan orang asli

c)

Pertanian dan perhutanan

d)

Buruh dan keselamatan sosial