wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tamadun China Tingkatan 1

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Ilustrasi berikut menunjukkan Maharaja Shi Huangdi, iaitu pemimpin Dinasti Qin. Apakah sumbangan Maharaja Shi Huangdi kepada Tamadun China?

a)

Menghasilkan Lun Yu

b)

Memperkenalkan peperiksaan perkhidmatan awam

c)

Menyatukan China dan menyeragamkan sistem tulisan

d)

Penekanan ajaran Konfusianisme

2.

Peta berikut menunjukkan Laluan Sutera iaitu laluan perdagangan daratan antara China hingga ke empayar Rom. Laluan Sutera tersebut telah dimulakan semasa pemerintahan Dinasti...

a)

Qin

b)

Han

c)

Zhou

d)

Shang

3.

Dalam tamadun China, bagaimanakah status golongan petani boleh berubah kepada kelas yang lebih tinggi?

a)

Membayar cukai

b)

Mengumpul harta

c)

Memberikan taat setia

d)

Meningkatkan tahap pendidikan

4.

Mengikut Han Fei Zi, tingkah laku manusia boleh dikawal melalui

a)

ajaran agama

b)

sistem pendidikan

c)

ketegasan undang-undang

d)

didikan intitusi kekeluargaan

5.

Kepentingan pendidikan dalam Tamadun China menyebabkan perkembangan yang pesat dalam pendidikan negara. Apakah matlamat sistem pendidikan Tamadun China?

a)

Memupuk nilai negatif

b)

Menyelaraskan bahasa

c)

Memilih pegawai kerajaan

d)

Mengawal tingkah laku manusia

6.

Berapakah peringkat pendidikan dalam Tamadun China?

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

7.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan dan kehidupan masyarakat China. Apakah kepentingan peperiksaan tersebut kepada seseorang individu?

a)

Menjadi pegawai di istana

b)

Menjadi pengiring maharaja

c)

Melanjutkan pelajaran ke luar negara

d)

Menerima penghormatan dan peningkatan taraf sosial

8.

Sebelum peperiksaan berlangsung, calon-calon peperiksaan akan dikurung. Mengapakah tindakan tersebut perlu diambil?

a)

Mencegah penipuan

b)

Menggalakkan penipuan

c)

Menjamin kualiti jawapan

d)

Mengelakkan ketidakhadiran calon

9.

Dalam masyarakat China, seseorang individu boleh meningkatkan taraf sosialnya ke arah kehidupan yang lebih baik. Bagaimanakah matlamat tersebut boleh dicapai?

a)

Menyertai pasukan tentera

b)

Mencari kehidupan di bandar

c)

Terlibat dalam aktiviti perdagangan

d)

Lulus dalam peperiksaan perkhidmatan awam

10.

Peperiksaan perkhidmatan awam merupakan komponen paling penting dalam sistem pendidikan masyarakat China. Peperiksaan tersebut adalah berdasarkan kepada...

a)

salasilah kerabat diraja

b)

sejarah Negara China

c)

Sembilan Buku Suci

d)

sistem perundangan

11.

Pernyataan berikut merupakan ganjaran yang akan diperolehi seseorang jika lulus dalam peperiksaan.

a. Mendapat kedudukan dan pangkat tinggi dalam kerajaan.

b. Memperoleh pelbagai keistimewaan untuk diri, keluarga dan kampungnya.

Apakah peperiksaan tersebut?

a)

Xiucai

b)

Juren

c)

Jinshi

d)

Shiji

12.

Setiap calon yang lulus peperiksaan perkhidmatan awam akan memperoleh pelbagai keistimewaan berdasarkan tahap kelulusan mereka. Apakah keistimewaan yang diterima oleh calon yang lulus peperiksaan tahap kedua (Juren)?

a)

Menjadi pengiring maharaja

b)

Pangkat tinggi dalam kerajaan

c)

Mempunyai kakitangan pengiring

d)

Kakitangan kerajaan peringkat rendah