NEW
Font size
WorksheetsPerniagaan t4 bab 1 Bentuk Milikan perniagaan
Total questions: 12
Worksheet time: 9mins
I : Perkongsian dimiliki oleh 2-20 orang rakan kongsi.
II : Syarikat Awam Berhad dimiliki oleh 2-50 orang
A I - Betul, II - Betul
B I - Betul, II - Salah
C I - Salah, II - Salah
D I - Salah, II - betul
Apakah kelemahan syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
A. Penyata kewangan perlu diumumkan
B. Menanggung liabiliti terhad
C. Kewujudan perniagaan tidak kekal
D. Tidak dapat menikmati ekonomi bidangan
Maklumat di bawah berkaitan dengan satu bentuk perniagaan.
***Ditubuhkan secara sukarela oleh sekumpulan individu
***Ditubuhkan dengan konsep 'milik bersama' oleh semua anggota
***Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja.
Apakah jenis perniagaan tersebut?
A. Pasar Raya Cyberjaya
B. Bank Simpanan Nasional
C. Amanah Saham Nasional Berhad
D. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
Siapakah yang menentukan dasar dan skop operasi perniagaan syarikat berhad?
A. Pemilik syarikat
B. Ketua Eksekutif
C. Pemegang saham
D. Ahli Lembaga pengarah
Antara berikut, yang manakah merupakan hak bagi anggota koperasi?
I Menerima pulangan dalam bentuk dividen
II Mempunyai kuasa penuh dalam pengurusan perniagaan
III Terlibat secara langsung dalam proses pembuatan keputusan
IV Mempunyai hak untuk mengundi dalam mensyuarat agung tahunan
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Antara berikut, yang manakah merupakan kelebihan perniagaan perkongsian berbanding milikan tunggal?
A. Liabiliti tidak terhad
B. Berkongsi kepakaran
C. Perniagaan berterusan
D. Mudah untuk membuat keputusan
Rajah di bawah menunjukkan perubahan bentuk milikan perniagaan.
Butik Akira ---- diubah kepada ---> Butik Akira dan Afiqah
Mengapakah Akira mengambil tindakan tersebut?
I Modal lebih besar
II Perniagaan berterusan
III Dapat berkongsi kepakaran
IV Menanggung liabiliti terhad
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. II dan IV
Apakah kelebihan syarikat sendirian berhad berbanding dengan syarikat awam berhad?
A. Beban cukai yang rendah
B. Menikmati ekonomi bidangan
C. Penawaran syer yang tidak terhad
D. Laporan kewangan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai
Apakah kelebihan memiliki syer dalam syarikat awam berhad berbanding dengan syarikat sendirian berhad?
A. Pemilik syer menanggung liabiliti tidak terhad
B. Pemilik syer berhak memilih ahli lembaga pengarah
C. Pemilik syer dapat memindah milik syer dengan mudah
D. Pemilik syer boleh menghadiri mesyuarat agung tahunan
Maklumat berikut berkaitan dengan satu bentuk milikan perniagaan.
**Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara 2 hingga 50 orang
**Lebih mudah mendapatkan modal yang besar untuk membiayai operasi syarikat
**Sekiranya perniagaan muflis, ahli hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan sahaja
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh bentuk milikan perniagaan berkaitan pernyataan di atas?
A. Kedai Runcit Maya
B. Restoran Haris dan Danial
C. Syarikat Berlian Sendirian Berhad
D. Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
Dalam sebuah perniagaan perkongsian, siapakah yang menguruskan perniagaan?
A. Rakan kongsi lelap
B. Rakan kongsi aktif
C. Rakan kongsi nominal
D. Rakan kongsi berhad
Nyatakan bentuk milikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut:
**Mudah ditubuhkan
**Pemilik mempunyai kuasa penuh
**Kadar cukai rendah
A. Koperasi
B. Perkongsian
C. Milikan Tunggal
D. Syarikat Sendirian Berhad
