NEW
Font size
WorksheetsUnit 2: Teknologi Pertanian
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
"Kaedah penanaman yang menggunakan air sebagai medium"
Pernyataan di atas menerangkan tentang __________.
batas tanaman
penanaman hidroponik
tanaman hiasan
fertigasi
Manakah antara tanaman berikut yang tidak sesuai ditanam secara hidroponik?
Kangkung
Tomato
Rambutan
Bayam
Pilih teknik penanaman secara hidroponik yang betul.
1 - Teknik hidroponik takung
2 - Teknik hidroponik nutrien cetek
3 - Teknik hidroponik nutrien dalam
4 - Teknik hidroponik terbuka
1 ,2 dan 3
1, 2 dan 4
1, 3 dan 4
2, 3 dan 4
Pernyataan di bawah menerangkan tentang __________.
- Hasil pengeluaran lebih tinggi
- Hasil tanaman lebih berkualiti
- Penanaman boleh dilakukan sepanjang zaman
Maksud tanaman hidroponik
Kelebihan tanaman hidroponik
Perbandingan tanaman hidroponik dengan tanaman hiasan
Kelemahan tanaman hidroponik
Apakah sebabnya takung hidroponik perlu diletakkan di bawah rumah lindungan hujan?
Melindungi larutan nutrien daripada terkena cahaya
Mengelakkan nutrien cepat kering
Mengelakkan nutrien menjadi pekat
Mengelakkan nutrien menjadi cair
Antara berikut, yang manakah anak benih yang tidak sesuai diubah ke raga tanaman?
Mempunyai dua daun atau lebih
Tiada serangan penyakit
Ada kesan serangga perosak
Tidak patah atau cedera
Pilih peralatan untuk menanam secara hidroponik.
1 - Takung
2 - Larutan A dan B
3 - Penutup takung
4 - Raga tanaman
1, 2 dan 3
1, 3 dan 4
2, 3 dan 4
1, 2, 3 dan 4
Rajah menunjukkan takung bagi tanaman hidroponik. Apakah kegunaan takung ini?
Memegang raga tanaman
Meletakkan anak benih
Medium semaian
Menakung larutan nutrien
Bagaimanakah kamu hendak memastikan biji benih yang telah disemai boleh bercambah?
Memastikan span sentiasa lembab
Memastikan span sentiasa kering
Memastikan biji benih telah bercambah
Memastikan span yang digunakan telah dipotong
Mengapakah penutup takung yang diperbuat daripada polistirena digunakan untuk menutup takung?
Harganya murah
Mudah diperolehi
Mampu mengurangkan suhu larutan
Mempunyai pelbagai saiz
Gambar di atas adalah contoh larutan nutrien yang digunakan dalam penanaman hidroponik. Apakah tujuan larutan di dalam takung tersebut dikacau seminggu sekali?
Mengelakkan nutrien cepat kering
Meratakan nutrien
Memastikan nutrien kekal ada
Mengelakkan mendapan supaya akar dapat menyerap nutrien yang lengkap
Antara berikut, yang manakah digunakan untuk meletakkan anak benih dalam teknik tanaman hidroponik
Reja benang dan span biasanya digunakan untuk menyemai biji benih. Bagi menyemai biji benih menggunakan span, berapakah bilangan biji benih yang perlu diletakkan pada span tersebut untuk disemai?
1 hingga 3 biji benih
2 hingga 4 biji benih
4 hingga 8 biji benih
Lebih dari 8 biji benih
Berikut adalah ciri-ciri anak benih yang sihat untuk diubah ke dalam raga tanaman kecuali __________.
anak benih tiada serangan penyakit
anak benih tidak patah atau cedera
anak benih mempunyai saiz yang besar
anak benih tiada kesan serangan perosak
Sayur yang manakah antara berikut mencapai tempoh matang dalam tempoh sebulan atau sekurang-kurangnya 30 hari.
1 - Sawi
2 - Kailan
3 - Bayam
4 - Kangkung
1 dan 2
2 dan 3
1 dan 3
3 dan 4
__________ adalah suatu penyakit yang boleh menyerang tanaman jika peralatan penanaman tidak dibersihkan dengan sempurna sewaktu proses penyediaan peralatan hidroponik.
Reput akar
Akar pendek
Reput batang
Akar belingkar
Apakah tujuan kerja penuaian dilakukan pada awal pagi atau lewat petang?
Suhu pada waktu pagi dan petang biasanya lebih dingin untuk mengekalkan kesegaran tanaman
Tanaman lebih lembut pada waktu pagi dan petang
Menghalang penyakit
Mengelakkan kecederaan tanaman
Manakah antara berikut merupakan penjagaan yang tidak perlu dilakukan terhadap tumbuhan yang ditanam secara hidroponik?
Mencabut rumput dan rumpai
Mengawal serangga perosak
Mengacau larutan nutrien
Mengawal penyakit
Anda ingin mencuba teknik penanaman sayuran secara hidroponik tetapi anda tidak mempunyai modal yang banyak untuk membeli kelengkapan yang diperlukan. Apakah yang boleh anda gunakan bagi menggantikan kelengkapan penanaman hidroponik yang diperlukan?
Botol kaca
Botol plastik air mineral
Tin aluminium
Tayar terpakai
Pembersihan peralatan hidroponik seperti takung terutamanya tidak boleh dibasuh menggunakan sabun kerana __________.
supaya larutan cecair stok tidak rosak
mengelakkan pereputan alatan hidroponik
mengelakkan pokok yang ditanam layu dan mati
supaya larutan nutrien yang dibancuh tidak bertindakbalas dengan sisa sabun
