wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

mikroorganisma

Total questions: 25

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah jenis mikroorganisma yang ditunjukkan?

a)

Alga

b)

Bakteria

c)

Protozoa

d)

Virus

2.

Ini ialah mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan roti. Apakah jenis mikroorganisma ini?

a)

Alga

b)

Kulat

c)

Protozoa

d)

Bakteria

3.

Apakah alat yang boleh digunakan untuk melihat mikroorganisma?

a)

Stetoskop

b)

Teleskop

c)

Mikroskop

d)

Kanta pembesar

4.

Apakah kegunaan mikroorganisma dalam rajah dalam bidang perindustrian?

a)

Barang kulit

b)

Minuman

c)

Hormon

d)

Vaksin

5.

Mikroorganisma yang digunakan dalam pembuatan makanan ialah

a)

Amoeba

b)

Alga

c)

Yis

6.

Gambar rajah menunjukkan dua jenis bahan makanan. Antara mikroorganisma berikut yang manakah digunakan untuk menghasilkan makanan itu?

a)

Protozoa

b)

Alga

c)

Bakteria

d)

Kulat

7.

Doh roti mengembang kerana gas karbon dioksida dibebaskan oleh....

a)

Bakteria

b)

Yis

c)

Protozoa

d)

Virus

8.

Manakah mikroorganisma berikut digunakan dalam penghasilan minuman di atas?

a)

Lactobacillus bulgaricus

b)

Lactobacillus subtilis

c)

Penicillium notatum

d)

Streptococcus pneumoniae

9.

Gambar rajah menunjukkan dua jenis bahan makanan. Antara mikroorganisma berikut yang manakah digunakan untuk menghasilkan makanan itu?

a)

Protozoa

b)

Alga

c)

Bakteria

d)

Kulat

10.

Dalam usaha menangani pandemik Covid-19, saintis sedang bertungkus lumus menghasilkan vaksin. Apakah jenis mikroorganisma yang digunakan dalam penghasilan vaksin ini?

a)

Alga

b)

Virus

c)

Kulat

d)

Protozoa

11.

1. Apakah mikroorganisma?

a)

Benda yang halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar

b)

Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

c)

Hidupan yang boleh dilihat dengan mata kasar

12.

Organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dikenali sebagai...........

a)

Multisel

b)

Haiwan

c)

Tumbuhan

d)

Mikroorganisma

13.

Antara berikut yang manakah contoh fungi?

a)

Yis

b)

Spirogira

c)

Influenza

d)

Amoeba

14.

Antara berikut yang manakah contoh protozoa?

a)

Yis

b)

Spirogira

c)

Influenza

d)

Amoeba

15.

Antara berikut, yang manakah disebabkan oleh bakteria?

a)

selsema

b)

cacar air

c)

kerosakan gigi

d)

Rubella

16.

Mikroorganisma yang dilihat di bawah mikroskop membuktikan bahawa

a)

Mikroorganisma bergerak.

b)

Mikroorganisma bernafas.

c)

Mikroorganisma bertumbuh.

d)

Mikroorganisma berkumuh.

17.

Rhiyadh mendapati sebahagian roti yang dibelinya telah berkulat sebelum tiba tarikh luputnya. Antara berikut, yang manakah mungkin menyebabkan hal itu berlaku?

a)

Roti itu disimpan di dalam peti sejuk.

b)

Roti itu lembap kerana terkena air.

c)

Bungkusan plastik roti itu tidak diikat.

d)

Habuk terkena pada permukaan roti itu.

18.

Apakah ciri yang membezakan virus dengan mikroorganisma lain?

a)

Virus boleh membuat makanannya sendiri.

b)

Virus ialah mikroorganisma separa hidup yang boleh membiak dengan cara menguasai sel lain.

c)

Virus hidup di dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan.

d)

Mikroorganisma yang dapat dilihat dengan mata kasar.

19.

Adam ingin melihat kulat yang terdapat pada roti. Apakah alat yang sesuai digunakan untuk melihat kulat roti tersebut dengan jelas?

a)

Teleskop

b)

Periskop

c)

Mikroskop

d)

Stetoskop

20.

Antara berikut, yang manakah mempercepatkan pertumbuhan kulat pada roti?

a)

Keadaan roti yang lembap.

b)

Saiz roti yang lebih besar.

c)

Roti dibakar beberapa minit.

d)

Roti disimpan di dalam peti sejuk.

21.

Mikroorganisma yang paling kecil ialah

a)

bakteria

b)

kulat

c)

virus

d)

alga

22.

Mikroorganisma yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah

a)

virus

b)

alga

c)

kulat

d)

paramesium

23.

Berikut adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma KECUALI

a)

Suhu

b)

Udara

c)

Cahaya matahari

d)

Keasidan

24.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

hidupan yang dapat dilihat dengan mata kasar

b)

hidupan yang besar yang sukar dilihat

c)

hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

d)

hidupan berseni yang mudah dilihat

25.

Yang manakah antara berikut BUKAN mikroorganisma?

a)

Bakteria

b)

Fungi

c)

Berudu

d)

Protozoa