Font size
WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Kata praklausa ialah kata tugas yang digunakan pada awal klausa atau ayat. Berfungsi untuk menggambarkan seruan, pertanyaan, pengeyaan atau sebagai penerang pangkal kepada klausa.
BETUL
SALAH
Kata praklausa terdiri daripada kata seru, pembenar, kata tanya dan kata sendi nama.
BETUL
SALAH
Ayat manakah yang menggunakan kata seru dengan tepat?
Aduh, kau nak ke mana ni !
Eh, malang betul nasib Mail hari ini !
Bertuah punya budak, cis !
Amboi, merah betul kasut Siti !
Oh, di sini rupanya Sofyan bersembunyi !
Ayat manakah yang menggunakan kata tanya dengan betul?
Apakah nama adik kamu ?
Siapakah pemilik kereta mewah ini ?
Bilakah kemalangan tersebut berlaku ?
Siapakah kedai yang berada di hujung kampung itu ?
Pilih jawapan yang tepat, bagi penggunaan ayat perintah yang mengandungi perkataan suruhan dan larangan.
Engkau pergi dari sini.
Janganlah lari.
Tolong buka pintu kereta itu.
Mari bertolak ke sana sekarang.
Mohon kerjasama semua pihak.
Berikut, kenyataan yang salah mengenai kata prafrasa.
Terdiri daripada kata bantu, penguat, penegas, kata nafi, kata pemeri dan kata sendi nama.
Terdiri daripada kata penekan dan pembenda.
Berikut, kenyataan yang benar mengenai kata pascakata.
Kata penekan membawa maksud penegasan dalam sesebuah ayat seperti sesungguhnya, bahawasanya, nampaknya dan sebenarnya.
Kata pembenda menukarkan perkataan bukan kata nama menjadi kata nama seperti lajunya, sakitnya, datangnya, tangkasnya dan cepatnya.
Kata bantu aspek menggambarkan suasana perbezaan masa, seperti masa lampau, kini dan akan datang. Pilih jawapan yang betul, bagi penggunaan kata bantu aspek dalam ayat.
Saya hendak berbuat baik, sebelum meninggal dunia.
Ayah mesti berhenti merokok, supaya tidak menyesal nanti.
Ayu sedang mencari jodoh yang sesuai.
Deevesh telah divaksin sejak dua minggu yang lalu.
Pilih perkataan yang tepat bagi kata bantu aspek.
pernah
masih
akan
Kata bantu ragam berfungsi sebagai gambaran ragam perasaan. Berikut, penggunaan kata bantu ragam dalam ayat dengan tepat kecuali ...
Kamu boleh berjaya, tanpa sebarang alasan.
Saya hendak mengikuti jejak langkah Lin Dan, dalam bidang sukan.
Isteri abang pernah bersalin di hospital swasta itu.
Ibu mahukan menantu yang rajin dan solehah.
Hakimi telah menemukan jodoh yang terbaik buat adiknya.
Berikut, kesalahan penggunaan kata penguat dalam ayat kecuali ...
Tee sangat paling rajin di dalam kelas.
Kai Xuan kelihatan sangat cantik pada malam itu.
Elvis terlalu rajin bekerja sehinggakan terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan isterinya.
Faiq paling baik dan disenangi oleh rakan-rakannya.
Pilih pernyataan yang betul bagi penggunaan kata pemeri dalam ayat.
IALAH, hadir di hadapan frasa nama dalam predikatnya.
ADALAH, hadir di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh kata pemeri ADALAH di hadapan frasa adjektif.
"Busana pengantin pada malam itu adalah sangat cantik."
BETUL
SALAH
Contoh penggunaan kata pemeri ADALAH di hadapan predikat yang terdiri daripada frasa sendi nama.
"Sumbangan yang terbesar adalah daripada para penduduk Kampung Pulai."
SALAH
BETUL
Berikut, penggunaan kata sendi nama yang salah dalam ayat.
Ayah segera bergerak di masjid, sebaik sahaja azan berkumandang.
Kiriman surat dari ayah, telah membuatkan ibu menangis teresak-esak.
Segala pengorbanan ini, saya lakukan demi majlis pernikahan kita nanti.
Gejala buli semakin berleluasa di dalam kalangan pelajar sekolah hari ini.
