wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PK Unit 2 Pemakanan

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang anda faham dengan pemakanan yang sihat ?

a)

tidak seimbang

b)

makanan yang berkualiti

c)

tidak bersih

d)

tidak selamat

2.

Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih makanan atau minuman selamat kecuali ?

a)

melihat keadaan luar bungkusan

b)

tempat penyimpanan yang sesuai

c)

pilih terus makanan yang menjadi kegemaran anda

d)

baca tarikh luput

3.

Berikut merupakan tanda seseorang mengalami keracunan makanan kecuali ?

a)

sakit perut

b)

loya

c)

radang paru-paru

d)

muntah

4.

Keselamatan makanan bermaksud __________

a)

makanan yang bersih dan bebas daripada bahan yang boleh

mengancam kesihatan seperti kuman dan racun

b)

makanan yang tercemar dengan bakteria

c)

makanan yang boleh mengakibatkan keracunan makanan

5.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan lima proses dalam pengendalian makanan bagi memastikan makanan yang selamat iaitu:

a)

menyedia-memilih-menyimpan-memasak-menghidang

b)

memilih-menyedia-memasak-menghidang-menyimpan

c)

memilih-menyimpan-menyedia-memasak-menghidang

d)

memilih-menyedia-menyimpan-memasak-menghidang

6.

Kumpulan makanan yang membekalkan karbohidrat ialah

a)

nasi, roti dan ubi kentang

b)

ikan, daging dan ubi kentang

c)

mentega, susu, keju dan coklat

d)

sawi, timun dan kubis

7.

Makanan yang ______ tarikh sudah tidak berkhasiat lagi untuk dimakan.

a)

masak

b)

banyak

c)

luput

d)

sedap

8.

Penting bagi kita merujuk _______ makanan sebagai panduan untuk mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

a)

piramid

b)

carta

c)

roda

d)

buku

9.

Berikut merupakan deria yang terlibat semasa memilih makanan atau minuman selamat kecuali ?

a)

lihat

b)

bau

c)

rasa

d)

dengar

10.

Cikgu Hasyariee menunjukkan gambar tentang cara penyimpanan makanan kepada muridnya. Berapakah suhu diperlukan untuk menyimpan makanan dan minuman yang telah dibuka ?

a)

suhu di bawah 1˚C

b)

suhu di bawah 2˚C

c)

suhu di bawah 3˚C

d)

suhu di bawah 4˚C

11.

Berikut merupakan tanda seseorang mengalami keracunan makanan kecuali ?

a)

sakit perut

b)

loya

c)

radang paru-paru

d)

muntah

12.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan jika anda telah membeli barangan yang rosak atau telah luput tarikh.

a)

Membiarkan sahaja barangan yang rosak atau telah luput tarikh.

b)

Memarahi penjual barangan tersebut

c)

Memulangkan semula barangan yang telah rosak atau telah lupus tarikh

13.

Antara berikut yang manakah makanan yang tidak sihat?

a)
b)
c)
d)
14.

Manakah antara berikut cara pengendalian makanan dengan betul?

a)
b)
c)
d)
15.

Yang manakah BUKAN ciri-ciri makanan yang sihat?

a)

Selamat

b)

Sedap

c)

Makanan yang berkualiti

d)

Segar

e)

Bersih

16.

Pilih makanan yang selamat.

a)
b)
17.

Antara berikut, yang manakah merupakan cara menyimpan makanan dan minuman dengan selamat?

I Makanan mentah hendaklah disimpan dalam ruang sejuk beku

II Makanan yang mudah rosak hendaklah disimpan dalam peti sejuk

III Makanan dan minuman yang telah dibuka hendaklah disimpan pada suhu 4°C

IV Makanan yang baru selesai dimasak boleh terus dimasukkan ke dalam peti sejuk

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

18.

Apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya membeli barangan yang rosak atau telah tamat tarikh luput?


I Menasihati agar barangan tersebut diasingkan

II Menukar barangan atau mendapatkan kembali wang

III Membuat semakan harga dengan kementerian berkaitan

IV Membuat laporan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan

a)

I, II, dan III

b)

I, II, dan IV

c)

I, III, dan IV

d)

II, III, dan IV

19.

Nutrien terbahagi kepada dua bahagian iaitu

a)

mikronutrien dn makronutrien

b)

mikrovitamin dan mikromineral

c)

kahbohidrat dan protien

d)

mineral dan vitamin

20.

Fungsi nutrien yang lengkap untuk tubuh badan kecuali ...

a)

Keseimbangan sel dan tisu

b)

Membekalkan tenaga

c)

Tumbesaran dan perkembangan badan

d)

Mencantikan kulit muka

21.

Apakah fungsi utama protien ?

a)

Membantu menurunkan kadar kolestrol

b)

Membekalkan tenaga pada badan

c)

Membina sel tubuh badan

d)

Membina tulang

22.

Karbohidrat boleh didapati dalam

a)

Roti

b)

Telur

c)

Keju

d)

Kekacang

23.

Pengambilan makanan mengikut jumlah sajian bergantung kepada faktor berikut kecuali

a)

Umur

b)

Jantina

c)

Kawasan tempat tinggl

d)

Tahap kesihatan

24.

Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan

a)

malnutrisi

b)

cirit birit

c)

gangguan pada mata

d)

busung lapar

25.

Obesiti, kolesterol tinggi, sakit jantung adalah kesan daripada pengambilan _______ secara berlebihan

a)

karbohidrat

b)

protein

c)

lemak

d)

vitamin

e)

mineral

26.

Sumber makanan berikut ialah

a)

karbohidrat

b)

protein

c)

lemak

d)

vitamin

e)

mineral

27.

Sumber makanan berikut mengandungi _______yang tinggi

a)

karbohidrat

b)

protein

c)

lemak

d)

vitamin

e)

mineral

28.

Menurut piramid makanan aras yang manakah yang memerlukan kita untuk makan lebih dari 5 sajian dalam pengambilan makanan kita?

a)

Aras 1 - nasi, roti, gandum dan bijiran

b)

Aras 2 - sayuran dan buah-buahan

c)

Aras 3 - hasil tenusu, ayam, ikan

d)

Aras 4 - lemak, gula dan minyak

29.

Sekiranya anda memiliki sebuah kedai makanan pilih gambar penyimpanan bahan mentah yang akan anda sediakan.

a)
b)
c)
d)
30.

Pilih jawapan yang tepat bagi tarikh barang "dikilangkan"

a)

040917

b)

040914

31.

Pemilihan tin makanan haruslah tidak ______ ketika membeli makanan di dalam tin.

a)

kemik

b)

kotor

c)

kecik

d)

koyak

32.

______ , loya , sakit kepala adalah mrupakan tanda-tanda seseorang yang mengalami keracunan makanan.

a)

Kembung perut

b)

Sakit perut

c)

Kekejangan otot

d)

Mengantuk

33.

"Susu yang telah bertukar rasa menjadi ______ merupakan tanda makanan yang telah rosak"

a)

masam

b)

pahit

c)

kelat

d)

masin

34.

Menggunakan deria _____ , ______ dan rasa semasa memilih makanan atau minuman adalah cara pemilihan yang selamat.

a)

bau , sentuh

b)

lihat , bau

35.

Hasif dan Afif sering melakukan aktiviti fizikal. Apakah faedah utama yang diperolehi daripada aktiviti oleh mereka?

a)

Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat

b)

Menjadikan badan kita lebih kurus dan menarik

c)

Dapat mengempiskan perut yang berat

d)

Memudahkan sistem perkumuhan kita berfungsi dengan betul

36.

Berapa gelaskah air yang perlu diminum oleh seseorang dalam sehari ?

a)

1-3 gelas

b)

4-5 gelas

c)

6-8 gelas

d)

Lebih dari 10 gelas

37.

Q. Berikan maksud makanan

a)

Bahan yang boleh dimakan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair

b)

komposisi kimia dalam bahan makanan

c)

Kajian saintifik tentang cara memasak dan pemakanan

38.

Q. Obesiti boleh mengakibatkan penyakit

a)

Diabetis

b)

Darah tinggi

c)

Jantung

d)

Semua di atas

39.

Q. Tujuan label makanan adalah seperti yang berikut, KECUALI...

a)

Memilih makanan yang sihat dan menyeluruh

b)

Menjamin kepuasan pengguna

c)

Menjamin kualiti produk

d)

Menilai makanan

40.

Q. Indeks jisim badan berkait rapat dengan..........?

a)

Makanan yang dimakan

b)

Berat badan sahaja

c)

Ketinggian dan berat badan

d)

Ketinggian sahaja