NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PENYUSUAN SUSU IBU
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Merujuk kepada Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia, “Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskan sehingga mencapai umur _____."
8 bulan
12 bulan
24 bulan
Kebaikan susu ibu kepada bayi adalah
mempunyai antibodi yang tinggi melawan penyakit
mengelakkan dari kekurangan zat makanan, cirit-birit dan penyakit saluran pernafasan
mengurangkan risiko insiden Sindrom Kematian Mengejut (Sudden Infant Death Syndrome)
Semua betul
Berikut adalah kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu, KECUALI
Mengurangkan risiko diabetes, kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
Mengurangkan risiko kerapuhan tulang pinggul
Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko pendarahan
Mengurangkan tekanan perasaan selepas bersalin
Penyusuan awal amat penting untuk memastikan kejayaan penyusuan secara ekslusif. Bagaimanakah ibu boleh memastikan penyusuan awal dapat dimulakan?
Merangsang hisapan dengan meletakkan jari ke lelangit bayi
Menyusukan bayi hanya apabila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu (feeding cue)
Melakukan sentuhan dari kulit ke kulit sejurus selepas dilahirkan
Terdapat DUA hormon yang penting dalam penghasilan susu ibu. NYATAKAN hormon yang merangsang refleks pancutan 'milk ejection reflex' dan akan berkurangan sekiranya ibu berada dalam keadaan stress?
Oksitosin
Prolaktin
Estrogen
Proses penyusuan adalah sesuatu yang mencabar, tetapi ia sangat menyakitkan apabila anda mengalami keadaan bengkak susu atau penghasilan susu yang berlebihan. Ia dikenali sebagai engorgement. Berikut adalah punca payudara bengkak, KECUALI
Menyusu bayi dengan kerap
Naik turun tahap hormon sama ada estrogen atau progesteron kerana pengekalan air dan menjadikannya lebih berat.
Lambat mulakan penyusuan
Jarang menyusukan bayi atau mengepam susu
Berikut menunjukkan bayi telah mendapat susu yang cukup, KECUALI
Bayi kerap membuang air kecil. Air kencingnya berwarna kuning jernih lebih daripada 6 kali sehari
Bayi membuang air besar 12 kali sehari
Bayi tidur nyenyak. Apabila terjaga dari tidur, kelihatan sihat dan cergas
Bayi mempunyai tona otot yang baik dan kulit yang sihat
Kololstum kaya dengan vitamin A untuk mengurangkan risiko penyakit.
Betul
Salah
Tidak pasti
Kolostrum bersifat pekat dan berwarna kekuningan atau jernih
Betul
Salah
Tidak pasti
Keperluan nutrisi bayi semasa enam bulan pertama selepas kelahiran dapat dipenuhi melalui penyusuan susu ibu secara eksklusif sahaja.
Betul
Salah
Tidak pasti
