WorksheetsPENGHAYATAN CARA HIDUP ISLAM ( PCHI ) UPKK 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Bagaimanakah cara bercakap dengan ibu bapa?
menyampuk percakapan mereka
meninggikan suara
bermasam muka
menggunakan bahasa yang sopan
Berikut adalah hikmah beradab dengan ibu bapa KECUALI :
Mendapat keberkatan dari Allah
Mendapat pahala
Disayangi keluarga dan masyarakat
Hati resah gelisah
___________ ialah orang yang datang berkunjung ke rumah kita sam ada dijemput atau tidak.
Tetamu
Ibu bapa
Guru
Musuh
Kamarul masuk ke dalam masjid untuk beribadah. Pilih perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Kamarul di dalam masjid.
Niat iktikaf
Membaca Al-Quran
Menyanyi
Solat sunat Tahiyatul masjid
Ahmad adalah pelajar yang beradab. Dia akan sentiasa __________ apabila bercakap dengan guru.
merendahkan suara
meninggikan suara
menjerit-jerit
tidak menyahut panggilan
Pilih antara berikut yang BUKAN cara menjaga harta benda sekolah.
Mematuhi peraturan
Tidak menconteng harta benda sekolah
Menyayangi harta benda sekolah seperti harta sendiri
Merosakkan harta benda sekolah
Terlalu banyak kesan buruk kepada seseorang apabila tidak menutup aurat. Antaranya adalah :
Sentiasa dihormati dan disanjung
Hidup tenang dan tenteram
Mengundang bahaya dan maksiat
Menggambarkan peribadi yang soleh dan solehah
Batas aurat bagi lelaki ialah antara pusat hingga lutut. Bagi perempuan pula adalah seluruh badan kecuali ________ dan muka.
telapak tangan
kedua belah bahu
pusat
rambut
Ayat yang dinyatakan di atas adalah doa _____________.
sebelum belajar
menghadapi sakaratul maut
dijauhkan daripada musibah
selepas makan
Hana menaiki van untuk pergi ke sekolah setiap hari. Antara berikut manakah doa yang perlu diamalkan?
Erti Toharah ( طهارة ) ialah membersihkan tubuh badan daripada benda-benda najis atau daripada _______ kecil dan besar.
Hadas
Kotoran
Sisa makanan
Infaq
Nadia ingin berwuduk dengan air mutlak. Pilih jenis air yang tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Air kumbahan
Air telaga
Air Hujan
Air embun
Sebagai muslim kita perlu mengenalpasti jenis-jenis najis yang ada. Yang manakah bukan daripada jenis-jenis najis?
Mukhoffafah
Mutawassitah
Mughollazah
Muktamad
Berapakah bilangan rukun solat?
13
11
10
15
Ain sangat menjaga solatnya kerana dia tahu akibatnya jika meninggalkan solat. Antara berikut yang manakah akibat apabila meninggalkan solat?
Jiwa tidak tenteram
Cenderung melakukan kebaikan
Dilapangkan rezeki
Disayangi Allah dan rasul
Puasa ialah _____________ dari melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai niat dan mengikut syarat tertentu.
menahan diri
membersihkan badan
termenung
berlumba-lumba
Berikut adalah sebab-sebab yang mewajibkan mandi bagi seseorang yang berhadas besar KECUALI :
keluar mani
haid
mati selain mati syahid
membuang air besar
Pilih antara berikut perkara yang boleh dilakukan oleh seseorang yang berhadas besar.
Menunaikan Solat
Menunaikan Tawaf
Membaca Al-Quran
Mengulangkaji pelajaran
Solat jamak dan qasar disyariatkan dalam islam untuk memberi kemudahan kepada ____________.
orang yang bermusafir
orang yang kaya raya
orang yang berjawatan besar
orang yang mempunyai ramai kenalan
Berikut adalah sebab diharuskan solat jamak dan qasar KECUALI :
seseorang dalam keadaan musafir
perjalanan tidak kurang dari 2 marhalah
perjalanan bertujuan baik
lebih mengambil mudah kepentingan solat
Pak Atan menaiki pesawat untuk berkunjung ke Baitullah di Makkah. Apakah rukun Islam yang berkaitan dengan situasi berikut?
Mengucap 2 kalimah syahadah
Berpuasa di bulan Ramadhan
Menunaikan Haji
Mengeluarkan zakat
Sebutkan rukun iman yang terakhir.
Beriman kepada Allah
Beriman kepada Hari Kiamat
Beriman kepada Malaikat
Beriman kepada Qada dan Qadar
Apakah hukum beriman dengan sifat wajib bagi Allah?
wajib
makruh
sunat
harus
Apakah yang dimaksudkan dengan Asmaul Husna?
Nama-nama Allah
Nama-nama Malaikat
Nama-nama Rasul
Nama-nama Makhluk
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah.
Berikut adalah :
Lafaz 2 kalimah syahadah
Lafaz niat solat fardhu
Lafaz berpuasa pada bulan Ramadhan
Lafaz ikrar pelajar
Allah Yang Maha Suci
Apakah Asmaul Husna yang berkaitan dengan kenyataan di atas?
الرحمن
الرحيم
الملك
القدوس
Rasul adalah pesuruh Allah yang memiliki sifat wajib yang tersendiri seperti berikut KECUALI :
صديق
تبليغ
امانه
جناية
Allah Yang Maha Berkuasa
Apakah Asmaul Husna yang berkaitan dengan kenyataan di atas?
الرحمن
الرحيم
الملك
القدوس
Hukum orang yang tidak mempercayai sifat wajib bagi Allah ialah berdosa besar dan __________________.
dimasukkan ke dalam neraka
dijanjikan syurga Firdaus
mendapat pahala yang banyak
dilimpahkan rezeki melimpah ruah
Berapakah bilangan sifat mustahil bagi rasul ?
3
5
1
4
___________ bermaksud melakukan ibadah dengan baik dan bersungguh-sungguh seolah-olah Allah melihat, mendengar dan mengetahuinya.
Ihsan
Amanah
Syukur
Sabar
Sifat utama dalam ihsan ialah sentiasa mengharap keredhaan Allah.
Betul
Salah
Akibat yang akan diterima apabila bersikap tidak amanah adalah tidak dipercayai oleh rakan.
Betul
Salah
Berikut adalah ciri-ciri pelajar yang amanah KECUALI :
Melaksanakan tugasan yang diberikan
Menepati masa belajar yang ditentukan
Sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat belajar
Selalu mengelakkan diri dan tidak menyahut panggilan guru
Taqwa bermaksud sentiasa meninggalkan perintah Allah dan melakukan larangan-Nya.
Betul
Salah
Mengapakah kita perlu bertakwa kepada Allah?
Mendapat keredhaan Allah
Menyusahkan diri sendiri
Mengikuti bisikan nafsu
Terpaksa mengikut arahan ibu bapa
Ezdiani seorang pelajar yang sentiasa menepati masa dan berterusan mengulangkaji pelajaran. Apakah sifat mahmudah yang tepat dengan situasi berikut?
Istiqamah
Sabar
Syukur
Zikrul Maut
Seseorang pelajar perlu bersifat istiqamah supaya dapat mencapai kejayaan dan tidak mudah berputus asa.
Betul
Salah
Berikut adalah ciri-ciri sifat tawaduk yang perlu ada pada seorang pelajar yang berjaya KECUALI :
Bersyukur kepada Allah
Tidak berbangga diri
Suka berkongsi ilmu
Sentiasa merendahkan orang lain
Kelebihan bagi orang yang bersifat tawaduk ialah dia akan sentiasa taat perintah Allah, bijaksana, bersifat lemah lembut dan penyabar.
Betul
Salah
