wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENUBUHAN PARTI POLITIK

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah matlamat penubuhan United Malays National Organisation (UMNO)?

a)

Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya

b)

Menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan

c)

Memperjuangkan hak yang sama untuk semua kaum

d)

Menjaga kepentingan orang dagang di Tanah Melayu

2.

Selain memelihara kepentingan kaum Cina, apakah tujuan utama penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Tanah Melayu?

a)

Menentang komunis

b)

Membentuk Perikatan

c)

Menuntut kemerdekaan

d)

Memajukan ekonomi

3.

Bagaimanakah UMNO, MCA dan MIC mewujudkan kerjasama politik?

a)

Melonggarkan syarat kerakyatan

b)

Menggalakkan penubuhan parti politik

c)

Membentuk Parti Perikatan

d)

Menyekat kemasukan imigran

4.

Antara berikut, yang manakah DUA tokoh yang mengetuai PUTERA-AMCJA?

a)

Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz

b)

Haji Ahmad Fuad Hassan

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Tan Cheng Lock

5.

Pilih DUA pernyataan yang benar mengenai Parti Perikatan.

a)

Kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu

b)

Gabungan UMNO-MCA-MIC

c)

Menuntut diadakan pilihan raya Persekutuan

d)

Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri

6.

Manakah DUA sebab Independence of Malayan Party (IMP) ditubuhkan pada September 1951?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Mempertahankan hak peribumi

7.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar?

a)

Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

b)

Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

c)

Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

d)

Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

8.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di bawah pimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddin al-Helmi?

a)

Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

b)

Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

c)

Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

d)

Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

9.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Menentang komunis di Tanah Melayu

c)

Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu

d)

Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya

10.

Antara berikut, yang manakah melambangkan logo kapal layar yang dipilih oleh Parti Perikatan?

a)

Sedia menempuh cabaran dan rintangan

b)

Permuafakatan antara masyarakat

c)

Perkongsian kuasa pentadbiran

d)

Semangat waja

11.

Apakah yang dituntut oleh Persidangan Kebangsaan yang berlangsung pada Februari 1954?

a)

Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan

b)

Menuntut agar diberikan kebebasan bersuara

c)

Menuntut kerjasama politik antara pelbagai kaum

d)

Menuntut agar memberi kemerdekaan kepada Sabah

12.

Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh UMNO dan MCA pada bulan Ogos 1954 turut dihadiri oleh DUA parti berikut iaitu

a)

Persatuan Eurasian Malaya

b)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

c)

Persatuan Melayu Semenanjung

d)

People's Progressive Party

13.

Pada tahun 1954, Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara. Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?


I Hak yang sama untuk semua

II Pentadbiran Islam di negeri Melayu

III Kemerdekaan melalui kerjasama kaum

IV Pembentukan satu parti untuk semua kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Parti perikatan terdiri daripada parti?

a)

MCA

b)

MIC

c)

UMNO

d)

PAS

15.

Apakah tuntutan yang dikemukakan oleh Persidangan Kebangsaan.

a)

Menuntut agar pilihan raya Persekutuan diadakan

b)

Menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

c)

Memastikan pengaruh komunis berakhir

d)

Menuntut hak sama rata masyarakat Tanah Melayu