Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TAHUN 6 : UNIT 5

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan agama yang terdapat di Malaysia.

a)

Islam

b)

Tao

c)

Sikh

d)

Bisaya

2.

❇️ Diminta untuk melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang buruk


Pernyataan tersebut merujuk kepada agama ________

a)

Hindu

b)

Buddha

c)

Kristian

d)

Tao

3.

Apakah yang dilakukan oleh masyarakat Kadazandusun bagi mendapatkan hasil padi yang banyak?

a)

Kinorohingan

b)

upacara memuja semangat padi

c)

upacara ngeduang

d)

upacara miring

4.

Nyatakan maksud perkataan miring.

a)

tanah hendaklah disemah terlebih dahulu

b)

berdoa kepada tuhan

c)

membaca jampi mentera untuk mengelak daripada gangguan

d)

memberkati penduduk, melindungi, membawa kebahagiaan dan keharmonian dalam masyarakat

5.

" Tuan rumah atau ahli keluarga si mati akan menjamu makanan kepada tetamu "


Nyatakan upacara yang dijalankan merujuk kepada pernyataan di atas.

a)

miring

b)

Kinorohingan

c)

Nakod Babulang

d)

duang rumah

6.

Jelaskan kepentingan membaca jampi mentera bagi masyarakat Bisaya.

a)

mengusir roh jahat

b)

mengelak daripada gangguan kuasa ghaib

c)

membawa kebahagiaan dan keharmonian

d)

mendapat hasil padi yang banyak

7.

Apakah yang termaktub dalam Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan?

a)

Islam ialah agama bagi Persekutuan

b)

agama lain adalah terbatas

c)

agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai

d)

rumah ibadat boleh dikunjungi

8.

Nyatakan peranan rumah ibadat.

a)

mewujudkan persefahaman dan perpaduan

b)

menggalakkan penganutnya berhimpun bagi mendengar penerangan tentang ajaran agama dan kepercayaan masing-masing

c)

menghargai kebebasan beragama

d)

memberkati penduduk

9.

Jelaskan etika semasa berada di masjid.

a)

memberi sumbangan dengan ikhlas

b)

memakai pakaian bersih, sopan dan menutup aurat

c)

berbual-bual

d)

menghormati jemaah yang sedang bersolat

10.

❇️ memakai pakaian sopan

❇️ melakukan upacara pemujaan dan penghormatan mengikut aturan


Pernyataan di atas merujuk kepada agama _______

a)

Sikh

b)

Tao

c)

Kristian

d)

Hindu

11.

Apakah rumah ibadat bagi agama Hindu dan Buddha?

a)

kuil dan tokong

b)

gurdwara dan wat

c)

gurdwara dan tokong

d)

kuil dan wat

12.

Nyatakan etika semasa berada di kuil.

a)

membasuh kaki sebelum masuk ke kuil

b)

menanggalkan kasut sebelum masuk ke perkarangan kuil

c)

mendengar ucapan paderi dengan senyap dan hormat

d)

memakai pakaian sopan

13.

Jelaskan kepentingan amalan beragama dan kepercayaan dalam masyarakat.

a)

supaya hidup aman dan sejahtera

b)

supaya disukai semua

c)

supaya setiap manusia lebih bertanggungjawab

d)

supaya saling menghormati dan tidak memandang rendah kepada agama lain

14.

Mengapakah kita perlu mengetahui adab, pantang larang dan peranan rumah- rumah ibadat kaum lain?

a)

memberi tumpuan ketika beribadat

b)

memberikan sumbangan ikhlas

c)

menunjukkan rasa persefahaman antara kita

d)

menunjukkan sikap prihatin terhadap kaum lain

15.

Nyatakan persamaan antara agama Sikh, Tao dan Buddha.

a)

menanggalkan kasut sebelum masuk ke rumah ibadat

b)

memberikan tumpuan ketika beribadat

c)

membasuh kaki sebelum masuk ke kuil

d)

memakai pakaian yang sopan