wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Zaman Prasejarah dan Kerajaan Melayu Awal

Total questions: 25

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud Zaman Prasejarah?

a)

Zaman manusia saling berperang

b)

Zaman manusia tinggal di dalam hutan

c)

Zaman bumi diliputi air batu yang tebal

d)

Zaman sebelum manusia mengenal tulisan

2.

Bilakah garis masa Zaman Mesolitik telah berlaku?

a)

200 000 SM

b)

14 000 SM

c)

4000 SM

d)

700 SM

3.

PILIH PASANGAN YANG BETUL:

a)

Zaman Logam - 700 SM

b)

Zaman Mesolitik - 3000 SM

c)

Zaman Paleolitik - 14000 SM

d)

Zaman Neolitik - 200 000 SM

4.

Antara berikut, yang manakah lokasi Zaman Neolitik di Malaysia?

a)

Gua Niah, Sarawak

b)

Gua Kechil, Pahang

c)

Gua Bewah, Terengganu

d)

Bukit Jawa, Perak

5.

Sungai Tembeling, Pahang pernah didiami oleh manusia zaman__________________________.

a)

Paleolitik

b)

Mesolitik

c)

Neolitik

d)

Logam

6.

PALEOLITIK

MESOLITIK


Apakah persamaan kehidupan antara kedua-dua Zaman Prasejarah tersebut?

a)

Hidup menetap

b)

Bercucuk tanam

c)

Tinggal di dalam gua

d)

Mempunyai ketua

7.

*Mempunyai ketua sebagai pemimpin

*Mengamalkan adat dan upacara yang tersusun


Berikut merupakan ciri kehidupan manusia Zaman Prasejarah_________________________?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

8.

Apakah kegiatan ekonomi manusia Zaman Paleolitik?

I-Bercucuk tanam

II- Memburu haiwan

III- Mengutip hasil hutan

IV- Menjalankan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

*Menjalankan aktiviti perdagangan dan pelayaran

*Menjalinkan hubungan dengan kerajaan luar


Berikut merupakan ciri-ciri kegiatan ekonomi manusia Zaman Prasejarah____________________________?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

10.

Apakah ciri-ciri peralatan manusia Zaman Neolitik?

a)

Kecil dan logam

b)

Licin dan kemas

c)

Kasar dan ringkas

d)

Daripada logam besi

11.

Apakah perkembangan kemajuan teknologi dalam bidang pertanian kini yang bermula daripada Zaman Prasejarah?

a)

Penggunaan jentera

b)

Pandai menyabit

c)

Pandai membuat batas

d)

Pengaliran air sungai

12.

Sumbangan teknologi Zaman Prasejarah banyak membawa perubahan dalam kehidupan manusia. Apakah nilai yang dapat diperoleh?

a)

Sikap putus asa

b)

Berinovasi

c)

Bermusuhan

d)

Kurang yakin diri

13.

Apakah peralatan yang digunakan pada masa kini untuk memudahkan pengangkutan air?

a)

Kereta

b)

Motosikal

c)

Kapal

d)

Kapal terbang

14.

Sejarah Alam Melayu memperlihatkan kemunculan beberapa buah kerajaan Melayu Awal.


Apakah kerajaan yang wujud pada abad pertama?

a)

Kerajaan Funan

b)

Kerajaan Champa

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Srivijaya

15.

Kerajaan ini terletak di Tanah Merah, Kelantan.


Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Beruas

b)

Kerajaan Chih-Tu

c)

Kerajaan Mataram

d)

Kerajaan Srivijaya

16.

Kerajaan ini terletak di Sungai Sarawak, Sarawak.


Apakah kerajaan tersebut?

a)

Kerajaan Majapahit

b)

Kerajaan Mataram

c)

Kerajaan Santubong

d)

Kerajaan Kedah Tua

17.

Kerajaan-kerajaan Melayu Awal ini terletak di kawasan yang strategik sehingga memudahkan perhubungan.


Lokasi kerajaan Melayu Awal ini terletak di __________________________________.

a)

Pesisir pantai

b)

Tanah rata

c)

Tanah tinggi

18.

Kerajaan Melayu Awal di Kepulauan Melayu bermula daripada sebuah petempatan kecil yang kemudian berkembang menjadi sebuah ___________________________.

a)

Kota

b)

Pelabuhan

c)

Bandar

19.

Apakah yang dimaksudkan dengan hubungan diplomatik?

a)

Hubungan yang terjalin antara penduduk kerajaan yang sama

b)

Hubungan pergaduhan antara sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain.

c)

Hubungan yang terjalin antara sebuah kerajaan dengan kerajaan yang lain.

20.

Apakah kuasa besar yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Melayu Awal?


I- India

II- China

III- Belanda

IV- Portugis

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah barang yang diperdagangkan oleh Kerajaan Melayu Awal?

a)

Sutera

b)

Tembikar

c)

Perhiasan

d)

Rempah ratus

22.

Kerajaan Alam Melayu telah membekalkan barang dagangan seperti rempah ratus kepada kerajaan China dan India.


Apakah barangan mewah yang ditawarkan kepada Kerajaan Alam Melayu sebagai balasan?


I- Tembikar

II-Sutera

III-Meriam

IV-Senapang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Apakah tanaman yang ditanam oleh masyarakat Kedah Tua dan Majapahit?

a)

Padi

b)

Koko

c)

Getah

d)

Kelapa

24.

Antara berikut, yang manakah BUKAN hasil kegiatan perlombongan masyarakat kerajaan Melayu Awal?

a)

Bijih timah

b)

Bijih besi

c)

Emas

d)

Tanah

25.

Nilai murni yang dapat kita pelajari melalui hubungan diplomatik yang dijalinkan Kerajaan Melayu Awal dengan China dan India ialah______________________________.

a)

Bekerjasama

b)

Pentingkan diri sendiri

c)

Jujur