Font size
WorksheetsT4 : Bab7 ( 7.2 )
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Apakah yang membawa kepada kesedaran pemimpin kaum dan kerajaan British tentang kepentingan perpaduan?
Pertambahan bilangan penduduk
Ketegangan hubungan antara kaum yang semakin meningkat
Keadaan ekonomi yang stabil
Hubungan yang harmoni antara kaum
Apakah objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)....( tandakan 3 jawapan )
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti
Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk di negara ini
Meningkatkan kemudahan infrastruktur yang canggih
Apakah moto CLC?
Merdeka Raya
Hidup Melayu
Tanah Melayu untuk Malayan
Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu
Siapakah Penasihat dan Pengerusi CLC?
Malcolm MacDonald, E. E. C Thuraisingham
E. E. C Thuraisingham, Dato' Onn Jaafar
Malcolm MacDonald, Dato' Onn Jaafar
Dato' Onn Jaafar, Tan Cheng Lock
Siapakah wakil Melayu yang terlibat dalam menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum? (pilih 2)
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Dr. Mustapha Osman
Zainal Abidin Haji Abas
Siapakah wakil kaum Cina yang menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?(pilih 3)
C.C Tan
Lee Tiang Keng
Chen Tien
Tan Cheng Lock
Siapakah yang menjadi Ahli Lain Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?(pilih 3)
Roland Braddell (wakil orang Eropah)
L.R Doraisamy Iyer (wakil kaum India)
Dr. J.S Goonting (wakil orang Serani)
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (wakil orang Sarawak)
Apakah implikasi penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?
Peningkatan kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum kedaulatan negara
Peningkatan kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum terhadap kerjasama politik serta perlunya perkongsian kepentingan dan membentuk hala tuju yang sama.
Peningkatan kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum ketenteraan dan mendapatkan kerjasama rakyat
Peningkatan kesedaran dalam kalangan pemimpin kaum untuk menyatukan semua ideologi terhadap keinginan bebas daripada kolonial British.
CLC berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Apakah isu-isu tersebut?
isu komunis
Kedudukan istimewa orang Melayu
Kedudukan ekonomi semua kaum
Keselamatan dari ancaman komunis
Apakah peranan yang dimainkan oleh CLC terhadap isu kedudukan ekonomi orang Melayu?
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu
Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri dilakukan dengan memberikan pengalaman pilihan raya secara berperingkat kepada penduduk Tanah Melayu
Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk
Apakah peranan CLC terhadap isu kewarganegaraan bukan Melayu?
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam untuk memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu
Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk
Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa kerana menunjukkan taat setia yang tidak berbelah bahagi dan mengiktiraf negara ini satu-satunya tanah air mereka
Apakah peranan CLC terhadap isu kedudukan istimewa orang Melayu?