wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 2 Bab 1,2 dan 3

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Namakan kerajaan yang paling akhir dalam Kerajaan Alam Melayu

a)

Funan

b)

Srivijaya

c)

Angkor

d)

Majapahit

2.

Siapakah tokoh yang menyatakan hal berikut:


"Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan"

a)

Nik Hassan Suhaimi

b)

Alfred Russel

c)

Abdul Hadi Haji Hassan (Triple H)

d)

Ding Choo Ming

3.

Apakah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak awal Masihi?

a)

Tiada bahasa lain di dunia

b)

Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi semua kerajaan

c)

Sifat orang melayu yang suka berlayar

d)

Bahasa melayu bahasa yang pertama di dunia

4.

Masyarakat Alam Melayu berkongsi budaya yang sama. Apakah budaya tersebut?

a)

Pembuatan monumen

b)

Sikap patriotik

c)

Seni persembahan wayang kulit

d)

Seni mempertahankan diri kung-fu

5.

Nyatakan lokasi kerajaan Angkor?

a)

Lembah Sungai Brantas

b)

Lembah Sungai Mekong

c)

Lembah Sungai Musi

d)

Lembah Sungai Mas

6.

Namakan pusat kerajaan bagi kerajaan Majapahit?

a)

Kota Trowulan

b)

Palembang

c)

Pangkalan

d)

Harihalaya

7.

Namakan pengasas kerajaan Funan?

a)

Fan Shih-Man

b)

Rudravarman

c)

Kaundinya

d)

Suryavarman II

8.

Apakah faktor kemerosotan kerajaan Champa?

a)

Serangan tentera Chenla

b)

Serangan tentera Chola

c)

Serangan tentera Dai Viet

d)

Serangan tentera Demak

9.

Namakan pengasas termasyur kerajaan Srivijaya?

a)

Jayavarman VI

b)

Suryavarman II

c)

Sangramadhananjaya

d)

I-Tsing

10.

Apakah salah satu kejayaan Jayavarman VII semasa memerintah kerajaan Angkor?

a)

Membina Angkor Wat

b)

Membina Hospital

c)

Membina Pintu Gerbang

d)

Membina Kapal Perang

11.

Kemasyuran kerajaan Majapahit bermula apabila Tribuana Tunggadewi melantik Perdana Menteri Majapahit pada abad 14. Siapakah perdana menteri yang tersebut?

a)

Patih Gajah Mada

b)

Raden Vijaya

c)

Kaundinya

d)

Suryavarman

12.

Kedah Tua mempunyai 3 nama berlainan. Sumber China telah menamakan Kedah Tua sebagai....

a)

Kataha

b)

Kalah-bar

c)

Kachah-ha

d)

Chieh Ch'a

13.

Kerajaan Gangga Nagara telah ditubuhkan oleh seorang Raja yang bernama Raja Ganji Sarjuna. Namun, ada pendapat lain yang menyatakan terdapat Raja lain yang membuka Gangga Nagara. Siapakah Raja lain tersebut?

a)

Rajakumara

b)

Raja Khmer

c)

Raja Sapta Prabu

d)

Raja Mongol

14.

Namakan 3 kerajaan Alam Melayu yang telah diserang oleh Kerajaan Chola.

a)

Angkor, Majapahit, Kedah Tua.

b)

Kedah Tua, Gangga Nagara, Majapahit

c)

Srivijaya, Funan, Gangga Nagara

d)

Gangga Nagara, Kedah Tua, Srivijaya

15.

Namakan kerajaan LUAR yang sezaman dengan kerajaan Funan?

a)

Dinasti Tang

b)

Empayar Byzantine

c)

Empayar Turki Uthmaniyah

d)

Empayar Rom

16.

Berikut merupakan kerajaan yang sezaman dengan kerajaan Srivijaya KECUALI

a)

Kerajaan Chola

b)

Kerajaan Angkor

c)

Kerajaan Majapahit

d)

Kerjaan Byzantine

17.

Berikut merupakan 3 agama utama di Kerajaan Alam Melayu KECUALI

a)

Kristian

b)

Islam

c)

Buddha

d)

Hindu

18.

Antara berikut, cara kedatangan agama Hindu yang paling tepat ialah melalui...

a)

Pendakwah

b)

Pemimpin

c)

Golongan Brahmin

d)

Hamba

19.

Antara berikut, kerajaan Alam Melayu manakah yang mempunyai hubungan diplomatik dengan INDIA

a)

Kedah Tua

b)

Gangga Nagara

c)

Champa

d)

Majapahit

20.

Apakah tujuan kerajaan Kedah Tua mengadakan hubungan diplomatik dengan CHINA?

a)

Memperkukuh hubungan perdagangan

b)

Meminta bantuan ketenteraan

c)

Mendapat pengiktirafan

d)

Meminta bantuan keagamaan

21.

Kerajaan Funan dibahagikan kepada tujuh buah wilayah.

Siapakah yang dilantik untuk mengetuai wilayah-wilayah tersebut?

a)

Putera raja

b)

Pembesar pusat

c)

Golongan agama

d)

Golongan tentera

22.

Yuvaraja telah dilantik sebagai pembantu raja dalam kerajaan Srivijaya.

Apakah maksud Yuvaraja?

a)

Raja Kecil

b)

Raja Muda

c)

Putera sulong

d)

Putera Mahkota

23.

Maklumat di atas berkaitan dengan gelaran raja di kerajaan Alam Melayu.

Apakah kerajaan yang menggunakan gelaran tersebut?

a)

Kerajaan Angkor

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Kedah Tua

d)

Kerajaan Gangga Nagara

24.

Mengapakah raja-raja Champa diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci?

a)

Dikaitkan dengan Dewa Siva

b)

Dibantu oleh golongan agama

c)

Dilantik mengetuai pentadbiran

d)

Dianggap sebagai ketua kerajaan

25.

Maklumat di atas berkaitan dengan pentadbiran wilayah kerajaan Srivijaya. Siapakah pentadbir X?

a)

Pradatuan

b)

Pakuwuan

c)

Kabupaten

d)

Kebuyutan

26.

Apakah X?

a)

Pembesar

b)

Permaisuri

c)

Ketua bandar

d)

Kerabat diraja

27.

Antara berikut, yang manakah tugas ketua kerajaan bagi Kerajaan Kedah Tua?

I Mengawal keamanan

II Menjaga keselamatan

III Memajukan perdagangan

IV Menguruskan keagamaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

28.

Maklumat di atas berkaitan dengan kejayaan kerajaan Angkor. Apakah faktor kejayaan tersebut?

a)

Membuka kawasan baru

b)

Membina sistem pengairan

c)

Membawa masuk buruh luar

d)

Menggunakan tanaman bergilir

29.

Apakah tugas Ketua Air dalam kerajaan Champa?

a)

Menjaga perairan negara

b)

Membekalkan bekalan air

c)

Membina sistem perparitan

d)

Menyelenggarakan terusan

30.

Jawatan di atas telah dilantik oleh kerajaan Srivijaya di kawasan pelabuhan. Apakah tugas jawatan tersebut?

a)

Mengutip cukai barangan

b)

Menentukan harga barangan

c)

Mengawal keselamatan negara

d)

Menyelia kegiatan perdagangan

31.

Apakah barang dagangan yang diperlukan oleh pedagang India di Alam Melayu?

a)

Garam

b)

Mangkuk

c)

Kapur barus

d)

Sarang burung

32.

Mengapakah pemerintah kerajaan Angkor membina baray?

a)

Menyimpan air

b)

Menyuburkan tanah

c)

Mengelakkan banjir

d)

Mempertahankan negara

33.

Kerajaan Majapahit telah membina beberapa sistem pengairan.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan tersebut?

a)

Melicinkan kegiatan menternak binatang

b)

Memudahkan kemasukan pedagang luar

c)

Meningkatkan pengeluaran padi sawah

d)

Mengatasi masalah banjir

34.

Maklumat di atas merupakan barang dagangan yang dibeli oleh pedagang Arab di Alam Melayu.

Mengapakah pedagang Arab membeli barang dagangan tersebut?

a)

Didagangkan semula

b)

Dibuat minyak wangi

c)

Dianggap barang mewah

d)

Dijadikan bahan masakan

35.

Apakah kegunaan gaharu oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Bahan pewangi

b)

Bahan makanan

c)

Produk kesihatan

d)

Barang perhiasan

36.

Apakah hasil hutan yang sesuai digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraftangan?

a)

Rotan

b)

Damar

c)

Gading

d)

Gaharu

37.

Apakah kerajaan X?

a)

Majapahit

b)

Srivijaya

c)

Angkor

d)

Champa

38.

Pilih pasangan yang tepat berkaitan dengan pengeluar rempah ratus di Alam Melayu.

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

39.

Antara berikut, yang manakah merupakan pusat perlombongan bijih besi di Angkor?

a)

Indrapura

b)

Amaravati

c)

Pergunungan Hue

d)

Pergunungan Phnom Dek

40.

Sistem beraja di Alam Melayu terbahagi kepada pemerintahan pusat dan wilayah.

Apakah kesan pembahagian pemerintahan tersebut?

a)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

b)

Menjaga kebajikan masyarakat

c)

Mengekalkan keharmonian

d)

Mewujudkan kestabilan

41.

Apakah bukti masyarakat kerajaan Champa bertutur menggunakan bahasa Melayu?

a)

Penemuan inskripsi

b)

Penemuan batu bersurat

c)

Penemuan di dinding dan batu-batu

d)

Sifat keterbukaan masyarakat Alam Melayu

42.

Apakah bahasa asing yang mempengaruhi penggunaan istilah di atas?

a)

Bahasa Arab

b)

Bahasa Parsi

c)

Bahasa Tamil

d)

Bahasa Sanskrit

43.

Sistem tulisan dan bahasa masyarakat kerajaan Alam Melayu dikaitkan dengan pengaruh daripada India.

Apakah jenis tulisan tersebut?

a)

Sanskrit

b)

Tamil

c)

Kawi

d)

Pegon

44.

Apakah bahasa utama yang digunakan oleh kerajaan Majapahit?

a)

Melayu Champa

b)

Jawa Kuno

c)

Sanskrit

d)

Melayu

45.

Kerajaan tersebut merujuk kepada kerajaan

a)

Angkor

b)

Champa

c)

Srivijaya

d)

Kedah Tua

46.

Perkataan di atas menunjukkan pengaruh bahasa asing terhadap bahasa Melayu.

Perkataan tersebut berasal dari bahasa

a)

Sanskrit

b)

China

c)

Parsi

d)

Arab

47.

Apakah yang diperihalkan dalam batu bersurat tersebut?

a)

Aspek keagamaan

b)

Aspek pemerintahan

c)

Kisah Jayavarman II

d)

Kepentingan taat setia kepada raja

48.

Sistem tulisan merupakan cetusan daripada tradisi lisan masyarakat kerajaan Alam Melayu.

Apakah tema tradisi lisan ini ?

a)

Tumbuh-tumbuhan

b)

Binatang

c)

Bintang

d)

Air

49.

Kegiatan persuratan telah berkembang sehingga melahirkan sistem tulisan yang digunakan pada batu bersurat.

Apakah fungsi batu bersurat tersebut?

a)

Catatan tentang pemerintahan dan keagamaan

b)

Lambang kemegahan dan kekuatan kerajaan

c)

Medium komunikasi untuk perdagangan

d)

Lambang kesenian masyarakat silam

50.

Apakah faktor yang mendorong perkembangan persuratan masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Kepercayaan dan keagamaan

b)

Sistem pemerintahan beraja

c)

Struktur sosial masyarakat

d)

Sistem tulisan

51.

Apakah aktiviti yang TIDAK dijalankan oleh kerajaan Funan di candi?

a)

Aktiviti kemasyarakatan

b)

Pusat pendidikan

c)

Rumah ibadat

d)

Perdagangan

52.

Kerajaan Angkor selain membina baray juga turut membina kapal. Mengapakah kapal dibina?

I Kegunaan perdagangan

II Menghadapi peperangan

III Menyebarkan agama Islam

IV Lambang kemasyhuran kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

Kebijaksanaan masyarakat kerajaan Alam Melayu dibuktikan melalui seni bina candi. Apakah ciri candi Borobudur yang terletak di Jawa Tengah, Indonesia?

I Candi terbesar di dunia

II Pintu gerbang laluan khas Raja

III Pengaruh senibina Kerajaan Chola

IV Berbentuk gunung yang bersegi-segi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

54.

Rajah di atas berkaitan dengan pembinaan candi dalam kalangan kerajaan Alam Melayu. Apakah candi X?

a)

Candi Cetho

b)

Candi Bayon

c)

Candi Borobodur

d)

Candi Angkor Wat

55.

Apakah keistimewaan kerajaan Srivijaya?

a)

Menjadi pusat binaan kapal-kapal besar

b)

Sistem pengairan yang sistematik

c)

Pelabuhan yang strategik

d)

Tanah pertanian subur

56.

Apakah golongan yang dimaksudkan ?

a)

Hamba

b)

Bangsawan

c)

Rakyat merdeka

d)

Golongan Diraja

57.

Struktur sosial merupakan salah satu keunikan masyarakat kerajaan Alam Melayu. Apakah dua struktur sosial tersebut?

I Pemerintah

II Golongan diperintah

III Orang kaya dan berharta

IV Petani, nelayan dan penternak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

58.

Hierarki menggambarkan struktur sosial masyarakat Alam Melayu.

Struktur yang bertanda X ialah

a)

Ilmuwan

b)

Tawanan perang

c)

Rakyat Merdeka

d)

Hamba berhutang

59.

Golongan hamba adalah seperti butiran berikut KECUALI

a)

tawanan perang, hamba berhutang dan hamba rela

b)

berusaha gigih memerdekakan diri sendiri

c)

berkhidmat dalam sektor sosioekonomi

d)

meningkatkan status pemiliknya

60.

Apakah peranan golongan atasan dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu?

a)

Meluaskan kawasan perdagangan

b)

Meluaskan kawasan pengaruh kerajaan

c)

Menyebarkan agama dan budaya kerajaan

d)

Menjaga kebajikan dan melindungi rakyatnya