Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

POP KUIZ BAB 8 PENGURUSAN KEWANGAN

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah langkah pertama dalam proses pengurusan kewangan?

a)

Mengkaji semula dan menyemak kemajuan

b)

Menetapkan matlamat kewangan

c)

Melaksanakan pelan kewangan

d)

Mewujudkan pelan kewangan

2.

Pilih yang benar mengenai matlamat kewangan jangka pendek

a)

Matlamat yang hendak dicapai kurang daripada setahun

b)

Tidak melibatkan jumlah amaun yang besar

c)

Membuka kedai runcit

d)

Melibatkan amaun yang besar

3.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka pendek berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli satu set sofa

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Bercuti ke Pulai Sipadan

4.

Kenalpasti matlamat kewangan jangka panjang berdasarkan senarai dibawah:

a)

Membeli satu set sofa

b)

Membeli komputer riba

c)

Membeli rumah berkembar

d)

Simpanan untuk pendidikan

e)

Membeli hartanah

5.

Contoh perbelanjaan berasaskan keperluan ialah?

a)

Membeli makanan

b)

Membeli alatan permainan

c)

Membeli tiket percutian

d)

Membeli pakaian

6.

Apakah jenis perbelanjaan yang mengakibatkan seseorang individu berbelanja melebihi kemampuan?

a)

Perbelanjaan berasaskan keperluan

b)

Perbelanjaan berasaskan kehendak

c)

Perbelanjaan berasaskan produk

7.

Pilih kebaikan mempunyai perancangan kewangan yang cekap.

a)

Membantu individu bebas daripada masalah kewangan

b)

Mendidik individu agar berusaha

c)

Mewujudkan simpanan ketika kecemasan

d)

Menggalakkan individu mempunyai dua pekerjaan

8.

Berdasarkan konsep SMART, yang manakah benar?

a)

S (Tempoh Masa)

b)

A (Boleh dicapai)

c)

M (Spesifik)

d)

T (Boleh diukur)

9.

Apakah yang perlu anda lakukan setelah mendapat gaji?

a)

Simpan dahulu baru berbelanja

b)

Berbelanja dahulu baru simpan

c)

Bayar hutang dan berbelanja

d)

Tidak pasti

10.

Mengapakah kita perlu mengkaji semula dan menyemak kemajuan pelan kewangan dari semasa ke semasa?

a)

Untuk memastikan aliran tunai sentiasa positif

b)

Untuk membuat anggaran awal untuk mencapai setiap matlamat

c)

Untuk berbelanja sewenang-wenangnya

d)

Untuk meningkatkan jumlah pendapatan

11.

Berdasarkan konsep SMART, yang manakah benar?

a)

S (Tempoh Masa)

b)

A (Boleh dicapai)

c)

M (Spesifik)

d)

T (Boleh diukur)

12.

"Cik Tomoyo merupakan seorang kartunis yang berpendapatan RM4 000 ingin mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun. Anggaran perbelanjaan perkahwinan berjumlah RM40 000. Oleh itu, beliau ingin menyimpan sebanyak RM2000 sebulan bagi jangka masa 20 bulan. Selain itu, beliau juga ingin membuat pinjaman untuk perbelanjaan perkahwinan."


Adakah Cik Tomoyo mematuhi konsep SMART?

a)

Ya

b)

Tidak

13.

Pengurusan kewangan merupakan suatu proses melibatkan pengurusan wang daripada sumber pendapatan terhadap

I simpanan

II perbelanjaan

III perlindungan

IV pelaburan

a)

I dan II

b)

I ddan III

c)

I, II dan III

d)

semua di atas

14.

Susun proses pengurusan kewangan mengikut susunan yang betul.

I Menilai kedudukan kewangan.

II Menetapkan matlamat kewangan.

III Mewujudkan pelan kewangan.

IV Melaksanakan pelan kewangan.

V Mengkaji semula dan menyemak kemajuan.

a)

I, II, III, IV, V

b)

I, III, II, IV, V

c)

II, I ,III, IV, V

d)

I, IV, III, II, V

15.

Apakah yang dimaksudkan dengan aliran tunai negatif?

a)

Jumlah pendapatan melebihi daripada jumlah perbelanjaan

b)

Jumlah pendapatan sama dengan jumlah perbelanjaan

c)

Jumlah perbelanjaan kurang daripada jumlah pendapatan

d)

Jumlah pendapatan kurang daripada jumlah perbelanjaan

16.

Faktor yang manakah tidak mempengaruhi matlamat jangka panjang?

a)

Inflasi

b)

Dasar kerajaan

c)

Kesihatan diri

d)

Pengaruh sekeliling

17.

Antara berikut, yang manakah bukan merupakan pendapatan aktif?

a)

Gaji

b)

Elaun

c)

Faedah

d)

Komisen

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan tempoh bagi matlamat kewangan jangka pendek ?

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

2 tahun

d)

kurang daripada 1 tahun

19.

Farish ialah seorang guru dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3500. Dia memperoleh pendapatan pasif sebanyak RM550 sebulan melalui sewaan rumah. Farish mempunyai perbelanjaan tetap sebanyak RM2200 sebulan dan perbelanjaan tidak tetap sebanyak RM700 sebulan. Hitung aliran tunai bulanan Farish.

a)

RM 50

b)

RM 600

c)

RM 1150

d)

RM 1850

20.

Encik Aditya dan isterinya ingin membeli sebuah rumah dalam masa enam tahun selepas mereka berkahwin. Jumlah pendapatan mereka ialah RM4500 dan jumlah perbelanjaan tetap dan tidak tetap mereka ialah RM3450 sebulan. Mereka bercadang untuk membeli sebuah pangsapuri yang berharga RM302 400 dengan wang pendahuluan sebanyak RM30 240. Berapakah simpanan bulanan yang harus disimpan oleh Encik Aditya dan isterinya bagi mencapai matlamat tersebut ?

a)

RM420

b)

RM630

c)

RM1050

d)

RM3780

21.

Daniel memperolehi gaji bersih sebanyak RM3 680 sebulan. Dia menerima komisen sebanyak RM350 dan memperolehi pendapatan pasif sebanyak RM500. Sekiranya Daniel mengamalkan pelan kewangan yang cekap, berapakah simpanan tetap bulanannya ?

a)

RM368

b)

RM403

c)

RM416

d)

RM453