WorksheetsMAHKAMAH
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
Siapakah tertuduh 1 yang terlibat dalam drama mahkamah?
Zahar
Bulat bin Leper
Abu bin Ali
Mek Teh binti Jali
Drama mahkamah memaparkan sesi perbicaraan yang melibatkan _________ kes.
tiga
empat
dua
satu
Berdasarkan drama Mahkamah, apakah masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ketika dibicarakan.
Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami bahasa Melayu dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan bahasa Inggeris semasa berkomunikasi.
Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami bahasa Inggeris dan meminta pihak pendakwa raya menggunakan bahasa Melayu semasa berkomunikasi.
Masalah yang dihadapi oleh TERTUDUH II ialah dia tidak memahami perbicaraan apa yang sedang berjalan.
Tiada jawapan yang berkaitan
TERTUDUH II dibicarakan atas kesalahan mencuri seekor beruk subsidi milik kerajaan Malaysia. Tertuduh II dikenali sebagai..
Bulat bin Leper
Akiyamokoto
Mak Teh
Akikino-komokotoko
Apakah keputusan mahkamah terhadap Akinomoto?
Akinomoto perlu mengembalikan semula ibu beruk yang mengandung kepada tuan beruk tersebut.
Akinomoto perlu membayar denda sebanyak RM5000.00
Akinomoto diarahkan oleh Hakim untuk memelihara ibu beruk itu sehingga selamat melahirkan anaknya dan menjaga anak beruk sehingga mencapai umur akil baligh.
Apakah kes yang didakwa terhadap Bulat bin Leper?
membuang kulit pisang
kematian seorang warga emas
mencuri ibu beruk subsidi
merompak
Apakah kesudahan kes bagi Bulat bin Leper?
Bulat bin Leper mengaku bersalah
Bulat bin Leper dikenakan hukuman penjara
Bulat bin Leper didapati tidak bersalah
Apakah punca kematian nenek yang menjadi penyebab Bulat didakwa atas kesalahan tersebut di mahkamah?
nenek lambat dibawa ke hospital oleh Bulat
nenek terpijak kulis pisang yang dibuang oleh Bulat
pinggang nenek terseliuh kerana dilanggar semasa berjoging
nenek terlanggar tong sampah yang terdapat kulit pisang di dalamnya
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera. Antara berikut, latar tempat manakah yang tidak terdapat dalam drama Mahkamah.
Di Mahkamah
Di Taman Gagak Putih
Stor JKK Ulu Dungun
Stor JKK Besut
Berikut merupakan latar masyarakat yang terdapat dalam drama Mahkamah kecuali
Masyarakat yang prihatin terhadap haiwan
Masyarakat hakim dan peguam yang tidak menjalankan tugas
Masyarakat miskin yang tidak menyedari hak mereka
Masyarakat yang tidak menitikberatkan bahasa Melayu
Perwatakan Pendakwa raya seperti berikut kecuali..
Golongan intelektual
Seorang yang bijak berhujah
Seorang yang menjalankan tanggungjawab dengan amanah
Seorang yang meminati gusti
Antara persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam drama Mahkamah adalah seperti berikut kecuali...
keadilan dan kebenaran ketika membuat sesuatu keputusan
keadilan dan kebenaran dikatakan sebagai suatu drama dalam mahkamah
keadilan dan kebenaran yang mesti ditegakkan dengan apa-apa cara sekalipun
keadilan dan kebenaran tanpa mengira bangsa, warna kulit, pangkat dan kedudukan
Nilai yang terdapat dalam drama "Mahkamah" ialah nilai kebijaksanaan. Contohnya, pendakwa raya dan peguam bela bijak berhujah semasa di dalam mahkamah.
Betul
Salah
Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam drama Mahkamah kecuali
Nilai keadilan
Nilai bijaksana
Nilai prihatin
Nilai berjimat cermat
Pengajaran yang terdapat dalam drama "Mahkamah" adalah seperti berikut kecuali..
Kita perlulah prihatin dengan nasib orang miskin yang tidak mampu mengupah peguam sendiri.
Kita mestilah yakin ketika membicarakan sesuatu hujah supaya tidak menimbulkan keraguan.
Kita mestilah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Kita hendaklah bertindak secara melulu dalam menyelesaikan masalah.
