wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Kerja

Total questions: 30

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Adik ... gambar-gambar itu dalam buku skrapnya menggunakan gam.

a)

meletak

b)

menampal

c)

membubuh

d)

menampung

2.

Kisah kejayaan murid itu mencipta sejenis peralatan berteknologi tinggi menggunakan bahan-bahan terbuang telah ... di dada akhbar.

a)

terpamer

b)

tergambar

c)

terbentang

d)

terpampang

3.

Mak Kiah sedang ... tikar mengkuang yang ditempah oleh pelanggannya.

a)

menganyam

b)

menenun

c)

menekat

d)

menjahit

4.

Para pelancong berasa terpegun melihat keunikan Masjid Kristal yang ... indah di Pulau Wan Man.

a)

terdiri

b)

terpancar

c)

tersergam

d)

terbina

5.

Pak Din membawa kami ... sungai itu dengan sampannya untuk menikmati keindahan alam semula jadi.

a)

menyeberangi

b)

menjalani

c)

menyusuri

d)

menjejaki

6.

Kita haruslah tabah .... cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

a)

merasai

b)

menjejaki

c)

merempuhi

d)

mengharungi

7.

Aiman terus ... air kelapa muda yang telah ditebuk oleh datuknya kerana terlalu dahaga.

a)

menggogok

b)

menuang

c)

menjilat

d)

menyedut

8.

Semua peserta kawad kaki dikehendaki ... kasut kulit masing-masing supaya nampak berkilat.

a)

mengelap

b)

menyapu

c)

menggilap

d)

menghias

9.

Dua orang mata-mata gelap itu sedang ... lelaki yang disyaki sebagai pengedar dadah itu dari belakang tanpa disedarinya.

a)

menuriti

b)

mengekori

c)

membolosi

d)

mengiringi

10.

Setiap rakyat Malaysia haruslah berusaha untuk ... perpaduan yang telah terjalin antara kaum demi kemakmuran negara.

a)

mewujudkan

b)

mengekalkan

c)

menjadikan

d)

memikirkan

11.

Bot nelayan itu berolang-aling di laut apabila ... ombak yang kuat.

a)

diangkat

b)

ditampar

c)

dilambung

d)

ditentang

12.

Kegigihan Shafiq ... kolam ikannya telah menarik perhatian Jabatan Perikanan untuk memberikan bantuan tambahan.

a)

melaksanakan

b)

mengusahakan

c)

membuatkan

d)

menjadikan

13.

Fitri dan Didi berasa gayat apabila kereta kabel yang dinaki mereka ... ditiup angin sebelum sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.

a)

berbuai-buai

b)

berenjut-renjut

c)

bergetar-getar

d)

bergantung-gantung

14.

Anjing itu ... seketul tulang.

a)

menjinjit

b)

menganga

c)

membimbit

d)

mengonggong

15.

Siti dan Ani ... tangan dengan erat apabila bersua kerana sudah lama mereka terputus hubungan.

a)

bermesra

b)

berjabat

c)

bersentuh

d)

bersatu

16.

Pertandingan ... bunga itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

a)

mengubah

b)

menggarang

c)

munggubah

d)

menjerang

17.

Sebelum ke pejabat, ayah ... tali lehernya kemas-kemas.

a)

memasang

b)

menyimpul

c)

memintal

d)

mengikat

18.

Hati Rokiah ... oleh sindiran sahabat baiknya itu.

a)

tersentak

b)

tercuit

c)

tersinggung

d)

tercengang

19.

Keluarga saya telah ... di pekan ini sejak sepuluh tahun yang lalu.

a)

bermastautin

b)

berziarah

c)

bernaung

d)

bertukar

20.

Panglima Damak ... keris itu di pinggangnya kemas-kemas.

a)

mencelahkan

b)

menanamkan

c)

memasukkan

d)

menyisipkan

21.
Perempuan itu menjinjing begnya sambil __________ anaknya menuju ke perhentian bas.
a)
mendukung
b)
mengelek
c)
membawa
d)
mengepit
22.
Perempuan tua itu __________ bakul berisi beberapa biji betik di atas kepalanya.
a)
menjinjing
b)
menjunjung
c)
mengelek
d)
memikul
23.
Penagih-penagih dadah yang lari dari pusat pemulihan itu masih __________ di sekitar Kampung Sentosa.
a)
berselerak
b)
berkeliaran
c)
bertaburan
d)
bertempiaran
24.
Ranting-ranting kayu itu _________ dengan seutas tali oleh ahli pengakap.
a)
dijerat
b)
dijerut
c)
diikat
d)
ditambat
25.
Adik _____lilin yang terletak di atas kek hari jadinya.

a)
mematikan
b)
menyalakan
c)
memasangkan
d)
menghembuskan
26.
Encik  Ramu__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Deepavali
a)
mengecat
b)
menconteng
c)
menghias
d)
mengemas
27.
Adik ...... tayangan Didi dan rakan-rakan di ruang tamu sambal menghisap susu.
a)
melihat
b)
memasang
c)
memandang
d)
menonton
28.

Abang ________ tangan adik semasa melintas jalan raya.

a)

memimpin

b)

membantu

c)

mengambil

29.

Ketua pasukan Rumah Merah _____ piala yang dimenangi pada Hari Sukan.

a)

memikul

b)

mengelek

c)

menjulang

d)

mengandar

30.

Abang _____ motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi.

a)

membonceng

b)

menunggang

c)

mengayuh

d)

menaiki