Font size
WorksheetsAKIDAH T4 KSSM: HINDARI AJARAN SESAT
Total questions: 15
Worksheet time: 15mins
Maksud ajaran sesat
Ajaran yang dicipta oleh manusia yang akhirnya menjadi agama budha
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah
Agama yang berasaskan wahyu seperti agama Kristian yang telah menyeleweng dari kebenaran.
Berikut merupakan ciri-ciri ajaran sesat dari sudut Al-Quran dan Al-Sunnah KECUALI
Meyakini bahawa terdapat Al-Quran lain yang tersembunyi
Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul
Tidak mempercayai ayat suci Al-Quran
Berikut merupakan ciri-ciri ajaran sesat dari sudut Al-Quran dan Al-Sunnah KECUALI
Meyakini bahawa terdapat Al-Quran lain yang tersembunyi
Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul
Mengaku diri sebagai nabi.
Berikut merupakan ciri-ciri ajaran sesat dari sudut akidah KECUALI
Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.
Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan
Menolak alam ghaib seperti roh & malaikat
Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri ajaran sesat dari aspek ibadah?
Menolak kewajipan ibadah fardu
Menunaikan haji di tempat yang dianggap suci selain Mekah
Bersikap taksub terhadap ajaran gurunya
Pilih 2 ciri-ciri ajaran sesat dari aspek akhlak
Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga
Mengejek, merendahkan dan mempersendakan sahabat nabi.
Bersikap taksub terhadap ajaran gurunya
Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Mahdi
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat sekira berpegang dengannya ................ dan ...............
tafsir , hadis
Al-Quran, Sunnah Nabi
Kitab Fekah, Sunnah Nabi
Berlakunya kiamat apabila dibangkitkan ................... yang mendakwa diri mereka sebagai rasulullah.
Dajjal
Yakjuj Makjuj
Jassasah
Antara berikut manakah kesan mengamalkan ajaran sesat dari sudut agama?
Melahirkan individu yang pasif dan malas
Melemahkan iman dan merosakkan akidah
Membelanjakan wang pada perkara tang tidak berfaedah
Antara berikut manakah kesan mengamalkan ajaran sesat dari sudut politik?
Melahirkan individu yang pasif dan malas
Memutuskan hubungan silaturrahim sesama muslim
Mewujudkan suasana politik yang tidak harmoni akibat taksub kepada pemimpin kumpulan
Antara berikut manakah kesan mengamalkan ajaran sesat dari sudut ekonomi?
Membentuk masyarakat yang bersikap agresif dan kasar
Menjatuhkan imej Umat Islam
Melahirkan individu yang pasif dan malas
Pilih dua kesan mengamalkan ajaran sesat dari sudut kemasyarakatan?
Membentuk masyarakat yang bersikap agresif dan kasar
Memutuskan hubungan silaturahim dan persaudaraan Islam
Melahirkan individu yang pasif dan malas
Menjatuhkan imej Umat Islam
Berikut merupakan cara menjauhi ajaran sesat KECUALI
Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tidak berkawan dengan orang yang berlainan bangsa dan keturunan
Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan amalannya.
Yang manakah merupakan cara menjauhi ajaran sesat dari aspek amalan?
Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al-Quran dan Al-Sunnah
Berdoa memohon petunjuk agar sentiasa berada di jalan yang benar
Mencari maklumat daripada sumber yang sahih supaya tidak terpengaruh dengan ajaran sesat
Azrol seringkali menghadiri kelas pengajian akidah di masjid bagi mendalami Akidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah.
Pernyataan di atas tepat menjelaskan tentang cara menjauhi ajaran sesat dari aspek
Ilmu
Amalan
Kajian
Sahabat
