Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pentaksiran TingKatan Dua 2021 - SEJARAH

Total questions: 25

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.


Konsep Alam Melayu dapat dilihat dengan jelas melalui perkara di bawah kecuali

a)

rupa

b)

bahasa

c)

budaya

d)

geografi

2.

Apakah faktor yang menyebabkan bahasa Melayu telah digunakan secara meluas sejak awal masihi?

a)

Kaum Melayu yang ramai

b)

Orang Melayu yang mesra

c)

Digunakan seluruh Alam Melayu

d)

Sifat bahasa Melayu yang sederhana

3.

Peta di atas menunjukkan Kerajaan Alam Melayu Funan.


Di manakah terletaknya pusat kerajaan Funan?

a)

Indrapura

b)

Pangkalan

c)

Vyadhapura

d)

Kota Trowulan

4.

Kerajaan Kedah Tua berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang.


Apakah nama Kedah Tua menurut sumber daripada China?

a)

Kataha

b)

Kalah-Bar

c)

Chin Ch'a

d)

Chieh Ch'a

5.

Dalam sistem pemerintahan kerajaan Majapahit, raja dibantu oleh Sapta Prabu dan para pembesar.


Apakah yang dimaksudkan dengan Sapta Prabu?

a)

Perdana Menteri

b)

Pengawal Keselamatan

c)

Majlis Penasihat Diraja

d)

Para-para pembesar diraja

6.

Apakah kelebihan Tasik Tonle Sap dalam kerajaan Angkor?

a)

Sumber air harian penduduk

b)

Mengairi kawasan padi sawah

c)

Membekalkan sumber protein

d)

Sumber minuman kepada penduduk

7.

Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelenggara terusan dan daik di setiap kampung dalam kerajaan Champa?

a)

Menteri

b)

Ketua Air

c)

Ketua kawasan

d)

Ketua Kampung

8.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan kegiatan persuratan di Alam Melayu yang mendapat pengaruh epik dan sastera India?

a)

Pararaton

b)

Ramayana

c)

Negarakertagama

d)

Tantu Panggelaran

9.

Antara berikut yang manakah golongan yang boleh dikategorikan dalam golongan yang diperintah?

a)

Ilmuan

b)

Artisan

c)

Pendeta

d)

Pembesar

10.

Apakah yang dikenali sebagai hyang yang diamalkan dalam kepercayaan animisme?

a)

Penyembahan terhadap pokok dan alam sekitar yang memberikan semangat

b)

Penyembahan terhadap matahari yang memberikan kecerahan hidup

c)

Penyembahan terhadap roh nenek moyang yang meninggal dunia

d)

Penyembahan terhadap benda-benda yang pelik dalam kehidupan

11.

'Mana' dipercayai boleh mempengaruhi kehidupan seseorang yang berkait rapat dengan kepercayaan dinamisme.


Apakah contoh yang paling sesuai boleh dikaitkan dengan 'mana'?

a)

Pemujaan terhadap roh nenek moyang

b)

Perbuatan yang baik menjanjikan kesenangan

c)

Pemujaan semangat tanaman agar mendapat hasil yang banyak

d)

Pemujaan terhadap pokok-pokok besar yang menjanjikan hasil lumayan

12.

Penyatuan dalam agama Hindu dan Buddha berkembang dalam kerajaan Majapahit.


Siapakah yang bertanggungjawab menyatukannya pada abad ke-14?

a)

Wu Ping

b)

Hayam Wuruk

c)

Bhadarvarman

d)

Patih Gajah Muda

13.

Kedudukan raja semasa pemerintahan beraja mempunyai pengaruh Hindu dan Buddha dan raja dianggap sebagai titisan dewa.


Apakah yang dimaksudkan dengan titisan dewa?

a)

Tuhan

b)

Kesaktian

c)

Kekuatan

d)

Penjelmaan

14.

Apakah kelebihan bentuk muka bumi Melaka yang sangat sesuai untuk membentuk sebuah kerajaan?

a)

Tanah tinggi

b)

Tanah pamah

c)

Berbukit-bukau

d)

kering dan basah

15.

Terdapat banyak pokok bakau dan api-api di persisir pantai Melaka.


Bagaimanakah kelebihan ini memainkan peranan dalam menjadikan Melaka terkenal?

a)

Habitat semula jadi

b)

Benteng pertahanan

c)

Bahan perdagangan

d)

Dijadikan bahan perabot

16.

Apakah kepentingan pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar untuk ditadbir?

a)

Pembesar mempunyai kuasa

b)

Melambangkan kuasa pembesar

c)

Tanda terima kasih untuk kesetiaan

d)

Tanda mendapat sokongan pembesar

17.

Apakah yang dimaksudkan dengan kawasan pemakanan?

a)

Kawasan yang perlu dijaga oleh raja

b)

Kawasan kurniaan raja terhadap pembesar

c)

Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar jajahan dan daeah

d)

Kawasan kurniaan terhadap pembesar kampung dan mukim

18.

Sultan Mansur Shah berutus surat dengan kerajaan Ryukyu.


Apakah kandungan utama surat yang dikirimnya?

a)

Keselamatan negara

b)

Tingkah laku pedagangnya

c)

Pengiktirafan dan perlindungan

d)

Hubungan perdagangan yang baik

19.

Melaka turut menjalankan hubungan diplomatik dengan Siam atas dasar diplomatik dan perdagangan.


Siapakah utusan yang dihantar ke Siam?

a)

Tun Telanai

b)

Menteri Mahmud

c)

Laksamana Zheng He

d)

Temnggung Rahman

20.

Pelbagai strategi digunakan oleh kesultanan Melayu Melaka dalam menghadapi serangan Portugis.


Antara berikut yang manakah strategi yang digunakan?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Negeri Johor dibuka di pesisir pantai dengan menghimpunkan semua rakyat.


Siapakah tokoh yang bertanggungjawab melakukannya?

a)

Raja Ali

b)

Raja Kechil

c)

Sultan Mahmud Shah

d)

Bendahara Seri Nara Diraja

22.

Mengapakah Kota Kara, Pekan Tua dipilih sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau?

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Persaingan antara Johor - Acheh - Portugis telah menyebabkan peperangan antara tiga kuasa untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka.


Selain Perang Tiga Segi, apakah nama lain bagi perang ini?

a)

Perang Akhir Zaman

b)

Perang Kuasa Besar

c)

Perang Kuasa Terkuat

d)

Perang Seratus Tahun

24.

Mengapakah pemerintahan Kesultanan Johor Riau sering berpindah pusat pemerintahan?

a)

Hubungan luar

b)

Gangguan lanun

c)

Bentuk muka bumi

d)

Strategi ketenteraan

25.

Di manakah Perjanjian Johor-Belanda yang ditandatangani pada tahun 1606 antara Admiral Belanda, Cornelis Matelief de Jonge dan Sultan Alauddin Riayat Shah II diadakan?

a)

Kapal Johor

b)

Kapal Linggi

c)

Kapal Portugis

d)

Kapal Belanda