wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 5 - Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pada tahun berapakah berakhirnya kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

1496

b)

1511

c)

1886

d)

1925

2.

Apakah 2 faktor yang menyebabkan kejatuhan Melaka ke tangan Portugis?

a)

Masalah kewangan

b)

Masalah kepimpinan

c)

Masalah perpaduan

d)

Masalah alam sekitar

3.

Siapakah Sultan yang memerintah Melaka semasa kedatangan Portugis untuk menakluk Melaka?

a)

Sultan Mansur Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

4.

Mengapakah Portugis berminat untuk menakluk Melaka?

a)

Menyebar agama Kristian

b)

Mengawal perdagangan rempah

c)

Menghapuskan penguasaan pedagang Islam

d)

Memeluk agama Islam

5.

Siapakah yang mengetuai pimpinan Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511?

a)

Lopez de Sequeira

b)

Alfonso de Albuquerque

6.

Berapa kalikah Sultan Mahmud Shah berusaha untuk mendapatkan kembali Melaka daripada Portugis?

a)

1

b)

2

c)

3

7.

Pilih kenyataan yang BENAR tentang perjuangan mengembalikan kedaulatan Melaka.

a)

Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah naungan & jajahannya kemudian bersemayam di Bentan

b)

Pusat pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis pada 1526

c)

Di antara tahun 1515-1519, Sultan Mahmud Shah melakukan serangan 3 kali untuk mendapatkan Melaka tetapi gagal

d)

Di antara tahun 1515-1519, Sultan Mahmud Shah melakukan serangan 3 kali untuk mendapatkan Melaka dan berjaya

8.

Pilih masalah kepimpinan yang dihadapi Melaka yang menjadi faktor dalaman kejatuhan Melaka.

a)

Amalan pilih kasih, rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran

b)

Perbalahan sesama pembesar

c)

Ketidakstabilan politik

d)

Semua jawapan betul

9.

Mengapakah Portugis berminat untuk menakluk Melaka?

a)

Menyebar agama Kristian

b)

Mengawal perdagangan rempah

c)

Menghapuskan penguasaan pedagang Islam

d)

Memeluk agama Islam

10.

Pilih 3 strategi Melaka menghadapi serangan Portugis.

a)

Menggunakan lancaran dan perahu berapi

b)

Serangan menggunakan meriam dan peti berisi serbuk peluru

c)

Menggunakan tentera bergajah

d)

Serangan curahan air panas

11.

Apakah faktor utama berakhirnya kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kedatangan Bugis

b)

Kedatangan Portugis

c)

Kedatangan British

d)

Kedatangan Jerman

12.

Nyatakan 2 faktor dalaman yang menyebabkan berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Masalah Perebutan Takhta

b)

Masalah Campur Tangan Kuasa Asing

c)

Masalah Perpaduan

d)

Masalah Kepimpinan

13.

Apakah matlamat kedatangan Portugis ke Alam Melayu?

a)

Kepopularan

b)

Kekayaan

c)

Kemegahan

d)

Keagamaan

e)

Kemasyhuran

14.

Kuasa Portugis turut mempunyai tiga matlamat lain selain daripada 3G iaitu

a)

menyebarkan agama Kristian

b)

menakluki kerajaan Melaka

c)

mengawal perdagangan rempah

d)

menguasai bahan mentah di Melaka

e)

menghapuskan penguasaan pedagang Islam

15.

Serangan terhadap Melaka dibuat semasa pemerintahan siapa?

a)

Lopez de Sequeira

b)

Alfonso de Sequeira

c)

Lopez de Albuquerque

d)

Alfonso de Albuquerque

16.

Nyatakan strategi-strategi yang telah digunakan oleh Melaka untuk menghadapi serangan Portugis?

a)

Diplomasi

b)

Perundingan

c)

Strategi

d)

Pertahanan

e)

Pertempuran

17.

Apakah jenis tentera yang digunakan oleh Melaka untuk menghadapi serangan Portugis?

a)

Tentera dengan kelengkapan tentera canggih

b)

Tentera Serang Hendap

c)

Tentera Bersaiz Besar

d)

Tentera Bergajah

18.

Siapakah nama Sultan yang berundur dari Melaka sebelum di tinggal di Bentan?

a)

Sultan Muzaffar Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Alauddin Riayat Syah

d)

Sultan Mansur Shah

19.

Sultan Mahmud Shah telah mangkat pada tahun 1528 setelah berundur ke.....?

a)

Pasai

b)

Rembau

c)

Jurong

d)

Kampar

20.

Bilakah Kesultanan Melayu Melaka berakhir?

a)

25 Julai 1511

b)

10 Ogos 1511

c)

24 Ogos 1511

d)

22 Ogos 1511