Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 3.1 DAN 3.2
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
1. Senarai berikut adalah badan penyiasat yang ditubuhkan oleh British di Negeri-negeri Melayu:
· Jabatan Siasatan Jenayah
· Biro Siasatan Politik
Apakah tujuan British menubuhkan badan tersebut? Ms 52
A. Menyiasat pergerakan parti
B. Mengetatkan kawalan sempadan
C. Mengawal perkembangan nasionalisme
D. Memantau perjuangan golongan radikal
2. Mengapakah orang Melayu memberi sokongan kepada Empayar Uthmaniyah semasa Perang Dunia Pertama ? Ms 52
A. Persahabatan antara benua
B. Perkembangan kuasa imperialisme
C. Pelindung umat Islam seluruh dunia
D. Perjuangan menuntut kemerdekaan
4. Rajah berikut merupakan kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama;
Apakah negara X ? Ms 54
I. Jerman
II. Britain
III. Rusia
IV. Austria
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Maklumat berikut adalah kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.
Apakah kesan penyertaan tersebut kepada Amerika Syarikat? Ms 55-56
A. Kuasa rakyat di dengari
B. Kehilangan tanah jajahan
C. Diiktiraf sebagai kuasa besar
D. Di kehendaki membayar pampasan
6.
· Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson
Deklarasi berikut telah diisytiharkan dalam Persidangan Damai Paris.
Apakah yang dicadangkan dalam perkara tersebut? Ms 56
I. Perpaduan negara berlandaskan agama
II. Pemulihan sistem pemerintahan beraja
III. Penentuan nasib negara oleh rakyat
IV. Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
7. Perjanjian Versailles 1919 di tandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman selepas Perang Dunia Pertama.
Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Jerman? Ms 56
I. Kehilangan tanah jajahan
II. Bayaran pampasan yang tinggi
III. Berlaku peningkatan penyakit berjangkit
IV. Kejatuhan ekonomi pertanian
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
8. Perang Dunia Pertama memberi inspirasi kepada kebangkitan nasionalisme orang Melayu.
Bagaimanakah British menyekat kebangkitan tersebut? Ms 57
A. Mengukuhkan institusi pendidikan
B. Meluluskan undang-undang baharu
C. Meningkatkan taraf hidup rakyat
D. Membawa masuk tentera luar
Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan? (ms 52)
Mempertahankan agama Islam
Mempertahankan hak penduduk tempatan
Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin
Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai
Peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary oleh orang Serbia merupakan kemuncak kepada krisis di rantau Balkan. Apakah kesan daripada peristiwa tersebut? (m/s54)
Pembentukan pakatan ketenteraan
Memulakan Perang Dunia Pertama
Kebangkitan imperialisme Barat di Asia
Mencetuskan perang saudara di rantau Balkan
Perjanjian Versaille yang ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman telah membawa kepada penubuhan Liga Bangsa-Bangsa. Apakah matlamat penubuhan liga tersebut? (m/s56)
Mewujudkan perpaduan di rantau yang bergolak
Mengawal aktiviti pakatan ketenteraan di Eropah
Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
Membincangkan syarat perdamaian bagi menamatkan perang
Langkah yang diambil oleh British untuk membendung Pengaruh idea gerakan Islam dari Timur sejak awal abad ke-20 ialah
(Buku teks T4: m.s. 52)
Memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904
Menyekat gerakan Pan-Islamiah
Mewujudkan Undang-Undang British 1904
Memberikan kerjasama dengan penduduk tempatan
Kesedaran kebangsaan tidak boleh di lakukan secara terang-terangan.Apakah faktor keadaan tersebut berlaku?
(Buku teks T4: m.s 53)
Kewujudan undang-undang British
Kesedaran kebangsaan tidak begitu meluas
Kelemahan pemimpin
Berlaku kemelesetan ekonomi dunia
Perang Dunia Pertama berlaku pada tahun 1914-1918.Apakah faktor yang menyebabkan perang tersebut berlaku?
(Buku teks T4: m.s. 54)
I Persaingan kuasa imperialis
II Pakatan Kuasa Tengah
III Kewujudan Tentera Bersekutu
IV Krisis Rantau Balkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Pada 28 Julai 1914 Austria-Hungary telah mendapat sokongan untuk menyerang Serbia. Negara manakah yang menyokong Austria-Hungary?
(Buku teks T4: m.s. 54)
Rusia
Jerman
Amerika Syarikat
Perancis
Perang Dunia Pertama berlaku kerana faktor berikut kecuali
Krisis rantau Balkan
Persaingan kuasa imperialis
Kegagalan Liga Bangsa
Pakatan ketenteraan
Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan kuasa imperialis di Eropah.Apakah kesan persaingan ini?
Jepun menyerang Asia Pasifik
pembukaan kilang di Eropah
hubungan diplomatik yang baik
permusuhan antara kuasa imperialis
Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan .Pakatan Kuasa Tengah terdiri daripada _______________________________
Jerman , Rusia
Jerman, Austria Hungary
Perancis , Rusia
Britain, Perancis
Perjanjian Versailles ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman pada 28 Jun 1919. Berdasarkan perjanjian tersebut, Jerman dikehendaki :
menubuhkan Liga Bangsa
bayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
mengambil tanah jajahan Pakatan Bertiga
mengadakan pilihanraya
Perang Dunia Pertama memberikan kesan besar terhadap negara Eropah.Berikut ialah kesan Perang Dunia Pertama kecuali
Kemunculan Negara Baharu
Keruntuhan pemerintahan beraja di Jerman
pelbagai undang-undang diluluskan oleh British di Tanah Melayu
kemunculan negara baharu seperti Amerika Syarikat
Konflik dunia yang merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.
Mengapakah konflik tersebut tercetus?
Persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi
Pemodenan Pemimpin
Menentang Penjajah
Pengenalan Birokrasi Barat
