WorksheetsKUIZ SEJARAH - PERJUANGAN MENENTANG KEMERDEKAAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Peta di atas berkaitan dengan topik pelajaran kita pada hari ini. Apakah topik yang sesuai untuk diterjemahkan?
Bangkit berjuang, penjajah di tentang
Pejuang yang takut untuk menentang
Berjuang untuk kepentingan
Berundur sebelum berjuang
Tokoh-tokoh ini hebat menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing kecuali?
Rentap
Antenom
Tok Janggut
J.W.W Birch
Beliau enggan membayar hasil tahunan satu persepuluh kepada British dan mempertahankan wilayah Naning. Siapakah beliau?
Yamtuan Antah
Mat Salleh
Dol Said
Tok Gajah
Dikenali sebagai Rentap. Berikut ialah nama sebenar beliau.
Libau Anak Nanga
Nanga Skrang
Libau Anak Ningkan
Ulu Entabai
Menentang SBUB kerana tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai pemerintah di Sandakan, Menggatal dan beberapa tempat lagi. Siapakah beliau?
Yamtuan Antah
Mat Salleh
Dato' Bahaman
Sharif Masahor
Pada 1853 Rentap berjaya menyerang kubu James Brooke di Nanga Skrang. Akibatnya, 20 buah rumah panjang telah di bakar. Serangan demi seranagn menyebabkan Rentap berundur dan membina kubunya di____________
Bukit Sadok
Bukit Umbai
Bukit Meranti
Bukit Rentap
Nama penuh beliau ialah Sharif Masahor bin Muhammad Al Shahab. Merupakan pembesar Sarikei di Sungai Rajang. Yang Mana satukah beliau?
Pengenalan sistem cukai baharu dan membebankan rakyat serta sikap sombong Residen British ini telah menimbulkan penentangan di Perak. Apakah nama Residen tersebut?
Dato; Maharaja Lela
James Brooke
J.W.W Birch
Seputum
Apakah sebab Dato' Maharaja Lela dan Seputum dihukum bunuh?
Menentang dan menghina British
Menentang sistem cukai yang diperkenalkan
Memberontak dan membakar kubu British
Membunuh residen british iaitu J.W.W Birch
Apakah yang telah dilakukan oleh Sharif Masahor dan beberapa pembesar lain dalam usaha menentang Keluarga Brooke di Sarawak?
Berpakat mengusir dan menyerang kubu Brooke berhampiran Sungai Rajang
Membuat mogok di hadapan kediaman Brooke
Membuat rusuhan dan serangan bersenjata di Sarikei
Menubuhkan persatuan anti Brooke
British telah mencampuri urusan pentadbiran di Sungai Ujong. Siapakah tokoh yang begitu menentang kemaraan British di Sungai Ujong dan wilayah lain?
Dato' Kelana
Yamtuan Antah
Yamtuan Besar Negeri Sembilan
Dato' Patinggi Ali
Berikut ialah beberapa siri kejayaan Dato' Bahaman dalam menentang campur tangan dan penjajahan kuasa asing kecuali
Berjaya menawan Lubuk Tertua
Mematah serangan British di Semantan
Menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
Berundur ke Kelantan setelah Jeram Ampai di kuasai semula oleh British
Banyak sebab penentangan Tok Janggut terhadap British. Berikut adalah sebab-sebab penentangan kecuali
Pengenalan sistem Penasihat British
Penduduk terpaksa terima sistem cukai dan peraturan tanah baharu yang membebankan
Peraturan British menimbulkan kesulitan kepada penduduk tempatan
British tidak benarkan penduduk bercucuk tanam
Penentangan Antenom tehadap pihak British dapat dilihat dengan jelas. Sekiranya kita berada di tempat beliau kita juga akan bangkit menentang. Semua di bawah ialah sebab-sebab penentangan Antenom dan kaumnya kecuali
SBUB menjadikan kaum murut sebagai buruh paksa untuk bina jalan
SBUB tidak menghiraukan adat dan kepercayaan penduduk dengan menceroboh kawasan hutan dan ganggu roh nenek moyang
Pengenalan sistem cukai baharu yang bebankan rakyat
Membenarkan penduduk bercucuk tanam dan buka kawasan
Beliau membela nasib petani yang ditangkap akibat menentang peraturan baru. Beliau juga telah menawan Balai Polis Kuala Berang. Siapakah yang dimaksudkan?
Haji Abdul Rahman Limbong
Haji Patinggi Ali
Sharif Masahor
Dato' Abdul Rahman Patail
Banyak pengajaran yang kita peroleh daripada perjuangan tokoh-tokoh terdahulu. Antaranya ialah
Menyerah diri kepada pihak British
Menerima tawaran yang lebih baik daripada pihak kuasa asing daripada terus melawan
Semangat untuk meluaskan kawasan taklukan atas pengaruh orang asing
Semangat untuk mempertahankan tanah air daripada terus dijajah
Sikap berikut harus ada dalam diri sekiranya kita ingin menjaga tanah air daripada di jajah kecuali
Bersatu padu
Bekerjasama
Sayang pada tanah air
berbalah
Peperangan tidak ada yang menguntungkan. Berikut ialah kesan peperangan kepada sesebuah negara kecuali
Anak kecil, para wanita dan orang tua yang tidak berdosa diseksa dan dibunuh
Bangunan, infrastruktur, kawasan kediaman musnah
Kerosakan tanaman dan sumber alam
Ekonomi lumpuh
Hidup dalam keadaan yang selesa dan aman
Apakah persediaan yang harus kita lakukan pada ketika ini untuk menjaga keharmonian dan kedaulatan negara daripada ancaman musuh?
Belajar dengan tekun dan berusaha untuk melengkapkan ilmu didada sebanyak mungkin
Leka dalam suasana aman dan damai
Sejarah memberi pelajaran dan pengajaran kepada kita untuk memahami sesuatu peristiwa dengan baik dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan yang ada.
Betul
Salah
