Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEL KIMIA T5

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama bagi susunan radas yang ditunjukkan dalam rajah yang diberi?

a)

Sel kering

b)

Sel elektrolitik

c)

Sel suria

d)

Sel kimia

2.

Antara kenyataan berikut, yang manakah benar mengenai sel kimia?

a)

Logam lebih elektronegatif bertindak sebagai terminal negatif manakala logam kurang elektropositif bertindak sebagai terminal positif

b)

Logam lebih elektropositif bertindak sebagai terminal negatif manakala logam kurang elektropositif bertindak sebagai terminal positif

c)

Logam lebih elektropositif bertindak sebagai terminal positif manakala logam kurang elektropositif bertindak sebagai terminal negatif

d)

Logam lebih elektropositif bertindak sebagai terminal negatif manakala logam lebih elektropositif bertindak sebagai terminal positif

3.

Antara rajah sel kimia berikut, yang manakah betul?

a)
b)
c)
d)
4.

Antara berikut, yang manakah adalah elektrolit di dalam sel kimia yang ditunjukkan?

a)

Pita magnesium

b)

Larutan natrium klorida, NaCl

c)

Etanol

d)

Larutan kuprum (II) sulfat, CuSo4

5.

Rajah diberi menunjukkan sel kimia dengan ferum, Fe di terminal negatif dan logam X di terminal positif. Apakah logam X supaya tenaga elektrik dapat dihasilkan oleh sel kimia?

a)

Magnesium, Mg

b)

Zink, Zn

c)

Aluminium, Al

d)

Plumbum, Pb

6.

Sel kimia dibina dengan menggunakan pita magnesium, Mg dan jalur kuprum, Cu sebagai elektrod dan larutan natrium klorida, NaCl sebagai elektrolit. Apakah gas yang akan dihasilkan di terminal positif sel kimia tersebut semasa tindak balas?

a)

Gas oksigen, O2

b)

Gas hidrogen, H2

c)

Gas klorin, Cl2

d)

Gas karbon dioksida, CO2

7.

Terdapat pelbagai sumber di sekeliling kita yang boleh digunakan untuk membina sel kimia bagi menjana tenaga elektrik. Antara yg berikut yg manakah tidak benar?

a)

Buah-buahan

b)

Sayur-sayuran

c)

Air rebusan sayur

d)

Air laut

8.

Rajah diberi menunjukkan sel kimia menggunakan lemon, logam X dan logam Y. Antara berikut, yang manakah pasangan logam X dan logam Y yang betul?

a)

Logam X: Zink, Zn/ Logam Y: Argentum, Ag

b)

Logam X: Ferum, Fe/ Logam Y: Kuprum, Cu

c)

Logam X: Stanum, Sn/ Logam Y: Aluminium, Al

d)

Logam X: Magnesium, Mg/ Logam Y: Ferum, Fe

9.

Rajah di bawah menunjukkan sel kimia yang menggunakan lemon sebagai sumber tenaga elektrik. Antara pernyataan berikut yang salah?

a)

Paku Zink, Zn adalah terminal positif dan paku kuprum, Cu adalah terminal negatif.

b)

Paku kuprum, Cu adalah terminal positif dan paku zink. Zn adalah terminal negatif.

c)

Jus lemon bertindak sbagai elektrolit

d)

Elektron-elektron bergerak dari paku zink, Zn ke paku kuprum, Cu melalui wayar penyambung dan menjana tenaga elektrik melalui mentol LED

10.

Pasangan logam yang manakah akan menghasilkan tenaga elektrik dalam sel kimia di ini.

a)

Magnesium dan magnesium

b)

Magnesium dan kuprum

c)

Kuprum dan sulfur

d)

Sulfur dan karbon

11.

Dalam sel kimia, tenaga......... akan ditukarkan kepada tenaga ........

a)

elektrik, kimia

b)

kimia, elektrik

c)

kimia, kinetik

d)

elektrik, kinetik

12.

Seorang pelajar membina satu sel kimia menggunakan rod kuprum, rod zink, larutan kuprum (II) sulfat dan wayar penyambung. Antara yang berikut, yang manakah akan menjadi terminal positif?

a)

Rod kuprum

b)

Rod zink

c)

Wayar penyambung

d)

Larutan kuprum (II) sulfat

13.

Logam yang berbeza diuji menggunakan susunan radas seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. Pasangan logam yang manakah menunjukkan bacaan voltan yang paling tinggi.

a)

Kuprum dan argentum

b)

Zink and kuprum

c)

Magnesium dan zink

d)

Magnesium dan argentum

14.

Bacaan voltmeter bagi sel kimia ringkas ini apabila pasangan Zink dan kuprum digunakan ialah 1.1 voltan (V).


Ramalkan bacaan voltmeter jika pasangan logam kuprum dan kuprum digunakan?

a)

1 V

b)

0 V

c)

3 V

d)

6 V

15.

contoh makanan yang dapat digunakan untuk menggantikan larutan cuka dal sel kimia ringkas ini ialah

a)

Jus nanas

b)

Air Suam

c)

Air Alkohol

16.

Berdasarkan gambar rajah, apakah logam yang sesuai untuk diletakkan di terminal positif (Y) ?


Tips: Logam Y haruslah kurang elektropositif dan tidak mudah mendermakan elektron berbanding dengan stanum.

a)

natrium

b)

aluminium

c)

kalsium

d)

plumbum

17.

Apakah ciri utama bagi X iaitu logam yang boleh diletakkan untuk menjadi terminal negatif bagi sel kimia ringkas ini?

a)

kurang elektropositif

b)

tidak bersifat elektropositif

c)

lebih mudah mendermakan elektron

d)

lebih mudah menerima elektron

18.

Mengapa magnesium menjadi terminal negatif dan kuprum menjadi terminal positif?

a)

magnesium kurang elektropositif berbanding dengan kuprum

b)

magnesium lebih elektropositif berbanding dengan kuprum

c)

mengnasium merupakan logam lebih tulen berbanding kuprum

d)

magnesium mengalirkan arus