wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ TATABAHASA - Kata ganda

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

A riuh-rendah

b)

B gelap-gelita

c)

C porak-peranda

d)

D terang-benderang

2.

Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan Renjer kerana mereka lebih mengetahui __________ hutan simpan itu.

a)

A simpang-siur

b)

B selok-belok

c)

C lekak-lekuk

d)

D hiruk-pikuk

3.

Adik berjalan __________ ke sekolah kerana kakinya terseliuh akibat terjatuh dari tangga semalam.

a)

A terkial-kial

b)

B tersekat-sekat

c)

C terhuyung-hayang

d)

D terhincut-hincut

4.

Nelayan itu _____ jalanya yang ________ di bawah pokok yang rendang.

a)

A menjahit ........... berlubang

b)

B menganyam...........tertembuk

c)

C menyirat........terkoyak

d)

D menekat............tertiris

5.

Arman membantu orang buta itu melintas jalan dengan __________tangannya.

a)

A menarik

b)

B menuntun

c)

C mengheret

d)

D meruntun

6.

Ching Lin menggunakan ________ untuk menjawab soalan-soalan Matematik yang diberikan oleh gurunya.

a)

dekak-dekak

b)

kuda-kuda

c)

berang-berang

d)

epok-epok

7.

Ada ________ bahawa Faizul akan dilantik sebagai ketua pengawas yang baharu di sekolah ini.

a)

mata-mata

b)

ura-ura

c)

undang-undang

d)

kura-kura

8.

Tin-tin kosong yang terdapat di tempat pembuangan sampah itu menjadi tempat pembiakan _________.

a)

sumpah-sumpah

b)

labu-labu

c)

jentik-jentik

d)

kelip-kelip

9.

Kapal terbang itu akan berlepas ke New York pada ________ masa saja.

a)

apa-apa

b)

siapa-siapa

c)

mana-mana

d)

bila-bila

10.

Aiman _______ menyesal atas segala kekasaran yang dilakukan terhadap kawan baiknya itu.

a)

bulat-bulat

b)

benar-benar

c)

hidup-hidup

d)

masak-masak

11.

Makanan yang disajikan kepada kami pada majlis perkahwinan itu ________ belaka.

a)

masak-masak

b)

bulat-bulat

c)

enak-enak

d)

baik-baik

12.

Bunyi yang terlalu bising boleh menyebabkan kerosakan pada _______ telinga.

a)

kekuda

b)

bebola

c)

lelangit

d)

gegendang

13.

Ayah sering menggunakan motosikal lamanya untuk _______ ke pejabat.

a)

bersimpang-siur

b)

berulang-alik

c)

berpusing-pusing

d)

bermundar-mandir

14.

Suasana ________ di dalam bilik darjah tiba-tiba senyap apabila guru besar lalu.

a)

huru-hara

b)

kacau-bilau

c)

hiruk-pikuk

d)

kucar-kacir

15.
 Selepas mencuci pinggan, emak meletak pinggan di atas ____________ .
a)
kekayu
b)
rak
c)
pepara
d)
dapur