wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

1.1 Pengenalan kepada perniagaan

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Organisasi ialah...

a)

gabungan manusia melakukan aktiviti untuk mencapai matlamat

b)

gabungan kerja melakukan sesuatu tugasan

c)

gabungan pengurus mengawal pekerja

d)

gabungan tenaga menyelesaikan masalah

2.

Organisasi terdiri daripada...

a)

organisasi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan

b)

organisasi untung dan organisasi bukan untung

c)

organisasi perniagaan dan organisasi bukan perniagaan

d)

organisasi swasta dan organisasi kerajaan

3.

Manakah beriku BUKAN organisasi perniagaan?

a)

Syarikat Faiza Sdn Bhd

b)

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

c)

Sthamin Supermarket

d)

Naelofar Luxe Boutique

4.

Manakah berikut BUKAN merujuk kepada untung perniagaan?

a)

pulangan yang diterima daripada aktiviti perniagaan

b)

hasil yang diterima daripada perniagaan setelah tolak semua kos perniagaan

c)

jumlah hasil melebihi jumlah kos perniagaan

d)

jumlah kos perniagaan melebihi jumlah hasil perniagaan

5.

Manakah antara berikut adalah Jenis Kos Perniagaan?

a)

Jualan

b)

Komisen diterima

c)

Upah pekerja

d)

Sewa diterima

6.

Berikut adalah peranan perniagaan kepada pengguna, KECUALI..

a)

memenuhi keperluan dan kehendak

b)

menambah pilihan barangan

c)

membekalkan barangan bermutu

d)

Melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR)

7.

Manakah yang paling TEPAT mengenai peranan perniagaan terhadap ekonomi?

a)

meningkatkan kemudahan infrastruktur

b)

meningkatkan taraf hidup

c)

menjaga alam sekitar

d)

mewujudkan peluang pekerjaan

8.

Pilih faktor pengeluaran yang SALAH

a)

Buruh

b)

Modal insan

c)

Modal

d)

Keusahawanan

9.

Modal insan merujuk kepada...

a)

Aset perniagaan

b)

pekerja

c)

ciri-ciri usahawan

d)

alat yang digunakan

10.

Proses perniagaan terdiri daripada ...... langkah.

a)

5

b)

6

c)

7

d)

8

11.

langkah kedua dalam proses perniagaan ialah...

a)

Input

b)

Proses tambah nilai

c)

Output

d)

Untung atau rugi

12.

langkah akhir dalam proses perniagaan ialah...

a)

Input

b)

output

c)

pemasaran

d)

untung atau rugi

13.

Jaringan dunia tanpa sempadan menyebabkan perniagaan berhadapan dengan persaingan sengit dari segi kualiti, harga dan perkhidmatan merujuk kepada cabaran perniagaan dari aspek...

a)

tenaga kerja

b)

pemilikan perniagaan

c)

globalisasi

d)

blok perdagangan

14.

Seseorang pengurus dalam perniagaan boleh bermesyuarat dengan rakan perniagaannya melalui sidang video walaupun berada di berlainan negara. Ini merujuk kepada perkembangan

a)

tenaga kerja

b)

pekerjaan jarak jauh

c)

globalisasi

d)

blok perdagangan

15.

Dunia perniagaan kini mula memberi perhatian kepada perniagaan berteraskan pematuhan syariah kerana permintaan yang tinggi. Hal ini berhubung dengan perkembangan...

a)

sistem perniagaan islam

b)

perubahan faktor persekitaran

c)

peningkatan teknologi

d)

tanggungjawab sosial korporat (CSR)