Font size
WorksheetsKATA PENGUAT DAN KATA ADJEKTIF TAHUN 6
Total questions: 70
Worksheet time: 35mins
Rasa buah durian Musang King itu ___________ sedap.
betul
benar
sekali
sangat
Perahu nelayan itu telah dihanyutkan oleh arus _________________.
laju
deras
kencang
pantas
Ayah selalu menasihati abang supaya memandu kereta dengan ______________.
cermat
baik
bijak
teliti
Bunyi letupan itu amat _____________ sehingga menggegarkan bangunan yang berdekatan.
kuat
bising
teguh
hebat
Daging kambing panggang itu tidak dapat dimakan kerana terlalu ______________.
keras
liat
empuk
lembut
Pengantin perempuan itu sungguh _______________ sewaktu mengenakan sepersalinan songket di majlis perkahwinannya itu.
rapi
segak
anggun
unggul
Kakinya terasa _____________ kerana terlalu jauh berjalan.
lemau
lenguh
lembik
kecut
Air sungai itu ______________ kerana sampah sarap dibuang ke dalamnya.
jernih
hitam
kotor
bersih
Suasana di Kampung Semarak sungguh ___________ dan tenang.
sibuk
damai
serabut
gembira
Motosikal yang dipandu laju itu _______________ melanggar kereta yang datang dari arah bertentangan.
jauh
cepat
dekat
nyaris
Dahi adik kelihatan _____________ kerana terhantuk pada tiang gol di sekolah.
bengkok
bengkak
botak
lompong
Asap ______________ meliputi kawasan perumahan itu semasa kebakaran.
tebal
nipis
berkilat
berwarna
Pada hari minggu, Albert Lim menonton televisyen hingga _____________ malam.
hari
larut
gelap
nampak
"Bilik tidur abang kamu ________," kata Amri kepada Ramlan.
sungguh selerak
sungguh teramat selerak
paling selerak
paling sungguh selerak
Mak Munah __________ apabila melihat anaknya pulang dari Kuala Lumpur.
sedih benar
rindu benar
gembira benar
risau benar
Azmi mendapat markah yang _______ dalam mata pelajaran Matematik.
paling tertinggi
paling tinggi
sungguh tinggi
tinggi nian
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis sifatan.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis warna.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis ukuran
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis bentuk.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis waktu.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis jarak.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis cara.
Berikan 3 contoh kata adjektif jenis perasaan.
Apakah maksud kata penguat?
Perkataan yang mendahului atau berada di belakang kata sendi untuk menguatkan fungsinya.
Perkataan yang mendahului atau berada di belakang kata nama untuk menguatkan fungsinya.
Perkataan yang mendahului atau berada di belakang kata adjektif untuk menguatkan fungsinya.
Perkataan yang mendahului atau berada di belakang kata kerja untuk menguatkan fungsinya.
Berikut ialah kata penguat belakang kecuali......... .
Benar
Nian
Sekali
Terlalu
Berikut ialah kata penguat belakang.
Benar
Nian
Paling
Terlalu
Berikut ialah kata penguat bebas.
Sangat
Nian
Amat
Sungguh
Berikut ialah kata penguat depan kecuali ................... .
Paling
Ter
Agak
Amat
Berikut ialah jenis kata penguat kecuali....... .
Hadapan
Tengah
Belakang
Bebas
Benar atau salah?
"Nian indah sekali kenangan kita sewaktu kecik dahulu", kata Maria kepada Mariana.
Benar
Salah
_______________ sungguh pemandangan hutan di kawasan Air Terjun Kuala Woh itu.
Indah
Muram
Kalam
Sayup
Pelajar Tahun Enam Crystal sangat ___________ dan hormat kepada guru-guru mereka.
baik
malu
takut
patuh
Marsya berasa _________ semasa meraikan hari jadinya.
pilu
mahu
cemas
gembira
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang __________.
tinggi
besar
kontot
panjang
Asam jawa selalu digunakan oleh emak untuk menghilangkan bau _________ ikan air tawar.
hapak
hanyir
tengik
hancing
Penyanyi yang mempunyai suara ________ itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
serak
garau
merdu
nyaring
Nani berasa __________ apabila ternampak seekor ulat di dalam buah mangga yang dikupasnya itu.
geli
haru
kelam
gundah
Itik itu mempunyai bulu yang __________ air menyebabkan bulunya sentiasa kering walaupun berada lama di dalam air.
kesat
telap
telus
kalis
Pak Tamin begitu ____________ memikirkan anaknya yang belum pulang, apatah lagi hari sudah larut malam.
terkilan
runsing
murung
sengsara
Bau __________ pada bajunya telah hilang setelah disembur dengan minyak wangi yang ________ itu.
busuk ... tengik
hanyir ... wangi
hapak ... harum
hancing ... mersik
Keluarga Irdina bersiar-siar di taman bunga pada cuti hujung minggu yang lalu. Taman bunga itu sangat _____________________.
indah
bising
sedap
kembang
Rumah yang ___________ itu hampir roboh kerana dimakan anai-anai.
lama
usang
roboh
busuk
Tangan ibu berbau ____________________ selepas menyiang ikan yang baru dibeli di pasar.
hanyir
hancing
busuk
harum
__________ sungguh pemandangan dari puncak bukit itu.
Indah
Kelam
Suram
Sayup
Ronaldo amat ____________________mengelecek bola sehingga mengelirukan pemain lawan.
cekap
laju
kuat
lancar
Kucing peliharaan Puan Midah kelihatan cantik kerana bulunya ____________.
comel
empuk
gebu
hebat
Angin yang bertiup dengan _____________ semalam telah mengakibatkan banyak pokok tumbang.
besar
kencang
lebat
ganas
Gasing yang dilontar oleh Leman berputar dengan ____________.
deras
tangkas
ligat
lekas
Jalan yang _________________ itu hanya dapat dilalui kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal.
lurus
lemah
luas
sempit
Ibu terpaksa membuang minyak masak itu kerana berbau ______________.
tengik
basi
hanyir
hamis
Pelari itu berlari dengan ______________ menuju ke garisan penamat.
ligat
kuat
deras
pantas
Amir sangat _______ kerana mendapat keputusan yang tidak begitu cemerlang dalam UPSR.
segan
benci
marah
kecewa
Puan Laila berasa _________kerana menerima hadiah daripada anak-anaknya bersempena dengan Hari Ibu.
cemas
terharu
terkejut
kecewa
Rasa buah jambu yang masih muda amat _____________ sekali.
kelat
maung
pahit
masam
