Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

7.2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Kesultanan Pahang mengamalkan sistem pewarisan takhta. Waris ganti digelar Tengku Mahkota. Pelantikan sultan juga atas persetujuan Jumaah Pangkuan Diraja Negeri.


Adakah pernyataan di atas betul?

a)

SALAH

b)

BETUL

2.

Rajah di atas menunjukkan sistem penggiliran Kesultanan Perak.


Siapakah bertanggungjawab memilih dan melantik sultan?

a)

Dewan Undangan Perak

b)

Dewan Negari Perak

c)

Dewan Negara Perak

3.

Namakan gelaran pewaris takhta Terengganu?

a)

Yang Di-Pertuan

b)

Yang Di-Pertuan Muda

c)

Yang Muda

d)

Di-Pertuan Muda

4.

Siapakah tokoh agama yang berperanan penting dalam pentadbiran istana dan negeri?

a)

Kadi

b)

Mufti

c)

Ustaz

d)

Hakim

5.

Bagaimanakah aktiviti perdagangan dijalankan semasa Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu & Selangor

a)

Dijalankan melalui pelabuhan

b)

Dijalankan tanpa sistem cukai

6.

Antara yang berikut, manakah merupakan bentuk mata wang yang digunakan di Perak

a)

Mata wang pitis

b)

Mata wang syiling

c)

Mata wang kupang emas

d)

Mata wang bongkah timah

7.

Yang berikut menunjukkan beberapa upacara yang dilakukan dalam adat X

  • Khatam al-Quran
  • Santap beradab
  • Bersiram di atas panca persada

Antara berikut yang manakah merupakan adat X?

a)

Adat keputeraan

b)

Adat pemakaman

c)

Adat perkahwinan

d)

Adat pertabalan diraja

8.

Antara berikut, yang manakah benar tentang karya Misa Melayu?

a)

Dikarang oleh Wan Muhammad Amin

b)

Dikarang oleh Tengku Dalam Kalthum

c)

Mengisahkan sejarah Kesultanan Perak pada abad ke-18

d)

Mengisahkan sejarah Kesultanan Selangor pada abad ke-19

9.

Nyatakan nama undang-undang bertulis Kesultanan Pahang

a)

Undang-undang Pahang

b)

Hukum Kanun Pahang

10.

Nyatakan nama undang-undang bertulis Kesultanan Perak

a)

Undang-undang 99 Perak

b)

Undang-undang 90 Perak

11.

Gambar berikut berikut adalah Keris Panjang Beruk Berayun yang merupakan alat kebesaran oleh kesultanan

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Terengganu

12.

Kitab Tib telah dihasilkan pada tahun 1819. Kandungannya menceritakan berkaitan dengan

a)

Pertanian

b)

Perdagangan

c)

Peperangan

d)

Perubatan

13.

Gambar berikut merupakan Undang-undang 99 Perak. Undang-undang tersebut digubal semasa pemerintahan

a)

Sultan Ibrahim Shah

b)

Sultan Iskandar Dzulkarnain

c)

Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah

d)

Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah

14.

Warisan Hukum Kanun Melaka terbukti dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana, kekeluargaan Islam, __________ , hutang-piutang dan hukum jual beli.

a)

Jenayah

b)

Alam sekitar

c)

Pengangkutan

15.

Berendoi iaitu meletakkan bayi di dalam buaian dan diperdengarkan alunan marhaban.


BERENDOI merujuk kepada adat istiadat?

a)

Istiadat Pemakaman

b)

Adat Perkahwinan

c)

Adat Keputeraan

16.

Apakah warisan yang memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dan penggunaan tulisan Jawi.

a)

Sistem pemerintahan

b)

Perundangan

c)

Adat istiadat

d)

Persuratan

17.

Rajah di atas menunjukkan sistem pewarisan takhta bagi kesultanan negeri X.


Apakah negeri X?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Terengganu

18.

Apakah persamaan sistem pemerintahan Kesultanan Pahang dan Terengganu?


Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Waris ganti digelar Putera Mahkota

b)

Memperkenalkan sistem penggiliran

c)

Mengamalkan sistem perwarisan takhta

d)

Pembentukan Majlis Mesyuarat Kerajaan

19.

Gambar berikut berkaitan dengan sejenis tengkolok diraja sebuah negeri Melayu.


Apakah negeri Melayu tersebut?

a)

Perak

b)

Selangor

c)

Pahang

d)

Terengganu

20.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan Undang-undang 99 Perak.

a)

Berkaitan adat istiadat diraja

b)

Merupakan undang-undang adat

c)

Digubal oleh Sultan Muzaffar Shah

d)

Mengandungi 99 soalan dan jawapan

21.

Membetulkan kedudukan bayi dalam perut ibu supaya dapat memudahkan proses kelahiran merupakan amalan dalam Adat Keputeraan.


Apakah amalan tersebut?

a)

Bercukur

b)

Berendoi

c)

Melenggang perut

d)

Bayi diperdengarkan azan

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan adat perkahwinan?


Pilih 2 jawapan yang betul.

a)

Merisik

b)

Bertunang

c)

Bercukur

d)

Berendoi

23.

Maklumat berikut berkaitan dengan karya sejarah.


-dikarang oleh Tengku Dalam Kalthum

-mengisahkan sejarah Kesultanan Terengganu abad ke-19 dan ke-20.


Apakah karya sejarah tersebut?

a)

Misa Melayu

b)

Syair Tawarikh Zainal Abidin Ketiga

c)

Hikayat Pahang

d)

Kitab Sejarah Perak

24.

Apakah barang dagangan utama Pelabuhan Kuala Selangor dan Pelabuhan Kuala Sungai Perak?

a)

Gading gajah

b)

Senjata

c)

Kraf tangan

d)

Bijih timah

25.

Mata wang syiling telah ditemui di negeri Selangor.


Siapakah pemerintah yang memperkenalkan mata wang tersebut?

a)

Sultan Sulaiman Shah

b)

Sultan Ibrahim Shah

c)

Sultan Muhammad Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah

26.

Negeri Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah yang dinamakan ______ sejak abad ke-17.

a)

kupang emas

b)

katun

c)

tampang

d)

bidor

27.

Hukum Kanun Pahang telah digubal semasa pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Syah (1592-1614).


Berapakah kandungan undang-undang tersebut?

a)

99 fasal

b)

92 fasal

c)

96 fasal

d)

98 fasal