Font size
WorksheetsSejarah Tingkatan 1 Bab 6 Tamadun Yunani
Total questions: 21
Worksheet time: 11mins
_________ialah sistem pemerintahan yang dipilih oleh rakyat melalui pengundian.
Tirani
Aristokrasi
Demokrasi
Monarki
Athens mengamalkan demokrasi ___________
langsung
berperingkat
bersama
tidak langsung
Dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran di Athens, badan tertinggi ialah ______________
Dewan terbuka
Dewan perhimpunan
Dewan masyarakat
Dewan makan
Di bawah Dewan Perhimpunan terdapat Majistret, Juri dan ________
Majlis
Mahkamah
Hakim
Ketua Majlis
Keputusan Athens untuk berperang dibincangkan di __________
Dewan Perhimpunan
Majlis
Mahkamah
Pusat pemerintahan
Pilih dua fungsi Dewan Perhimpunan
Melantik ahli majlis
Menggubal undang-undang
Tempat untuk berhimpun
Tempat mengadakan majlis sambutan
Keanggotaan : Warganegara Athens, dianggotai oleh 10 orang jeneral tentera dan ahli seramai 6000 orang. Maklumat ini merujuk kepada ___________
Majistret
Juri
Majlis
Dewan Perhimpunan
____________merupakan badan yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan keadilan
Polis
Juri
Majistret
Raja
Pada zaman Athens, pengadilan terletak di tangan _________
warganegara
warga tua
warga muda
Mahkamah Athens
Rakyat Sparta diberi penekanan berkaitan______________
kasih sayang
hormat-menghormati
disiplin ketenteraan
keadilan
Pilih 3 latihan fizikal yang dijalani oleh wanita di Sparta
berlari
bertinju
menari
lompat tinggi
memburu
Apakah badan yang bertanggungjawab membuat deklarasi peperangan?
Badan Juri
Badan Majistret
Badan Perhimpunan
Bentuk pemerintahan dan pentadbiran di Sparta ialah ____________
Demokrasi
Ketenteraan
Monarki terhad
Dalam sistem demokrasi Athens, Majlis dianggotai oleh 500 orang dan dikenal sebagai Majlis 500.
Apakah peranan majlis?
Melantik ahli Dewan Perhimpunan
Mengawasi urusan Dewan Perhimpunan
Membuat aduan kepada Dewan Perhimpunan
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
Di Athens, Juri dianggotai oleh 101 hingga 1001 orang.
Apakah tanggungjawab badan tersebut?
Menggubal undang-undang
Menguruskan pentadbiran
Melaksanakan segala dasar negara
Menguruskan hal berkaitan dengan keadilan
Di Sparta, lima orang pegawai dilantik sebagai ephors.
Apakah peranan ephors?
Mengetuai pentadbiran
Menggubal undang-undang
Memajukan ekonomi negara
Mengawal kuasa mutlak raja
Nyatakan 3 fungsi Majlis.
Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan.
Membincangkan hal kewangan dan percukaian bagi mengukuhkan ekonomi Athens.
Ahli-ahli Majlis bertanggungjawab mengendalikan jabatan-jabatan kerajaan.
Kuasa Majlis tidak mengatasi kuasa Dewan Perhimpunan.
Menerima duta dari negara asing bagi mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Nyatakan 3 fungsi Majistret.
Membuat deklarasi peperangan bagi mempertahankan kedaulatan Athens.
Perjanjian dengan negara lain bagi melicinkan hubungan antarabangsa keduadua belah pihak.
Merupakan kakitangan kerajaan.
Melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis.
Mengurus hal-ehwal pendidikan, percukaian dan sebagainya.
Nyatakan 3 fungsi Juri.
Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes.
Pesalah akan merayu terus kepada warganegara.
Kuasa pengadilan terletak dalam tangan warganegara.
Menggubal undang-undang bagi memastikan keadilan dapat
dilaksanakan dengan seadil-adilnya di Athens.
Berperanan melantik Ahli Majlis sebagai sebahagian sistem
pentadbiran yang wujud.
Mengapakah sistem pemerintahan dan pentadbiran di Sparta bersifat monarki terhad iaitu terdapat dua orang raja yang memerintah bersama-sama?
Dapat mengukuhkan pertahanan
Memudahkan pentadbiran dalam kerajaan
Mengelakkan seorang daripada raja bertindak kejam
Memantapkan sistem demokrasi
Siapakah yang membantu urusan pentadbiran raja di Sparta?
Majlis
Juri
Majistret
Dewan Perhimpunan
