NEW
Font size
WorksheetsPengajian Am Semester 1 (Topik 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 6mins
Yang manakah konsep utama sesebuah negara?
Mempunyai hubungan dengan negara luar
Mempunyai raja berdaulat
Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
Mempunyai penduduk tetap dalam negara
Antara yang berikut, yang manakah unsur asas sebuah negara?
Raja yang berdaulat
Penduduk yang ramai
Sempadan yang jelas
Pemerintah yang berkuasa penuh
Yang manakah pernyataan di bawah ciri konsep asas sebuah negara?
I Raja yang berdaulat
II Penduduk yang tetap
III Sistem ekonomi yang kukuh
IV Sistem kerajaan yang teratur
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah yang menjadikan Malaysia diiktiraf sebagai negara berdaulat?
Mempunyai kemudahan asas yang moden
Mempunyai penduduk yang tetap
Mempunyai identiti sendiri
Mempunyai sempadan
Yang manakah menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
I Sistem pentadbiran yang telus
II Bebas daripada kongkongan kuasa asing
III Identiti negara berasaskan pengamalan Rukun Negara
IV Pentadbiran negara yang cekap dan berkarisma
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah menunjukkan kepentingan utama adanya kerajaan?
I Memberikan sewa bangunan yang rendah
II Menjaga alam sekitar agar bersih dan selamat
III Memberi subsidi barangan kepada rakyat
IV Menyediakan perkhidmatan kemudahan awam
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tanggungjawab sebuah kerajaan ialah memastikan
rakyat mempunyai taraf pendidikan yang sama
rakyat menikmati kesejahteraan melalui tadbir urus baik
rakyat menikmati kemudahan yang sama
rakyat mendapat peluang pekerjaan yang setaraf
Yang manakah benar berkaitan jenis Kerajaan Persekutuan ?
gabungan kuasa hanya berlaku dalam kalangan negeri-negeri beraja sahaja
kuasa Kerajaan Negeri dan Pusat dikongsi dalam aspek perundangan dan pentadbiran
kuasa pentadbiran dan perundangan diletakkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan dan Negeri diberi kuasa autonomi
mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa yang melibatkan Badan Pentadbiran, Kehakiman dan Perundangan di negeri-negeri bergabung
Yang manakah antara berikut adalah benar tentang Kerajaan Kesatuan?
Kuasa Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang lebih dari Kerajaan Pusat
Kuasa Kerajaan Pusat terhad
Kerajaan Pusat dan Negeri mempunyai kuasa seimbang
Kerajaan Pusat boleh membatalkan perundangan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri
Berikut merupakan maklumat bagi bentuk kerajaan negara X.
- Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan
- Kuasa penuh di tangan raja atau sultan
Apakah bentuk kerajaan negara X?
Autokrasi
Monarki
Republik
Demokrasi
Yang manakah maklumat yang paling tepat menerangkan mengenai bentuk kerajaan Demokrasi?
Tiada parti politik
Diperintah oleh badan politik berkuasa mutlak
Menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan
Mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil rakyat
Pilih pernyataan yang paling tepat menerangkan tentang Teori Pengasingan Kuasa.
Pengasingan kuasa di antara Mahkamah Persekutuan dengan Mahkamah Rayuan
Pengasingan kuasa di antara Kerajaan Pusat , Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
Pengasingan kuasa di antara badan pentadbiran, perundangan dan kehakiman
Pengasingan kuasa di antara Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
Yang manakah benar tentang doktrin pengasingan kuasa?
I Kuasa kerajaan dilaksanakan oleh badan yang sama
II Orang yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
III Setiap komponen kerajaan terlibat tanpa diganggu oleh pihak berkuasa yang lain
IV Setiap komponen dibenarkan mengendalikan kuasa yang diberikan kepada bahagian lain
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah fungsi utama Badan Judisiari?
Mentafsir undang-undang
Menggubal undang-undang
Menguatkuasa undang-undang
Melaksana undang-undang
Pilih jawapan yang tepat mengenai ciri-ciri sistem kerajaan Malaysia.
I Mengamalkan Doktrin Pengasingan Kuasa
II Mengamalkan sistem Kerajaan Kesatuan
III Mempunyai Raja Berperlembagaan
IV Mengamalkan Demokrasi Berpresiden
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
